OOO

Khamis, Mac 04, 2010

Spageti Daging

Dah lama tak  buat spageti...mula-mula nak buat meatball..tapi vitamin M banyaklah sangat..lelama masukkan ajer daging kisar (akak kisar guna wood processor ajer)..tapi akak rasa sedap jugak (puji diri sendiri)..
Akak memang jarang nak beli sos spageti segera dalam botol tu...akak suker buat sendiri.
Bahan-bahan
  •   1 paket  spageti
  •   500gm daging kisar
  •   1 tin pati tomato (puree)
  •   1 biji bawang besar (sebaiknya yang kuning)
  •   3 biji bawang putih
  •   2 biji tomato yang besar
  •   4 biji cendawan butang-hiris tipis
  •   1 sudu teh oregano
  •   1 sudu teh thyme
  •   1 sudu teh mixed herbs
  •   garam (ikut citarasa masing-masing)
  •   5 sudu makan tomato sos
  •   2 sudu makan sos cili 
  •   sedikit minyak zaiton/minyak masak/minyak jagung
Cara Untuk Buat Sos
1. Rebus spageti bersama sedikit minyak sehingga lembut..
kemudian  biarkan dalam periuk dan alirkan air sampai air rebusan sejuk dan toskan lepas tu  bubuh sedikit minyak/minyak zaiton.
2. Potong dadu bawang besar dan bawang putih (akak guna w/p aje)
3. Tomato di mesin tanpa air....(pun guna w/p)
3. Panaskan minyak (akak guna minyak zaiton) dalam 3 sudu makan.
4. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
5.  Masukkan daging kisar dan kacau sehingga daging masak dan masukkan tomato kisar tadi. Masukkan garam.
6. Masukkan air sedikit dan biarkan dalam 10 minit.
7. Masukkan  pula tomato puree dan 1 tin air (gunakan tinnya buat penyukat air)
8. Kecilkan api..masukkan oregano, thyme, mixed herb dan cendawan butang, cili sos dan sos tomato dan biarkan mendidih perlahan.
9. Biarkan sos mendidih sehingga 10-20 minit (pekat) dan rasa dulu (agak-agaklah yer) barulah di padamkan api dan makan bersama spageti.

14 ulasan:

  1. makanan yg paling senang nak dibuat
    hehe
    ;)

    BalasPadam
  2. wah
    jo pon ada ka sini?
    hehe
    dap
    lama xmkn spageti ni

    BalasPadam
  3. uncle kalau boring2 mmg suker makan spageti jap lagi beli spageti beli sos yg siap sedia..pas tu daging kisar kasi orang umah tolong buatkan hahahah..keluarga sebelah mertua ramai so kalau nak buat tu kena beli camtu lah senang...pepehal pun resepi ni uncle nak boormark.hihihi TQ

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. Spaghetti memang sedap...Yummy...!! Tapi kena buat sendiri sos nya kalau beli yang siap anak2 tak suka sgt...

    BalasPadam
  6. hai kak ina.. nyumm nyumm.. dah lama x masak spageti nih. semenjak dlm usaha menurunkan berat badan ni (cewah), tahan godaan jela tgk food sedap2. hihi

    BalasPadam
  7. kite pun sama k ina. suker buat sos sendiri. lagipun senang je bukan susah mane pun

    BalasPadam
  8. sedapnya akak..minta skit...

    BalasPadam
  9. dah lame x mkn speggeti buatan sendiri..dulu daku sgt rajin ke dapur..tapi sekarang..apakan daya..penyakit M melanda diriku..hehhee..slalunyer sos wat sendiri lagi sedap kan..kan..

    BalasPadam
  10. favourate siti ni...huhu

    BalasPadam
  11. paling sempoi...best la.teringat makan spagetti kat food court klcc.murah...yummy....cheesy and byk!

    BalasPadam
  12. salam joe..memang senang..tapi ada masa angin kemalasan melanda.


    salam hasni..dah lama tak buat lehlah buat hari minggu ni..

    salam uncle..terpulang pada tukang masakkan..suker hati lah nak pakai sos segera ataupun nak buat sos sendiri..


    salam aNIe..betul lah buat lagi sedap..tapi terpulang saper nak beli yg dah siap tu..

    salam h4ni3..alahai diet lah makan ni bagus..guna minyak zaitun..jgn letak cheese..


    salam lilyputih..betul kan ..buat sendiri lagi sodap...

    salam Eyriqazz..nak mengecak ajer ek..suruh wife buat sendirilah..atau makan kat luar..


    salam hazzy..dah lama tak buat bolehlah buat cuti minggu ni..


    salam syafa..tak aper..relax dulu..nanti kalau dah tak muntah lehlah cuber buat..klu nak senang..gi ajer makan kat luar.


    salam siti..samalah cam akak..suker makan ni..dah jemu rasanyanak makan nasi.


    salam miss capricon...ooo akak pernah jugak makan lasagna kat situ...memang sedap dan murah kan..
    tak ada link ek..

    BalasPadam
  13. xtau la kak...yg tau tu kafe milano...ada 2 kdai..satu kat centre food court jual air and lasagna...yg kt tepi kdai mamak tu special utk spageti n pizza je...both same owner

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers