OOO

Khamis, Februari 25, 2010

Nasi Ayam (Ayam Bakar)

1 ekor ayam akak perapkan dengan Master Food selama 2 jam...baru bakar dengan suhu 220-230 C dalam masa 45-1 jam bergantung kepada besar/kecil ayam tu..
 Akak nak minta maaf sebab terpadam komen-komen di N3 blog bukan goblok tu...tersilaplah masa edit..bila check balik dah hilang semua komen..ada 12-15 (tak ingat) komen rasanya...bak kata amir raja lawak...i' am sorry...akak hargai semua komen yang telah di berikan.

Akak suker jugak buat nasi ayam stail Mat Gebu....sebab simple dan senang ajer nak membuatnya..tapi ayam akak perap dengan Master Food dan bakar..sajer ajer nak tukar selera..terima kasih buat Chef Ah Mat Gebu..akak c & p dari blog beliau ajer..gambar kurang menarik sebab ambil dengan kamera handphone..kamera buat hal lah pulak.
 gambar kurang menarik sebab guna kamera hp
BAHAN NASI AYAM :-)
  • 500 g beras basmathi, rendam 20 minit dan toskan
  • 1 liter sup ayam (resipi sup dibawah)
  • 2 helai daun pandan, disimpul
  • 1 inci halia, dititik
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 3 ulas bawang putih, diketuk
  • 1 camca besar minyak masak
  • 2 camca besar margerine
  • Garam secukup rasa
BAHAN SUP AYAM :-)
  • 500 g ayam, dipotong kecil-akak ambil bahagian tulang dan isi sikit buat sup..
  • 1 kiub pati ayam "Maggi"
  • 2 sup bunjut Adabi
  • 1 pokok daun sup, potong kasar
  • 1 1/2 inci halia, dititik
  • 4 ulas bawang putih, diketuk
  • 2 batang serai, dititik
  • 1 kayu manis*
  • 1 kuntum bunga lawang*
  • 3 biji buah pelaga*
  • 5 kuntum bunga cengkih*(*rempah tumis)
  • 1/2 batang lobak merah, dipotong berbaji-tak letak
  • 1 biji kentang besar, didadu besar-tak letak
  • 2 cawan bunga kobis yang dipotong sekuntum2-tak letak
  • 1 camca teh lada serbuk lada hitam
  • Air secukupnnya (anggaran 3.5 liter)
  • Garam secukup rasa
BAHAN SOS CILI HALIA :-)
  • 4 biji cili merah
  • 3 biji cili padi
  • 1 biji tomato
  • 1 cawan air
  • 2 keping hirisan nipis halia
  • 4 camca besar cuka makan
  • 3 camca besar gula perang (gula pasir pun boleh)
  • Garam secukup rasa
BAHAN LAIN :-)
  • Hirisan daun sup/daun bawang
  • Bawang goreng
  • Hirisan timun
  • Hirisan tomato
  • Daun salad (tak letak, sebab tak de)
Untuk kuah kicap pulak..akak cuma campurkan dengan kuah sup, sedikit sos tiram dan sedikit kicap pekat.
Akak bubuh ubi kentang yang di goreng sekejap pastu letak kat ayam bakar.
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK SUP AYAM :- Dalam periuk, masukkan ayam, air dan bahan2 lain, kecuali sayur-sayuran dan serbuk lada hitam. Masak dengan api besar hingga mendidih, kemudian kecilkan api, renih 25 - 30 minit. Asingkan 1 liter sup ayam (untuk masak nasi). Kemudian, masukkan sayur2ran dan serbuk lada hitam. Biar hingga sayur masak dan tambah air jika perlu. Sesuaikan rasa dan matikan api.
  2. UNTUK NASI AYAM :- Panaskan minyak dan margerine dalam kuali hingga cair. Masukkan halia, bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan daun pandan tadi, tumis hingga harum, masukkan beras dan goreng sekejap. Gunakan api sederhana. Alih kan bahan2 tadi ke dalam rice cooker. Tuang sup ayam tadi (elok, ditapis sebelum menuang ke dalam beras). Masak seperti memasak nasi biasa. Bila nasi masak, gemburkan.
  3. UNTUK SOS CILI HALIA :- Kisar cili merah, cili padi, tomato dengan 1 cawan air hingga halus. Tuang ke dalam periuk, masukkan cuka, gula, garam dan halia. Kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga sos pekat sedikit, rasa dan tambah apa yang perlu. Hidangkan bersama nasi ayam dan bahan lain.....Selamat mencuba!!!!
 untuk makan malam..bakar lagi..tak cukuplah..

    6 ulasan:

    1. kak ina, bestbetul!
      kak ina nak tanya ni, akak guna master food tu herb apa? jenis apa yg sesuai untuk perap2 ni? pastu kalau bahan 5 rasa tu macamana pulak? maaf la terbanayk tanya plak, bukan pe, selalu pegi ke hypermarket, tak tahu mana satu nak beli.. tq

      BalasPadam
    2. sedap la ayam akak!!! kita ada master food tu, sampai la ni tak terbuat2 ayam bakar tu!! malas betul!!

      BalasPadam
    3. aarrgghh,,,tolong...dah meleleh dah airliur ni...bestnya....

      BalasPadam
    4. wahhh...memang best nih!!!nak cikit...hehe

      BalasPadam
    5. salam kak ina,
      best je tengok ayam bakar akak tuh.
      Ada warna coklat2 tuh, awatlah bila saya buat ayamnye pucat lesi...

      BalasPadam
    6. salam kella..rempah 5 tu pulak ada jual kat giant...campuran cengkih, kayu manis dan sebagainya..akak pernah baca dalam blog member yang ajar camna nak buat..tapi dah luper kat blog saper..boleh beli kat giant..ada jual.


      salam ain...alahai ain senang sangatlah nak buat..tak apalah ..nanti cik abang balik lehlah masak...




      salam YucIkA ..nanti balik sini suruh mak buat..taklah meleleh air liur lagi.


      salam ima..nak cikit..datanglah sini..tapi buat appointment dulu..akak kan sibuk....kah..kah..kah...


      salam fairylily..bakarlah lama sikit..pastu bubuhlah sos tu banyak sikit..ataupun peraplah lama sikit..

      BalasPadam

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Google+ Followers