OOO

Rabu, Ogos 12, 2009

Daging Ala Thai


Bila masuk ke blog ita di jepun terus tertarik nak buat daging ni...dahlah bahan dia simple...pastu nampak macam sedap aje...
Resepi asal dari Zana...zana share resepi ni di Myresepi...terima kasih ye zana kerana menyumbang resepi yang sedap ni..maaf ye zana akak ada buat sikit tambahan.
Bahan-bahan ( 4 orang )
  • 1/2 kg daging lembu (direbus sampai empuk)
  • 2 ulas bawang putih diketuk
  • 1 labu bawang besar dipotong bulat
  • 1 sudu besar cili giling
  • Sedikit sos tiram
  • Sedikit sos ikan (thailand mari)
  • Sedikit sos tomato
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Daun ketumbar/daun sup/daun bawang untuk hiasan (mana2 pun boleh)
Akak tambah : 1 batang cili merah di potong serong
1 biji tomato di belah 4
sedikit halia di tumbuk
1 sudu makan sos cili
Cara-cara
  1. Daging yang dah siap direbus tu potong nipis2 ya.
  2. Panaskan minyak sikit, goreng daging dulu sampai kuning2 sikit, ketepikan.
  3. Tumis bawang putih dan halia sampai naik bau, masukkan cili giling.
  4. Goreng2 sikit agak2 garing tu bolehlah masukkan sos tiram, sos ikan, sos cili dan sos tomato.
  5. Masukkan daging tadi dan bawang besar yg dihiris kacau2 dan rasa garam dan gula.
  6. Kalau nak kuah lebih bubuh air sikit dan tambah sos tomato.
  7. Dah masak bolehlah diangkat dan hidangkan. Taburlah daun ketumbar yg dihiri.
Nota: Oleh kerana akak guna daging lembut....akak tak rebus...terus aje di potong dan di goreng. Akak gunakan sukatan 1 sudu makan setiap sos.

3 ulasan:

  1. syedapnya kakkkk!!!! mcm nak mintak sikit aje. ada lagiiii???

    BalasPadam
  2. sedapnya. kalau buka puasa makan ni dgan nasi panas best kan.

    BalasPadam
  3. salam mmg npk mnyelarakan simpel jeee yeee mintak sikit bwt mkn lauk t/hari hahhaaa

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers