OOO

Ahad, Januari 17, 2010

Sotong Paprik

Kalau boleh Yana nak makan sotong dan udang ..tak nak sangat ayam dan daging...sebab kat Davangere...sotong dan udang dahlah kecik...pastu mahal ...jadi akak ashik beli sotong dan udang ...nak bagi dia makan puas-puas...ni resepi ulangan.....suka hati kitalah nak pelbagaikan resepi kan...resepi asal dari rumah Puan Hanieliza...
Bahan:- (dipotong kecil)
  • 500gm sotong (dibersihkan dan di perap dengan jus limau kasturi sebentar)
  • 100 gm carrot
  • 100 gm brokoli-tak letak sebab tak ada
  • 100 gm bunga kobis
  • 50 gm capsicum merah
  • 1 labu bawang besar-dihiris bulat
  • 4 batang jagung muda-dihiris serong
  • 1 biji tomato-dipotong 4
  • sedikit daun ketumbar
Bahan Sos:-
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 5 sudu besar sos tomato
  • 5 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 batang serai - di titik
  • 3 biji limau kasturi (ambil jus)
  • 5 biji cili padi - ketuk-akak tambah lagi 5 biji..tak pedas tak sedap
  • 3 ulas bawang putih - akak tumbuk
  • sedikit air
  • 3 helai daun purut-disiat-siat
  • garam secukup rasa
  • minyak
Cara Memasak
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan serai hingga wangi.

2. Masukkan carrot, kicap pekat, sos tomato, cili sos dan sos tiram. Masukkan air.
3. Biarkan mendidih dan kuah agak pekat. Kemudian masukkan sayuran lain.
4. Bila mendidih lagi, masukkan daun limau purut dan sedikit garam dan juga sotong.
5. Rasa dulu barulah dipadamkan api dan tuangkan jus limau kasturi setelah api dipadamkan dan kacau sebati.
6. Barulah dihidangkan panas-panas dan taburkan sedikit daun ketumbar.


7 ulasan:

  1. lapar nya, nak makanan msia.. :(

    BalasPadam
  2. Dia rindu nak makan masakan mak dia tu...

    BalasPadam
  3. kak ina..
    saye xtaw la knape..
    asal saye masuk blog akak..
    mesti time tu perot lapa ,

    lepas tu ada plak gambar - gambar makanan
    adakah ini satu godaan..ahaha..

    kak , nanti buat camping blogger . akak masak la..amcam ??
    ahaha

    BalasPadam
  4. salam kak...saya nak try ni...copy resepi yer....

    BalasPadam
  5. sedapnya soong paprik tuu!!! mlm karang nak pi mkn kat tomyam seafood la.hihi

    BalasPadam
  6. suka mkn lauk paprik ni..sedapp

    BalasPadam
  7. saya jugak pandai masak paprik. lebih kurang laa resepi yg saya guna. janji sotong fresh, isyaAllah sedap

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers