OOO

Selasa, Februari 16, 2010

Resepi Oblong Burger


Memanglah tak leh tiru prosperity burger kat Mc D ...sebab tukan secret recipes mereka...mana boleh nak sama kan...tapi bolehlah nak makan sendiri...janji anak-anak suker...
Burger oblong dan roti beli kat Iwani Foods kat Greenwood...10 keping baru RM14.00..roti 10 keping- RM4.90...bolehlah budget sikit..yang ni pun tak cukup sebab anak-anak memang suker makan fast food camni....kalau beli kat McD mestilah berganda-ganda...
Bahan-bahan Utama
  • Roti-Seremban Bakery
  • Burger  Daging Oblong-Brand Iwani
  • Bawang Holland-di hiris memanjang-nak goreng boleh/nak yang mentah pun boleh
Bahan Sos Lada Hitam
  • 2 cawan stok ayam- akak guna stok ayam (air+kiub ayam)
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1-2 sudu besar  lada hitam-di tumbuk kasar..agak-agaklah ..kalau nak pedas tambahlah byk sikit
  • 1/2 biji bawang besar - cincang
  • 2 sudu besar kicap manis - bergantung kehitaman yg dkehendaki
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu mentega/ marjerin
  • 2 sudu besar tepung jagung-bancuh dengan  sedikit air
  • garam dan gula - jika perlu
Cara-cara
1.  Tumiskan bawang besar hingga naik bau.  Masukkan pula stok ayam. Didihkan.
2.  Masukkan lada hitam, kicap manis, mentega/marjerin, sos tiram dan gula jika perlu.
3.  Akhir sekali masukkan bancuhan tepung  jagung  sedikit demi sedikit untuk mendapatkan kepekatan yang dkehendaki.
4.  Goreng daging oblong (tak yah letak minyak) dan lepas tu celupkan ke dalam sos lada hitam.
5.  Belah 2 roti dan letak marjerin dan bakar sekejap.
6.  Letakkan daging oblong  yang telah di celup sos lada hitam kat  roti dan taburkan bawang besar yang  di hiris.
7.  Makanlah cepat-cepat tapi kunyah pelan-pelan yer..

16 ulasan:

  1. Salam Kak Ina,

    Kat rumah sy ada satu gerai jual oblong burger ni, rasanya lebih sedap dari prosperity burger kat Mc D tu. Nanti bila2 Kak Ina datang sini boleh lah saya belanja

    BalasPadam
  2. ooo..mmg ada jual jer daging oblong tu? kat supermarket ada ker? atau akak buat sendiri?

    saya pernah makan oblong kambing. Beli kat flea market mardi serdang..mmg best..tp lepas tu berpino mata, sbb dia pakai daging fresh..masih terbau hamis kambing tu..tp hb kat sedap giler...

    BalasPadam
  3. ni faveret anak saya kak, harus kena try

    BalasPadam
  4. saya pun suka bertandang kat iwani frozen food tu kak

    BalasPadam
  5. salam kak ina.
    kalau tak setanding yg McD punya pun takpe kak, asalkan orang yg makan puas hati. kakchik yg tengok ni pun rasa terliur tapi mesti habis semua bawang tu kakchik buang hehe.

    BalasPadam
  6. Hi KakIna...hru doing there???

    Silakan ambik award from Love ye ;) Tks for being a good friend!

    BalasPadam
  7. sedapnya..bila nak poskan ke rumah saya ni kak?

    BalasPadam
  8. kak ina, merata jugaklah mencari daging oblong nih! tak jumpa2.. akak beli kat hypermarket mana nih.. teringin gak nak buat sendiri.. maklumlah mr hubby kaki makan, tapi tak suka makan kat kdai..

    BalasPadam
  9. salam kancilbiru...kalau cedap bolehlah buat sendiri.


    salam Aidah..boleh sajer..insyallah kalau akak gi sana..akak call kamu ek..


    salam noorma..akak beli lah kat kedai Iwani food..ooo kat mardi ada jual jugak ek..lagi sedap kot kalau daging kambing..family akak lagi suker..tapi jauhlah nak gi ke sana.


    salam Liza...cuber jangan tak cuber..

    salam fad...agaknya kamu gi kat batu caves kot..akak selalu beli kat greenwood ajer.

    salam kak chik...betul tu..janji family suker makan kan...rugi tak makan bawang tau..banyak khasiat tersembunyi.


    hai love...nanti akak ambil yer..tq very much dear..


    salam Eyriqazz...amboi nak pos..bukan jauh pun..kalau nak beli ajer oblong ni kat area gombak..tak yah tunggu akak pos..


    salam kak pah..buat jangan tak buat ek..

    salam alimaz...anak-anak memang suker makan camni..


    salam kella...gi kat greenwood ataupun batu caves jalan menghala ke taman koperasi fasa 2...iwani ada kat 2 tpt ni..tpt lain akak tak tahulah..tapi ada member bagitau kat taman melawati pun ada jugak..

    BalasPadam
  10. Kak Ina tolong bagi alamatnya saya nak pegi beli la. Anak2 memang suka makan fastfood. Anak ramai mana nak larat asyik makan kat MCD je lebih baik beli dan buat sendiri lagi sedap boleh makan sepuas-puasnya.

    BalasPadam
  11. salam kak ,,

    nak tanya ,kuah oblong yg da siap ada x kt kedai .malas nak buad la .hehe .

    BalasPadam
  12. thanks for the recipe kak. Dh banyak kali try buat blackpepper sauce sendirik tapi cam x berapa best jer. Ni nak try recipe K.Ina pulak

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers