OOO

Khamis, Mei 21, 2009

Jom Buat Samosa

Malam rabu teringin pulak nak buat samosa...dah masuk 2 kali akak buat samosa ni...dulu tak ada tepung suji/samolina flour....kali ni akak dah beli tepung ni...akak ambil resepi ni kat internet...

kalau malas nak buat kulit dia boleh guna kulit popia..inti pulak akak buat cara tekak akaklah...ikutkan cara orang north indian ...mereka tak guna bawang dan daging.

Bahan untuk kulit (dapat 8 keping kecik)
  • 1/2 cawan  tepung serba guna-akak guna tepung gandum
  • 1 sudu kecil tepung suji (samolina flour)
  • secubit garam
  • 1 sudu makan + 1 sudu teh minyak sayuran/minyak masak
  • 1/4 cawan air suam (jangan tuang sekali gus)
Bahan inti
  • 1oogm daging cincang
  • 4 biji ubi kentang di rebus bersama kulit (setelah di cuci bersih)sehingga empuk.
  • 1 sudu makan rempah daging
  • 1 biji bawang besar*
  • 3 biji bawang putih*
  • 1/2 inci halia*
  • 1 sudu teh ketumbar*
  • 1 cawan sayur campur (lobak merah, jagung dan kacang pea) (klu nak guna kacang pea pun tak apa)
  • 1 sudu teh jintan manis
  • garam secukupnya
  • 2 sudu makan minyak masak/sayuran
Cara-cara untuk inti
  1. Kisar bahan-bahan bertanda *.
  2. Ubi kentang di buang kulit dan di cincang kecil-kecil.
  3. Panaskan minyak dan tumis jintan manis sebentar dan barulah dimasukkan bahan-bahan kisar, rempah kari daging dan kacau sebati sehingga naik bau.
  4. Masukkan daging cincang dan sedikit air. Kacau sebati dan biarkan sebentar.
  5. Setelah daging empuk, masukkan pula sayur campur dan biarkan sebentar.
  6. Kemudian masukkan ubi kentang yang telah di cincang kasar.
  7. Masukkan garam dan kacau sebati.
  8. Rasa garam dan barulah dipadamkan api.
Cara-cara untuk buat kulit samosa
  1. Ayak tepung gandum dan campurkan dengan tepung suji.
  2. Masukkan secubit garam.
  3. Masukkan pula minyak masak dan uli hingga sebati.
  4. Masukkan air suam sikit demi sikit sampai menjadi doh yang lembut. (bergantung kpd tpg yang digunakan)
  5. Perapkan sekurang-kurangnya 20 minit.
  6. Bahagikan doh kepada 4 bebola kecil.
Cara nak membuat samosa (ni tengah rajin ni..tulah sebab show gambar)

Setelah 20 minit ..ambil satu doh dan canai doh senipis yang boleh.
Gunakan pisau dan potong kat tengah-tengah (klu boleh biar bentuk bulat..akak kdg-kdg tak jadi bulat..pandai-pandailah ekjas)

Sapu keliling doh dengan air
Lipatkan bentuk 3 segi
Pegang macam pegang kun ais krim...part ni kenalah hati-hati sikit..
Masukkan inti
Dan tutuplah macam ni....jangan tak tutup habis doh..nanti goreng ..keluarlah pulak inti tu.
Taraa dah jadi...senangkan...cubalah buat..

Lepas tu gorenglah dengan api yang tidak terlalu kuat sehingga kekuningan.

9 ulasan:

  1. saye dah lame nak cobe, tapi cam ragu2 nak terai. Nanti saya nak ikut respi akak. Insyaallah jadi...kan kan...

    BalasPadam
  2. nampak sedap...kena try nihhh....

    BalasPadam
  3. Salam ziarah!
    Banyaknya makanan di sini.
    Kenduri ke?

    BalasPadam
  4. rajinnya kak ina wat samosa ni, buat kulit sdiri plak tu. kalau guna kulit popia pun boleh kan, sy ni dah lama simpan kulit popia dlm freezer tu ntah bila nk buat xtaula. tp smlm ada mkn samosa yg frozen pnya..ekeke..

    BalasPadam
  5. rajin akak buat kulit samosa sendiri...ari tu saya buat saya guna kulit popia jea..
    tp resepi inti tu leh cuba ikut akaknya pulak..tq kak..

    BalasPadam
  6. rajinnya kak ina wat samosa
    kalau ada masa nak gak cuba :)

    BalasPadam
  7. ohh akak mmg sangat rajin...saya x pandai buat samosa tapi sangat pandai makan.hihihh...

    BalasPadam
  8. Tq sbb syer kulit samosa ni.mmg sy mencari resepi ni...semoga murah rezki akk.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...