OOO

Jumaat, Mac 26, 2010

Bihun Calong

Sakitnya hati ini...namun aku rindu....pedihnya hati ini ...namun aku rindu...
Kenapa sakit hati..pasal line buat hal lagi...lepas balik dari Pesta Buku..line kojol..call tm..boleh dia kata mungkin rosak seminggu lagi...geram..geramm
Alhamdulliah petang ni dah okey...

Dah pernah buat dah ...dah lama..masa tu tak ada blog lagi.   Dulu guna resepi member myresepi..kali ni guna resepi Puan Hanieliza..oleh kerana malas nak keluarkan ikan...akak gunakan ayam ajer...
Bahan-bahan
  • 1 rangka ayam [potong kecil]-akak gunakan tulang ayam ajer
  • 500 gm mee kuning atau bihun [celurkan]
  • 1 pokok daun sup [hiriskan]
  • 1 batang carrot [potong kecil]
  • 3 pokok sawi minyak/baby sawi/kailan [potong pendek]-tukar ke kobis
  • 3 biji cili merah [hiriskan]
  • bawang goreng
  • garam
  • air secukupnya
  • 2 s/b minyak
  • 1 kiub ayam [maggi atau knor]
  • akak tambah..batang saderi.. dan bawang goreng
Bahan tumbuk/mesin
  • 2 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 s/b lada hitam
Bahan Sos Kicap Pedas
  • 15 biji cili api 
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 s/b kicap cair
Bahan Calong
  • 1/2 cawan isi ikan tenggiri atau selayang-akak guna ayam ajer
  • 1 s/k lada hitam tumbuk
  • sedikit tepung jagung
  • sedikit garam
Cara-cara
1. Isi ikan/ayam  digaulkan dengan lada hitam, tepung jagung dan garam. Bulat-bulat bentuk kecil.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk/mesin sehingga wangi.
3. Masukkan air dan biarkan mendidih.
4. Masukkan garam, batang saderi, tulang ayam dan renehkan sehingga mendidih.
5. Apabila mendidih asingkan tulang-tulang ayam tadi dan masukkan calong.
6. Masukkan kiub ayam dan carrot dan biarkan mendidih perlahan-lahan.
7. Masukkan kobis.
8. Bila mendidih tuangkan bahan sup keatas mee atau bihun.
9. Taburkan daun sup dan cili yg telah dihiriskan dan bawang goreng.
10. Hidangkan panas-panas bersama sos kicap pedas.

6 ulasan:

  1. nyam,...seb baik dah dinner..kalau tak sah saya menyinggah di sentul...hik3..

    BalasPadam
  2. ina..sama lah..line asek problem je..dah baca.banyak kali dah..rasa dah bolih buat..cuma tak paham tang nama tu..yang ada calong tu..kenapa ye naman nya ada calong...

    BalasPadam
  3. ne lah ne menggoyah iman singgah blog auntie. aits..hihi.

    BalasPadam
  4. tak penah tau pun ada bihun calong. nak terai gak ni..

    BalasPadam
  5. salam mamashasha..kalau sedap cuberlah yer..

    salam gto...nak datang kena call dulu tau..


    salam kak pah..dah tau ni bolehlah cuba yer..

    salam billet..nanti cubalah buat yer..


    salam erna..tak tahulah kenapa ashik kejap ada kejap tak ada...meroyan ina di buatnya.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers