OOO

Jumaat, November 13, 2009

Daging Kambing Beriani


 Dah pernah dah tepek resepi ni...tapi dah dah lama dah..masa tu guna daging mooo..moooo..kali ni gunakan daging embekk..embekkk pulak....beli kat pasar tani taman melawati...tapi menyampassss sebab daging kambing kali ni keraslah sikit...lama jugaklah nak tunggu empuk..menci sungguh...agaknya kambing tua kot...nanti nak komplenlah kat penjual daging kambing...tenguk apa jawapan dia...resepi asal dari Puan Liza tapi akak c & p dari umah Mat Gebu..

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1 kg daging ]-daging kambing
  • 4 s/b rempah beriani ] bancuh dgn sedikit air
  • 1 cawan yogurt
  • 3 s/b tomato puree
  • 3 biji kentang potong kecil]
  • 2 biji tomato buah [belah 4]
  • 3 biji tomato buah ranum [mesinkan dengan 2 cawan air]
  • 3 biji cili merah
  • 2 biji cili hijau
  • 2 labu bawang besar [belah 4]
  • 1 pkok daun ketumbar [potong kasar]
  • garam


Bahan tumbuk
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia


Bahan tumis
2 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 tangkai daun kari
minyak


Cara
1. Daging dipotong kecil dan basuh. Toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
3. Masukkan bahan tumbuk dan rempah berani dan daging yg dibancuh dgn air. Kacau rata sehingga naik minyak.
4. Masukkan buah tomato yg telah dimesin dengan air dan juga tomato puree . Biarkan sehingga daging lembut.
5. Masukkan kentang dan yogurt. Masakkan sehingga pekat dan naik minyak.
6. Masukkan buah tomato belah, cili merah dan cili hijau, bawang besar dan juga daun ketumbar. Rasakan garamnya.
7. Bila dah nampak layu boleh tutup api dan hidangkan dengan nasi beriani atau roti.....Mat hidangkan bersama nasi beringin ker/nasi minyak ker/nasi mandhi ker.

4 ulasan:

  1. Kak Ina...sedapnyeeee kambing beriani! Nak tapau je lah dari akak...for dinner! hehehe ;)

    BalasPadam
  2. Salam KakIna..
    sedap ooo daging kambing ni...selalu mkn kurma je..xpenah rasa msk beriani..tapi menjak dua menjak ni,dh takut nk mkn..takut pening..
    kak...cmne nk hilngkan hamis embek2 tu ye..?

    BalasPadam
  3. hi;

    Kepada sesiapa yang berminat untuk join member dibawah saya dan beli mana-mana product USANA rebate rm24 dan free salah satu item handmade jewelry saya ,sila rujuk website dibawah untuk keterangan lanjut


    USANA ;selepas 5 hari bersama USANA berat saya turun 4kg dan kesihatan saya bertambah baik(sila nyatakan penyakit yang anda hadapi sekarang)-kini sudah 40 hari saya bersama USANA dan berat saya turun 10kg tanpa senaman(berat akan turun secara natural bersama program diet dan pemakanan yang sesuai ).Disamping itu juga USANA mempunyai rangkaian product untuk seluruh kesihatan kita .nyatakan penyakit anda dan saya akan advice product USANA yang sesuai

    pendaftaran keahlian rm99(sesudah menjadi member anda akan diajar bagaimana membeli USANA secara online dan tidak perlu pergi ke outlet sendiri untuk mendapat barang kerana barang anda akan dihantar terus oleh HU USANA by city link ,rm4 untuk shipping seluruh malaysia tidak mengira berat pesanan anda.Saya juga akan membimbing anda untuk menjadi distributor bagi product USANA secara online khususnya)

    add saya di ym anda;
    usana_yatisalem

    email;usana_yatisalem@yahoo.com

    http://www.usana.riqzmiecreation.com/

    http://www.riqzmiecreation.com/

    BalasPadam
  4. kalo makan ngan nasi biryani, gerenti lagi meletop kan akak... saya skang ni malas nk masak benda2 susah mcm kambing biryani ni..lain ler kalo dh betul2 teringin..tp kambing takleh makan laaa...cepat jer pening..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers