OOO

Selasa, Mac 16, 2010

Kek Lapis Blueberry Pandan

Nak buat kek lapis ni memerlukan kesabaran tau..kadang-kadang tak sabar jugak akak di buatnya..kali ni buat tak berapa lawa..entahlah..ikut nasib ataupun ikut mood kot..akak sekarang ni buat masa nak masak tengahari..senang sikit..sambil masak sambil memasak..taklah buang masa.
Resepi akak ambil dari rumah Puan Ummi di Kuantan..akak c & p ajer..resepi asal kat blog Edazman  di Seremban. Terima kasih buat keduanya.
Bahan-Bahan:-
  • 250 gm butter 
  • 120 gm gula halus
  • 6 biji telor
  • 120 gm tepung Hong Kong
  • 1/2 sudu besar ovelette
  • 100 gm jem strawberry
  • 150 gm kaya
  • 1 paket serbuk santan
  • pewarna merah jambu, hijau dan kuning

  Cara Membuat:-
  1. Pukul butter dan gula hingga ringan. Masukkan telor satu persatu, pukul rata setiap kali telor dimasukkan.
  2. Masukkan ovelette dan pukul lagi. Masukkan tepung dan gaul rata.
  3. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu bahagian dicampurkan jem strawberrid an pewarna merah  kacau rata.
  4. Bahagian kedua dicampurkan dengan kaya dan pewarna orange, kacau rata.
  5. Bahagian ketiga dicampurkan dengan serbuk santan dan pewarna hijau. Kacau rata.
  6. Alas dasar loyang 7"x 7" dengan kertas minyak yang disapu marjerin pada dasar loyang.
  7. Masukkan 3 sudu besar adunan merah jambu dan bakar selama 3 minit dengan api atas pada suhu 175 deg. celcius hingga permukaan berwarna coklat muda.
  8. Kemudian masukkan 3 sudu besar adunan kuning pula dan bakar lagi dengan api atas.
  9. Kemudian masukkan 3 sudu lapisan hijau pula dan bakar. Buatlah berselang seli hingga habis.
  10. Bagi lapisan terakhir bakar dengan menggunakan api atas dan bawah bersekali selama 5 - 6 minit.

5 ulasan:

  1. kak ina...
    sabar je la nak melapis kek tu...kalau norma surrender awal dah...tapi sedap tu!

    BalasPadam
  2. kakina, kek tu tak perlu ke dimampatkan @ ditekan2 sebelum letak lapisan seterusnya?? mmg mencabar nk buat kek lapis ya!!

    BalasPadam
  3. Akak ni asik melapis je... bila nak anto sini...

    BalasPadam
  4. Senang la akak pandai wat kek lapis. X yah susah2 nk bli kt Sarawak

    BalasPadam
  5. salam nj..kalau nak buat kena banyak vitamin R..klu idak tak lawalah..


    salam Azita..kena tekan lah sikit..tapi kat resepi tu tak tulis..kita pepandai ajerlah buat.


    salam syariza 09..memang dah tak beli dah..tapi virus R kena banyak tau.


    salam mamafami..kamu lagi terror dari akak..kalau akak punya taklah lawa sesangat.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers