OOO

Ad

Isnin, Januari 28, 2013

Resepi Roti Jala

Bila dah petang teringin pulak nak menjala..tapi bukanlah menjala ikan..tu kat air..ni menjala kat atas kuali....anak nak makan roti jala....kebetulan kari daging masih ada....jadi buatlah untuk makan petang......

penat tau menjala ni..tapi penat pun penatlah.....ira yang tolong lipat roti jala ni...taklah lawa sangat dia lipat tu..tapi okeylah...sebab terbuka hati nak tolong mak dia...sebenarnya banyak resepi roti jala ni..tapi akak suka guna resepi herdawati abu othman.. ambik resepi dari myrlah selalunya...

Bahan-bahan

1. 3 cawan tepung gandum
2. 2 1/2 cawan santan/susu cair/susu kotak (akak suka pakai susu kotak)
3. 1 biji telur

4. 2 1/2 sudu besar minyak masak/minyak sayur
5. 1 sudu teh garam
6. sedikit pewarna kuning

Cara-cara

1. Kisar semua bahan sehingga sebati.
2. Perap selama 20-30 minit.
3. Gunakan kuali non stick untuk menjala dan masukkan ke dalam bekas acuan roti jala.
3. Gunakan api kecil sahaja dan biarkan beberapa saat.
4. Angkat dan terus di gulung.
5. Bila dah habis menjala bolehlah di makan bersama kari ayam.

p/s kalau pakai santan rasanya lain sikit..resepi yang ni memang tahan lama..tetap lembut bila di makan.


2 ulasan:

  1. tengok roti jala ni, teringin lak nak makan roti jala. petang ni mesti buat!!!

    BalasPadam
  2. buat jangan tak buat..lepas tu show kat umah kamu ye..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers