OOO

Khamis, November 19, 2009

Daging Masak Merah (Versi Dayang)


N3 tu untuk bertanding ....kalau ada rezeki akak....adalah...kalau idak cubalah lagi...insyallah..
Tertarik pulak nak cuba resepi dari dayangjack ni....resepi ciptaan dia sendiri...senang pulak tu nak mencubanya...sebaiknya guna daging lembut kalau  nak buat masakan ni...kalau idak terpaksalah rebus daging tu lama sikit...jomlah tenguk resepi yang akak c & p dari rumah dayangjack...dia kata...c & p resepi tak apa..jangan c & p gambar udahlah..terima kasih yer dayang...


Bahan-bahan

  • 200 gm daging rebus (dihiris nipis)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 1 biji tomato (dibelah 4)
  • sedikit daun ketumbar (dihiris)
  • 4 sudu makan cili kisar
  • 1/2 sk serbuk ketumbar
  • 1/2 sk serbuk jintan putih
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 3 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1 keping asam gelugur
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sk kicap pekat
  • 2 sudu makan madu (dibancuh dgn sedikit air)
Bahan mesin :
  • 5 biji bwang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 sm halia
Cara-cara :
  1. Tumis bahan2 mesin serta serai hingga wangi. Kemudian masukkan cili kering, serbuk ketumbar dan serbuk jintan. Tumis lagi hingga garing.
  2. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, kicap dan sedikit air. Biarkan mendidih seketika. Barulah dimasukkan daging. Gaulkan.
  3. Masukkan daun ketumbar, madu dan asam gelugur. Perasakan dgn garam jika perlu.
  4. Akhir sekali masukkan bawang besar dan tomato.
  5. Setelah kuahnya agak pekat, bolehlah ditutupkan api dan hidangkan.
***boleh tambah cili padi jika suka.

2 ulasan:

  1. pertandingan apa tu kak?? masak2 ke?? ekh...tentulah masak2 kan..??hehe. Apa2 pun semoga akak berjaya juga mcm dpt blackberry tuu!!! akak ni kategori bertuah lah!!

    BalasPadam
  2. salam ain..pertandingan blog terbaik tentang Mister Potatolah..kalau berjaya alhamdulliah..kalau idak..bukan rezeki akak..doakanlah yer..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers