OOO

Khamis, Julai 30, 2009

Kek Coklat Versi Bakar

Kek coklat versi bakar ni akak ambil resepi dari rumah hana http://hanamemories.blogspot.com/ yang tinggal di jepun .... buat untuk majlis kat rumah akak hari sabtu yang lalu...semua tetamu kata best ... habis licin...resepi asal dari fendi@yani taukeh myr.....

Kek Coklat
Bahan-bahan
  • 2 biji telur
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan gula perang
Bahan A
  • 1 sudu kecil vanila
  • 1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
  • 1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe
Bahan B
  • 2 sudu kecil sodium bicarbonate
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 2 cawan tepung gandum
Topping

  • 1/2 cawan koko van hauten
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 sudu besar minyak masak
  • - tang topping akak agak-agak aje..panaskan coklat masakan pastu campur dengan susu cair secara double boiled pastu angkat bila dah cair...kemudian masukkan 1 sudu makan mentega dan kacau sebati..barulah di tuang atas kek yang telah sejuk.
Cara-cara
  1. Pukul telur hingga kembang
  2. Masukkan gula dan pukul lagi
  3. Kemudian masukkan minyak masak
  4. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
  5. Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
  6. Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, deng an api kecik panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk

1 ulasan:

  1. I would like to thank you for the efforts you have put in penning this website.
    I am hoping to check out the same high-grade content from you in the future as well.
    In truth, your creative writing abilities has motivated me to get my own, personal site now ;)

    my web page :: ProEnhance path

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers