OOO

Isnin, Oktober 12, 2009

Masak Lemak Daging Salai dan Rebung


 Ada sekali tu akak nak masak daging masak lemak cili api..beli santan..bila nak masak belah petang..santan basi.akak bantai letak susu cair...adusss kuranglah rasa dia...nak buat camna..cili dah di tumbuk...masak ajelah..hb  pun makan sikit ajer...tak sedaplah tu.....nasib baiklah akak masak sikit ajer...


pastu minggu lepas akak masak lauk ni pulak.dah selalu dah masak lemak macam ni...tapi dah lama tak tepek resepi....pasal buat daging salai tu sekilo..lehlah masak untuk 2 kali...1/2kg buat daging grill pedas...1/2kg lagi buat masak lemak ni..barulah meletup...

 Dah hiris  nipis-nipis dan siap nak masuk dalam periuk...

Bahan-bahan
  • 15 biji cili api-kalau nak pedas tambah lagi
  • 600 gram daging salai
  • 100 gram rebung masam-akak beli RM1.00(basuh dan toskan)
  • 2 cawan santan cair
  • 2 cawan santan pekat-bergantung kepada kepekatan yang di kehendaki..
  • 2 batang serai di titik
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 2 helai daun kunyit-disiat
  • sedikit serbuk kunyit
  • garam ikut keperluan
Cara-cara

1. Tumbuk lumat cili api bersama kunyit hidup, halia dan sedikit garam.
2. Titikkan serai dan masukkan semua ke dalam periuk bersama daging salai dan rebung.
3. Masukkan santan cair  dan hidupkan api yang sederhana.

4. Sentiasa kacau supaya tak pecah santan....bila menggelegak masukkan pula santan pekat.
5. Kacau lagi ..bila menggelegak sekali lagi masukkan daun kunyit. Tunggu sehingga 10-15 minit.
6. Perasakan dengan garam dan boleh ditutup api.


 goreng pulak ikan masin....wadusssss ... ikan masin member firdaus yang bagi..
 
banyakkan ...akak kalau salai selalunya 1kg..tak habis masukkan dalam freezer.

4 ulasan:

  1. salam kak ina,rasanya dah pernah tengoklah lemak daging salai dan rebung ni...memang nampak sedap...kalau dapat merasa lagi terangkat...huhu

    nak tanyalah..daging salai tu beli yang dah siap ke atau salai sendiri...kalau salai sendiri cam mana ekk caranya??...

    BalasPadam
  2. sedapnyer..memang kombinasi yang enak antara lemak ngn ikan masin..nyum2..

    BalasPadam
  3. aduss...tiba2 terliur pulakk!!!

    BalasPadam
  4. ADOI MAK AIIIIII!!!

    PITAM AKU KAK!! sedapnyeeeeeeeee

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers