OOO

Jumaat, Februari 17, 2023

PEMBEDAHAN TUKAR KANTA MATA DI HOSPITAL PUTRAJAYA ( PART 1)

Assalammualikum semua. Apa khabar.


Nak pot pet pulak kejadian hari masuk dewan bedah untuk proses tukar kanta mata.


Setelah buat pelbagai prosedure termasuk order kanta mata sebulan sebelum pembedahan yang telah  dijadualkan maka tibalah tarikh 2 Disember 2022.


Punyalah berdebar rasa  hati sebab bila google dan tenguk kat youtube ada pelbagai pengalaman di ceritakan. Think positif  juga sebab kebanyakkan pembedahan  berjaya.


Firdaus ambil cuti, jadi driver sebab suami nanti kena tolak akak naik kerusi roda. 


Dalam pukul 9 pagi kami sampai kat hospital, cuma seorang sahaja waris boleh nak me atas.  Firdaus kena tunggu kat bawah sebab ada orang jaga.  Ditemani suami  naik ke tingkat 3 kalau tak silap kat bangunan baru. Masa daftar staff akan tanya mata mana nak buat, pastu  dia buh pelekat kat mata dan dapat gelang tangan. Nurse ambik tekanan darah, kalau tinggi pembedahan akan ditangguhkan ke hari lain.


Tanggal baju dan pakai pakaian yang disediakan. Pastu nurse tunjuk tempat menunggu giliran. Bukan katil tapi kerusi  empuk gak dan kerusi untuk reman. 


Nurse bagi gak selimut dan breakfast. Kira oklah layanan pun ok. Masa tu ada 3 orang pesakit yang dah siap buat pembedahan.


Bila tenguk mereka relax dan boleh borak akak pun tanya. Boleh dikatakan tak sakit dan proses tak sampai 30 minit. Nurse bagi pegang kanta mata yang telah dibeli sebulan lepas.


Lega hati dibuatnya. Lama gak tunggu giliran akak  dalam pukul 11.30 pagi akhirnya masa yang di tunggu pun tiba. 😁


Setiap pesakit akan di tanya nama, alamat rumah dan no kad pengenalan serta mata belah mana yang nak operate. 


Di bawa naik kerusi roda kami 3 orang sebab dewan bedah yang tersedia cuma 3.  Kami dibawa turun ke tingkat bawah. Bila nak masuk ke kuanter ada 3 pesakit yang baru selesai.😍


Kami bertukar kerusi roda, kena tunggu lagi dalam 20-25 minit lagi. Sempatlah borak sebab nak hilangkan rasa gemuruh. 😁


Giliran akak no 1, doktor akan tanya lagi soalan yang sama dan mata kanan di titiskan ubat mata , mungkin ubat bius kot .😚


Sambil di bawa ke dewan pembedahan akak tenguk tempat tu baru lagi,  tak siap lagi nak di gunakan cuma kuanter dan dewan pembedahan yang digunakan. 


Masuk dalam dewan, akak disambut dengan ucapan dan salam. Sejuk ooo dalam tu.😘


Nanti sambunglah 😘


Khamis, Januari 19, 2023

PANTANG LARANG BILA TUKAR KANTA MATA DI HOSPITAL PUTRAJAYA

 Assalammualaikum semua

Alhamdulliah setelah sebulan lebih dan buat checkup pada minggu lepas doktor kata kanta mata akak dah stabil cuma mata akak kering sedikit. 

Syukur sangat, al maklumlah hal mata ni bukan boleh buat main main.

Akak seboleh bolehnya cuba ikut arahan yang diberikan selepas keluar dari hospital.

Antaranya

Tak boleh tunduk (kadang terbuat gak)

Titis ubat mata ikut arahan yang diberikan

Tak boleh memandu

Tak boleh berkebun 

Tak boleh memasak

Sembahyang duduk dan guna isyarat sahaja

Tidur tak boleh mengiring kat mata yang kena operate

Mata jangan masuk air terutama air sabun (siksa gak bila nak shampoo rambut. kena tutup mata rapat rapat dan siapkan tisu)

Pakai pelitup mata setiap kali tidur malam

Nanti akak pot pet masa hari pembedahan pulak ek

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...