OOO

Isnin, September 14, 2009

Biskut Coklat Chips

Buat biskut coklat chips ni pulak malam tadi...virus R dah datang...resepi ni pernah akak buat tahun lepas ..akak ambil dari blog  Nor di K.T.  buat seorang-orang..jenuh nak menghabiskan..oven pulak kecik..jadi lambatlah sikit..kena pakai loyang kecik...akak buat 1 1/2 adunan sebab nak bagi mak...nak bawak balik segamat dan untuk rumah akak sendiri. Sekarang ni akak cari resepi yang senang..malas nak terap-terap..suka yang pakai sudu ataupun gentel-gentel..pasal dah tak ada assistant.
  • 180gm mentega/marjerin
  • 90gm gula castor
  • 100gm gula perang
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2 biji telur
  • 200gm tepung naik sendiri
  • 160gm tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bicarbonate
  • 1/4 sudu teh garam
  • 100gm coklat chips
  • 120gm badam cincang  
  • Ayak kedua2 tepung bersama soda bicarbonate dan garam. Sekiranya guna badam cincang, goreng tanpa minyak sekejap, tp jgn sampai hangus.
  • Pukul mentega/marjerin dengan kedua2 gula hingga gebu/putih. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi hingga sebati.
  • Masukkan bahan2 yg telah diayak td dan gaul hingga sebati. Masukkan pula coklat chips dan badam cincang dan gaul lagi hingga sebati.
  • Sudukan ke atas loyang yg telah digris (untuk mendapatkan hasil yg lebih baik, alaskan loyang pembakar dgn baking paper). Jarakkan sedikit antara satu sama lain.
  • Bakar dalam oven dgn kepanasan 180C hingga masak (brown) lebih kurang 20 minit (bergantung pd kepanasan oven masing2). Keluarkan dari oven dan biarkan seketika di atas loyang, pastu alihkan keatas rack (redai kuih) supaya lebih cepat sejuk. Bila dah sejuk baru masukkan kedalam bekas kedap udara.
  • Terpulang pd masing2 jika nak letak badam cincang, sunflower seed atau kacang tanah yg telah dicincang (kena goreng tanpa minyak juga dulu ya) sebagai bahan tambahan.. tak nak letak pun tak per, cuku p dgn coklat chips sahaja.
. 
tangan imran nak ambil cookies masa sessi penggambaran...saje aje tu..
post signature

4 ulasan:

  1. he he he..okay dapat resepi ni!
    sonang biskut biskut yang main sudu sudu ni.
    cepat siap.

    BalasPadam
  2. bestnya... kakchik suka biskut ni. masa sek men dulu selalu tlg kakak bakar biskut ni tapi tak pandai2 juga buat biskut.

    p/s: kita ada kad raya utk akak, jemput ambil ya.

    BalasPadam
  3. kak..raya ni leh dtg umah tak..nak rasa itu cookies..

    BalasPadam
  4. sama dgn resepi chef ismail masa puspanita jemput dia dulu.senang dan sedap.biskut ni mmg paling popular.sy pun suka.:)

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...