OOO

Ahad, Jun 20, 2010

Resepi Kek Kukus Coklat Sempena Hari Bapa

Abah.....dulu masa muda..abah bersusah payah mencari rezeki
Dengan kudratmu, kau membesarkan angah, along, alan dan ayoi..
Apa yang kami pinta ..dengan segala upaya akan kau akan berikan
Aku sentiasa mengingati segala pengorbananmu
Abah .......
sekarang...kudratmu telah tiada...
tubuhmu telah dihinggapi pelbagai penyakit..
Walaupun begitu kamu masih mengingati anak-anakmu
Abah..walaupun begitu aku sayang padamu
Bapa mertuaku...
Terima kasih membesarkan suamiku..
Memberi didikan yang sempurna
Membesarkan dia dengan titik peluhmu
Dan sudi menerima aku sebagai menantumu
Suamiku..
Tanpa kamu ...sapelah aku...terima kasih kerna
sudi menerima aku seadanya...dulu , kini dan selamanya
aku bersyukur ..sebab bersuamikan kamu..
semuga kita bersama sehingga ke akhir hayat
dan terimalah ucapan

Selamat Hari Bapa ...
angah(panggilan abah pada akak), lina (fil) dan ina (suami) sayang kamu semua
Pagi tadi buat kek coklat kukus...kononnya kek untuk Hari Bapa..tapi tak sempat deco...lepas tu suruh Ira bawak balik ke asrama ...jamu member-member dia.

Bahan A
  • 220 gm tepung gandum
  • 1 s/k baking powder
  • 1/2 s/k soda bikarbonat
  • 50 gm serbuk koko
  • 180 gm gula perang
Bahan B
  • 2 biji telur
  • 1 s/k esen vanila
Bahan C
  • 200 ml susu cair atau susu segar
  • 200 ml minyak mazola atau minyak sayuran biasa
  • 200 mi air panas
Cara-cara
1. Gaulkan semua bahan A dalam mangkuk supaya rata.
2. Pukul Bahan B dalam mangkuk berasingan. Masukkan dalam mangkuk bahan A. Kacau rata.
3. Masukkan Bahan C dalam adunan bahan A. Kacau rata.
4. Panaskan kukusan dan lapikkan kertas minyak dalam loyang 8 x 8 inci.
5. Masukkan adunan dalam loyang dan kukuskan selama 1 jam dgn api sederhana. Lapkan tudung kukusan sebelum tutup semula.
6. Bila telah masak buka tudung kukusan perlahan supaya air tidak menitik keatas kek.
7. Hiaskan dengan cream coklat.

Cream Coklat
Bahan-bahan
  • 300 gm coklat masakan [potong kecil]
  • 50 gm fresh cream
Cara-cara
1. Panaskan coklat didalam periuk secara double boiling.  
2. Bila nampak coklat hampir cair tutup api.  
3. Masukkan fresh cream dan mentega...lepas tu kacau sebati sehingga agak sejuk.  
4. Bila dah hampir sejuk tuangkan atas kek dan hiaskan mengikut kesukaan sendiri.

7 ulasan:

  1. Salam kak,bak komen akak kat entry saya..hargai ibubapa semasa hayat dikandung bdn...

    kek coklat,saya suke

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Kak Ina

    didoakan agar bapa kakak sihat, moga dapat menunaikan ibadat dgn sempurna

    untuk abang, selamat hari bapa
    moga menjadi bapa yg soleh

    Wassalam

    BalasPadam
  3. selamat hari bapa buat 3 "bapa"dalam hudup ina.semoga sentiasa sihat walafiat:)

    BalasPadam
  4. selamat hari bapa utk semua..

    BalasPadam
  5. selamat hari bapa....

    nk kek tuh sket...eheheheee...

    BalasPadam
  6. bertuah family k ina, dapat k ina yg mmg teror masak!

    BalasPadam
  7. ye la..bertuahnya mereka..sentiasa dpt menikmati masakan yg enak-enak belaka...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers