lazada

Lazada Malaysia

Sabtu, Mac 13, 2010

Szziling Yee Mee Lagi

Favourite anak-anak yang kena buat tiap-tiap bulan...senang ajer nak membuatnya..buat sarapan selalu...

Bahan-bahan ( 2-3 org makan )

  • 2-3 sanggul (gulung) yee mee
  • 5 ulas bawang putih-dihiris nipis
  • 5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4
  • 1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
  • 3 biji cili kering- potong serong-kalau nak pedas tambahlah lagi
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1/2 in halia- hiris nipis
  • Serbuk lada hitam
  • lobak merah-akak tambah-potong panjang
  • bunga kobis-akak tambah-potong kecil
  • sawi-akak tambah-potong kecil
  • garam- secukup rasa
  • Beberapa titik minyak bijan-akak tak letak..suami dan anak-anak tak suka bau dia...
  • 1 sudu besar tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
  • sedikit minyak utk menumis
Cara-cara
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
  2. Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
  3. Masukkan 2 cawan air.
  4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan cendawan serta sayur-sayuran yang lain- tunggu 2-3 minit.
  6. Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
  7. Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
  8. Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas-panas

12 ulasan:

  1. salam kak, akak tahu tak macamana nak masak udang lobster?? boleh share resepi tak??
    www.zailabinimdae.blogspot.com

    BalasPadam
  2. salam kak..

    sedapnyer sizzling yee mee nie.. tingin pulak nak buat..

    BalasPadam
  3. byk kali wat pun x per kak ina... sebb sizzling yee mee ni mmg sedap... lama dah x makan ni.....

    BalasPadam
  4. Salam Kak Ina,

    Anak sy yg kecik tu suka sangat ngan sizzling mee ni. Nk kena cuba buat lah.

    BalasPadam
  5. salam kak ina ,
    hehehe..
    baru pas mkn sizzling mee kat bangsar..
    hehehe..

    BalasPadam
  6. Anak saya Alif sangat suka ni. Nak buat laa malam ni

    BalasPadam
  7. nak jugak...tolong masakkan untuk saye boleh..mama jauh..huk huk..

    BalasPadam
  8. oh senang rupenyer masak benda ni..boleh try test

    BalasPadam
  9. x suka sgt yee mee. mcm getah ikat nasik bungkus jerr

    BalasPadam
  10. oh kak ina.. inilah resepi yang dicari2! hubby suka, tapi dia suh buat sendiri, katanya baru puas nk mkn byk mana pon..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers