OOO

Selasa, Mac 30, 2010

Tauhu Poket

Dah lama rasanya tak buat tauhu poket...teringin nak makan...kali ni akak makan guna lebihan sos cili berkacang lebihan dari sos cucur udang..resepi ni ada di my resepi dan sumbangan  che'iza.....terima kasih yer
Bahan-Bahan
  • 5 keping tauhu
  • 50gm isi udang di cincang halus
  • 1/2 biji bawang besar di cincang halus
  • 1 inci lobak merah di racik halus
  • 2 sudu besar telur (1/2 biji telur)
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu kecil pati ikan bilis (yang sedap maggi punya)
  • sedikit garam
  • 1/2 sudu kecil lada hitam (ni akak tambah sendiri)
  • 1 sudu makan daun sup dan daun bawang (pun tambah sendiri)
  • 1/2 sudu teh lada sulah (tambah jugak)
Cara-cara
1.  Tauhu di potong dua..akak potong bentuk tiga segi...
2.  Korek isi tauhu macam nak buat tauhu sumbat..jangan di buang isinya..
3.  Hancurkan lebihan tauhu ni dan campur bersama semua bahan lain diatas.
4.  Masukkan campuran tadi ke dalam tauhu.
5.  Setelah itu bolehlah di goreng...sedap di makan panas-panas.. 
6.  Hidangkan dengan sos cili...

12 ulasan:

  1. makan masa tea break ker makan sebagai lauk?

    BalasPadam
  2. sme plak dengan menu minum ptg smlm. alang2 mc, sje msak utk bdk2 rmh sewa. msak 10keping tahu, selamat habis sume. masing2 lapar blik keje.

    BalasPadam
  3. apsala ari ni entry mknn jew yg i byk bca..
    klaparan tahap gaban dah ni...

    BalasPadam
  4. Sedapnya sampai terliur nie ....iikiki

    BalasPadam
  5. nampak mengiurkan
    tapi...
    kalori

    BalasPadam
  6. La kak...ni namanye tauhu poket ker?? baru tahu..hikhik

    BalasPadam
  7. lupa plak nk tanye...ni sama ke dengan tauhu sumbat tuh??

    BalasPadam
  8. salam kak ina...nampak cam sedap je...tapi ima memang tak suka tauhu...huhu ruginya..

    BalasPadam
  9. tauhu poket ,
    isk kak ina .
    kebanyakan kak ina mask sy x [enah dgr kot .
    byk tol mende baru . ahaha .

    BalasPadam
  10. terliurnya...tauhu poket tu...biasa norma buat yg biasa tauhu sumbat tu...kali ni boleh pulak cuba yang poket ni...TQ kak ina..

    BalasPadam
  11. salam kak ina,
    yum..teringinnya bila tgok tauhu poket. aritu dah jeling2 resipi ni. lom cuba lagi. nanti nak beli tauhu dulu. :)

    BalasPadam
  12. salam maksu..tak kisahlah nak makan petang ker..nak makan lunch ker..janji boleh makan ..

    salam cikezza ..rajin jugak nak ke dapur..pahala tu belanja member serumah makan tauhu...


    salam a d r e y n i e e l i s y a ...amboi panjangnya nama...klu dah masak mestilah tayang masakan kan..klu beli kat kedai ..tak yahlah show..


    salam..anak jati...alahai..setakat tauhu poket ni nak terliur ker???masakan biasa ajer..

    salam joe..oh yer ker kalori..makanan berkhasiat per..


    salam cik norfa..tang tauhu sama..tang isi lain-lain


    salam ima..alahai ruginya tak makan tauhu sebab berkhasiat tau makanan ni dan murah pulak tu.


    salam aus...iye ker..tak pernah dengar..ni mesti tak pernah tenguk rancangan masakan ataupun buku resepi..kat situ lagi macam-macam ada.

    salam nj..cuba jangan tak cuba yer..

    salam indahhouse..teringin???jom buat hari ni.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers