OOO

Khamis, September 03, 2009

Udang Goreng Mentega

Buat lagi udang goreng mentega ni..memang  best dan memang berbaloi buat sendiri..skrg ni bila gi kedai makan/restoren tenguk harga udang masak cam ni..macam tak logik....padahal senang bangat nak membuatnya..sape ada anak ramai beli aje udang 1kg puas meratah...kalau sape nak jurai-jurai tu banyak..tambahlah lagi kuning telur tu...akak tepek lagi resepi ni ye...

Bahan-bahan

  • 12 ekor udang saiz besar
  • 2 sudu butter
  • 3 biji kuning telur
  • sedikit daun kari-letak 2 tangkai
  • sedikit cili padi-akak letak 5 biji di potong serong
  • serbuk kunyit & garam
  • minyak utk menggoreng
* i tambah sedikit serbuk kari
Cara-cara:
  1. Lumur udang dgn serbuk kunyit & garam. Goreng sehingga masak.
  2. Bila udang hampir masak tu, masukkan daun kari & cili padi. Gaul seketika sebelum diangkat. Bila dah masak, ketepikan.
  3. Dengan menggunakan minyak yg sama, biarkan minyak dikuali anggaran dlm 1/2 cawan. Panaskan minyak dan masukkan butter. Biarkan butter cair & minyak betul2 panas.
  4. Sementara tu, kacau2 telur bagi rata dan masukkan telur kuning dalam acuan roti jala. Matikan api bila minyak tu dah betul-betul panas. Dengan menggunakan 2 tangan, tangan kiri pegang acuan roti jala (telur kuning) ..tangan kanan pegang garfu...tuang perlahan2 telur sambil tangan kanan mengacau dlm bentuk pusingan. Biar dia bertali-tali.
  5. Bila dah selesai, angkat telur tu dan toskan tapis utk membuang minyak berlebihan.Lepas tu tos diatas kertas serap minyak (tisu dapur)
  6. Kemudian campurkan udang dan telur tadi... dah hidangkan.
     
     Memang nak sesangat minum air katira ni....nak cari katira tu tak tahu kat mana....lelama .suruh cik abang beli kat pasar ramadhan di greenwood...dia beli 2 jenis..satu perasa pandan dan satu yang biasa.
    Yang hijau ni sedap giler...
     
    Yang putih .... kurang sedap...mungkin terlampau banyak ais kot...tapi puas hati sebab tertunailah hasrat dihati.
     

4 ulasan:

  1. salam kak... aiyooo.. ini macam hotel punya masakan je.. maaakk, bila la saya dapat masak udang tu.. macam susah nak buat butter & telur tu.. aukkss..

    BalasPadam
  2. udang butter tu mmg sedap diratah2 aje kak. baru puasss!!!!

    BalasPadam
  3. Kak Ina nak air Katira yg ijou tu...teringin sgt....kat sini tak ade...agak2 apa resepi dia...

    BalasPadam
  4. salam mulan...tak adalah mcm hotel punya...ada iras-iras aje kot..
    cuba dulu baru tau susah ataupun idak..senanglah..

    salam ain..memang best diratah masa baru keluar dari kuali...

    salam watie..gi aje ke blog norz atau rozzan..kat situ ada resepi mcmmana nak buat air katira ni..akak tak rajin nak buatlah..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers