OOO

Selasa, April 20, 2010

Daging Sos Lada Hitam

Anak-anak akak suka kalau akak masak daging blackpepper camni....akak pun suka sebab sonang aje nak memasaknya..macam-macam variasi  masak cam ni...ikut suka hati akak ajer nak memasaknya..kadang-kadang ikut resepi member cyber..pastikan tau daging tu guna daging lembut ataupun daging batang pinang..kalau idak..kena lah rebus dulu..

Bahan-bahan
  • 500gm daging batang pinang
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • 3 sudu  makan sos lada hitam life
  • 1 1/2 sudu makan lada hitam-tumbuk halus
  • 5 biji bawang putih-di tumbuk
  • 1 1/2 inci halia-halia di tumbuk
  • 1/2 camca teh lada sulah
  • 1 batang saderi-dipotong kecil
  • 1 biji bawang holland-belah 6
  • 1 batang daun bawang-potong kasar
  • 1/2 biji cili banggala-di potong dadu
  • 1 biji cili merah-dihiris serong
  • 1 biji tomato-belah 4
  • air secukupnya
  • sedikit minyak dan garam secukupnya
Cara-caranya
1. Basuh daging hingga bersih tos lalu  potong atau hiris daging tipis-tipis.
2. Perapkan bersama bawang putih, lada hitam, halia, sos tiram, kicap peka, sos lada hitam  dan  sedikit garam selama 1-2 jam.(tak nak pun tak per)
3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang holland..dah naik bau masukkan daging dan biarkan masak sebentar.
4. Masukkan sedikit air (kalau nak berkuah bubuhlah air lebih sedikit) biarkan daging empuk dan kuah agak pekat.
Masukkan  batang saderi, hirisan cili hidup, tomato dan cili benggala.
5. Kacau rata, perasakan  garam, masukkan daun bawang, kacau sekejap  dan boleh di hidang panas-panas. 

13 ulasan:

  1. kakina bila nak buat rumah terbuka nih!hahaha

    BalasPadam
  2. favorite saya ni kak...sedapnya, meleleh airliur dah ni.... ;)

    BalasPadam
  3. kak ina saya ambik recipe ni ye....hihi tq

    BalasPadam
  4. salam kak ina KL..
    Adoii, saya ni kan mmg suka makan daging, tapi tu lah mana boleh sangat rakus kan dengan benda2 ni..kita ni dah leer gebu..agaknya kan saya ni ada campur Gen ghimau lah...hahahahaha....

    BalasPadam
  5. salam kak ina...emmm sedapnya daging blackpepper cam ni...senang pun ye gak...

    BalasPadam
  6. salam helena..ayoiiii takut oooo ajak org reramai dtg umah..pengsan kang akak di buatnyha.

    salam maksu..oh yer ker..nanti cuberlah yer..

    salam mamashasha..cuberlah yer..pastu bagi feedback yer

    salam mat gebu..samalah cam akak..akak lagi dashyat tau..ada 2 gigi taring..lagi cam specis rimau..ahakss

    salam ima..mudah dan simple..cuberlah yer..

    BalasPadam
  7. Akak, saya baru sahaja cuba masak lauk ni. Thank you for the recipe akak, saya minat masak-masak ni, hehe

    Cheers,
    Starrocker,
    KuehTart

    BalasPadam
  8. Salam ziarah,salam kenal thanks dtg blog saya.saya sendiri memang sedih sgt bace entry tgk bayi dibuang.

    Yummy3,penah masak utk hubby

    gagal sikit,daging tak empuk sgt

    nti nak cube lagi

    BalasPadam
  9. salam starocker..makk aiii akak baru letak ajer resepi..kamu dah cuber..bagusnya...letak dalam blog tak?

    salam Peri Pia..cuber jangan tak cuber yer

    BalasPadam
  10. akak mmg suke gila update2 pasal makanan kan. ape kata akak tolong masak kan sekali. perot saya pun dah kembang kempis ni. wahahhahaha!

    BalasPadam
  11. sedapnya! saya pun memang fave daging black pepper ni tapi slalu baut tak menjadi. tapi my mom punya black pepper beef memang best la ! hehe

    http://twinkywinykstars.blogspot.com

    BalasPadam
  12. haha, daging black paper. teringat sy try resepi kak ina ari tu

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers