Jumaat, Mei 17, 2013

Percutian Ke Legoland Malaysia -Akhir

Assalammualaikum semua

Aduhai nak buat N3 ke Legoland mengambil masa gak nak buat N3..tapi PART 1 dan PART 2 dah siap.  Part akhir baru dapat buat hari ni sebab dari hujung bulan masuk wad..pastu ashik jumpa doktor..pastu terlupa..pastu malas..baru hari ni virus R datang balik.

 Jalan-jalan bersama keluarga tercinta
Bukan senang nak selalu berjumpa
Ralit sungguh di Legoland Malaysia
Bermacam bentuk bermacam rupa
 Jerung sibuk menganga-ganga
Kononnya nak makan apa sahaja
Kanak-kanak dan juga remaja
Semua merasa teruja di Legoland Malaysia
Permainan ni anak-anak tak cuba..kalau main memang basah lenjun..Nak keringkan baju kena bayar dalam belas ringgit juga..kalau tak kena beli baju hujan/plastik harga RM30.00 satu (kalau tak silap ..lupalah)
 
Suami ashik perli sahaja
Kenapa tak naik satu pun benda
Nak buat macam mana
Ashik rasa seriau sahaja
Ramai kanak-kanak merasa gembira
Naik kuda terlonta-lonta
Takkan akak naik mainan yang ini pula
Nanti orang kata buang tabiat pula
Bot ni jalan lambatlah sungguh
Ambil masa sungguh bila nak cuba
Kena beratur sampailah kaki lenguh
Kalau tak cuba ralat pula rasanya
 
Ayah dan anak perempuan riang ria
Gelak ketawa akak dibuatnya
Bila dah sampai di Legoland Malaysia
Orang tua pun jadi bertukar rupa
 Penat juga berjalan di Legoland Malaysia
Minuman dan makanan jangan di lupa 
Payung pun mesti disedikan juga
Kalau hujan parah nanti dibuatnya
Dua kali beratur nak naik keretapi
Kali pertama tak jadi
Sebab ramai sangat yang menanti
Tak ingin buang masa kat sini
 Bila dah lapar pekena pizza
Harganya bolehlah tahan juga
Janji rasa sedap kena dengan selera
Duit yang keluar taklah terasa
Bila tenguk cara membuatnya
Rupanya senang nak menyediakannya
Kulit dah sudah siap sedia diatas meja
Cuma buh bahan..bakar dah tersedia
Harga cenderamata di Legoland Malaysia
Boleh pengsan tenguk harganya
Akak langsung tak beli ini semua
Rasa sayang pula duit yang ada
 Cuaca panas pengunjung ceria
Bila dah rasa tersangat dahaga
Ke cafe ini kami masuk juga
Tak payah pandang tanda harga

Seronok bila melihat mereka berkerjasama
Untuk menang dapat tempat pertama
Gelak ketawa kedengaran sentiasa
Tak kurang juga terpekik ceria
 
Anak-anak akak merasa teruja
Tertunai hasrat dihati dapat ke Legoland Malaysia
Menghilangkan stress sebelum periksa
Apa salahnya mereka bergembira
Sampai masanya nak pulang segera
Rasa penat badan dah tak terdaya
Jom pi ke Legoland Malaysia
Tak pergi rugi rasanya :)

Khamis, Mei 16, 2013

Resepi Macaroni Cheese Bakar


Assalammualaikum

Cara buat makaroni cheese bakar ni macam gak buat lasagna yang pernah akak buat dulu, cuma
kalau buat cara ni cuma buat 2 layer ajer.  Bahan sos merah tu memang boleh makan dengan spagheti sebab ada lebih..akak suka buat lebih pastu simpan dalam peti sejuk.  Bila tekak teringin terus panaskan sos dan rebus spagheti.  Akak jarang beli sos spahgeti yang di jual di pasaraya ..lebih suka resepi yang akak selalu buat.


Bahan-bahan 

200gm macaroni - rebus sehingga lembut dan toskan
200gm mozzarella cheese


Bahan Sos Merah/Sos daging
500gm daging kisar
1 tin besar pati tomato (puree)
1 biji bawang besar (sebaiknya yang kuning)
3 biji bawang putih
2 biji tomato yang besar
1 sudu teh oregano

1 sudu teh basil
1 sudu teh thyme 

garam dan sedikit gula (ikut citarasa masing-masing)
5 sudu makan tomato sos
2 sudu makan sos cili

cendawan butang-hiris nipis 
Minyak zaiton/minyak masak/minyak jagung 



Cara Untuk Buat Sos


1. Potong dadu bawang besar dan bawang putih.
2. Tomato di mesin dengan sedikit air.
3. Panaskan minyak (akak guna minyak zaiton) dalam 3-4 sudu makan.
4. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
5. Masukkan daging kisar dan kacau sehingga daging masak dan masukkan tomato kisar sehingga pekat.
6. Tuangkan pula tomato puree bersama-sama 1 tin air. 
7. Masukkan juga oregano, thyme, basil, garam, gula, cili sos dan sos tomato dan biarkan mendidih dengan api perlahan.
9. Biarkan sos mendidih sehingga 10-20 minit (pekat) dan rasa dulu (agak-agaklah yer) barulah di padamkan api.


Untuk Sos putih
2 sudu besar mentega
3 sudu besar tepung gandum
2 cawan susu full cream/fresh milk/low fat
sedikit serbuk lada sulah
sedikit kiub ayam ( optional )
2 keping keju chedar

sedikit garam-jika perlu
air utk adjust kepekatan sos – kalau sos pekat sangat boleh tambah air 


Untuk sos putih pula…

1. Cairkan mentega, kemudian masukkan tepung gandum, kacau sehingga sebati. 
2.   Alihkan dari api, masukkan susu, kacau sehingga tepung tidak berketul, barulah dipanaskan semula.
3.  Kemudian masukkan cheese, kacau setiap masa, masukkan garam sedikit. Bila dah pekat sikit bolehlah  padamkan api.

air utk adjust kepekatan sos – kalau sos pekat sangat boleh tambah air  



Bahan tabur
mozarella cheese tu ikut suka hati..nak letak banyak pun boleh
jumlahnya bergantung  atas  kita nak letak banyak mana… lebik banyak lebih sedap.


Cara Masak 
1.  Panaskan oven 180C dan sapu minyak pada bekas tahan panas/pyrex/loyang.
2.  Masukkan macaroni dan tuang sos putih dan gaul sebati. (Jangan tebal sangat)
3.  Taburkan mozarella cheese dan letak lagi macaroni dan tuang pula sos merah.  
4.  Tabur lagi mozarella cheese dan bakar lebih kurang 30-40 minit (bergantung pada oven) dengan menggunakan api atas dan bawah.
5.  Hidangkan panas-panas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Badge