OOO

Sabtu, Februari 13, 2010

Ikan Siakap Masam Manis

Ramai yang balik kampung ataupun bercuti minggu..cuti panjangkan..mesti best sebab dapat berkumpul dengan ahli keluarga.  Tadi masa dalam perjalanan balik dari dari Pasar Tani Taman Melawati jalan nak gi ke Pantai Timur dah jem giler sampai kat Petronas MMR 2..hati-hati di jalanraya..kalau boleh ikut peraturan..kalau idak kenalah bayar saman..semuga semua yang pergi berjalan jauh selamat pergi dan selamat kembali.
Ala dah selalu dah buat resepi ni..tak aperlah akak tepek jugaklah resepi ni.
Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan siakap-diberishkan dengan jus limau kasturi..toskan-nak tukar ikan lain pun boleh cam ikan bawal ataupun ikan talapia
  • sedikit garam
  • sedikit kunyit serbuk
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • minyak yang banyak
Bahan Sos
  • 5 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 8 sudu makan sos cili
  • 3 sudu makan sos tomato
  • 1/2 cawan air nanas dalam tin
  • 8-10 ulas nanas dalam tin (potong kecil)
  • 1/2 sudu kecil sos ikan (optional)
  • 1 biji bawang besar-hiris bulat
  • 1 batang karrot-potong memanjang
  • sedikit daun ketumbar
 Cara-cara
1. Lumur ikan dengan serbuk kunyit, garam dan lepas tepung jagung.
2. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali dan goreng cara deep fry. Balik-balikkan setelah keperangan dan toskan.
Untuk Sos
1.  Tumbuk bawang putih dan lada hitam bersama halia.
2.  Panaskan minyak dan tumis bahan yang di tumbuk hingga wangi.
3.  Masukkan air nanas bersama sos tomato, sos cili, sos ikan dan nanas dalam tin.
4.  Biarkan menggelegak baru masukkan bawang dan lobak merah.
5.  Masukkan garam  dan gula sedikit  dan rasa dulu cukup masam dan manis baru tutup api.
6.  Masukkan daun ketumbar dan tuang ke atas ikan.
7.  Sedap di makan panas-panas.

3 ulasan:

  1. wahh.. cuti panjang ni mesti lagi rancak kak ina masak memasak kan. bestnya la anak2 kak ina dpt mak rajin masak. :)

    BalasPadam
  2. salam h4ni3..cuti nilah anak-anak ada kat rumah..kenalah masak.takkan nak makan kat kedai..kempis poket tau.


    salam Nadia...cuber jangan tak cuber..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers