OOO

Selasa, Januari 05, 2010

Gulai Kambing




Rasa gulai ni cam rasa gulai kawah yang fofolur kat pantai timur...akak buat hari minggu lepas...buat makan sedap sikit...ambil resepi dari Majalah Saji.  Sesuai di makan dengan nasi minyak, nasi tomato, roti canai dan capati.
Bahan-bahan

  • 1kg daging kambig-potong kecik-boleh tukar ke ayam ataupun daging lembu
  • 4 sudu minyak masak
  • 4 sudu minyak sapi QBB
  • 30gm lentkuas-hiris halus
  • 2 liter santan cair-akak tukar  500ml susu cair + 3  sudu makan jus limau kasturi-jadi yougurt
  • 500ml santan pekat-tak letak jugak
  • 4 helai daun limau purut
  • 10gm daun pudina
  • 300gm ubi kentang
  • 2 biji air limau nipis-akak tak letak
  • 30gm gula melaka
Bahan tumis
  • 6 biji buah pelaga
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 8gm kulit kayu manis-2 batang
Bahan Kisar
  • 6 tangkai cili merah
  • 10 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang utih
  • 40gm buah keras
  • 20gm halia
  • 6gm kunyit
  • 8gm ketumbar
  • 10gm jintan manis
  • 1 cawan serbuk kari kambing
  • sedikit garam dan gula
Cara Menyediakannya
1.  Tumiskan bahan tumis dan bahan kisar hingga naikbau.
2.  Masukkan lengkuas dn serai.  Kacau lagi hingga wangi.
3.  Kemudian, masukkan daging dan ubi kentang.  Kacau hingga daging mpuk.
4.  Masukkan pula santan cair, kacau perlahan-lahan hingga daging lembut. Jika perlu masukkan sedikit air.
5.  Setelah daging empuk dan lembut, masukkan santan pekat.  Kecilkan api dan masak sehingga pecah minyak.
6.  Tambahkan  gula melaka, air limau nipis, garam dan gual secukup rasa.  Masukkan daun limau purut dan daun pudina. 
7.  Rasa dulu cukup rasa..barulah di padamkan api.


 Khas buat erna...nilah kicap sotong..akak ambil gambar kat giant..

6 ulasan:

  1. salam kak inakl

    terima kasih..nanti bolih pi giant cari..terima kasih banyak2 atas susah payah dapatkan juga gambar kicap sotong tu..

    BalasPadam
  2. Salam Ina...sedap nampak gulai kambing tu...mesti cuba ni...


    http://treatntrick.blogspot.com

    BalasPadam
  3. salam kak ina..
    wahh.. kambing.. my all time favourite! hehe
    seronok la kak ina anak dara dah balik. sure makin kerap masak sedap2 pasni :)

    BalasPadam
  4. rajin akak masak ya..nampak macam sedap..bila nak ajak saya bertandang ke rumah akak ni;)

    BalasPadam
  5. Salam cik ina'

    Nampak sedap tu...

    Nampak gaya cik ina suka masak dg kambingkan...resepi kambing panggang tu memang tergoda....saya seumur hidup rasanya tak pernah masak dg kambing!

    BalasPadam
  6. sedapnya gulai kambing. semlm mkn beriyani kambing kat umah org kenduri. pun sedap gak!!!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers