OOO

Sabtu, Jun 26, 2010

Mari Makan Karipap Panas

  Nak lama tak mengentel dan mengklim karipap...bila cuti sekolah Ira request nak makan..tak sampai hati buatlah jugak..takut dia kempunan nak makan..
 
 Kulit Karipap
  • 1/2 kg tepung gandum
  • 2 sudu besar mentega/marjerin
  • 2  sudu besar minyak masak
  • Air masak bercampur garam (agak-agaklah sampai jadi doh)
Cara-cara
1.  Panaskan minyak masak bersama mentega/margerin.  Biarkan mendidih.
2.  Masukkan tepung dalam mangkuk tahan panas dan buat lubang kat tengah.
3.  Tuang campuran minyak dan kacau dengan sudip kayu dan kacau cepat-cepat sampai minyak bercampur dengan tepung gandum.
4.  Tuangkan air masak yang bercampur garam dan ulilah doh seperti biasa.
5.  Jangan lembek sangat dan jangan pulak keras sangat.  Agak-agaklah dan perap sekejap.(tutup dengan kain basah)
6. Siap untuk di gunakan.
 Inti Karipap
  • 1kg ubi kentang-dadu
  • 1 biji bawang besar-dadu
  • 3 sudu besar kari daging
  • 400gm daging kisar(nak guna daging kisar pun boleh)
  • 1 stok ayam
  • 1 biji bawang besar*
  • 4 biji bawang kecil*
  • 3 biji bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 3 tangkai daun kari
  • air secukupny
  • garam dan sedikit minyak
Cara-cara
  1. Basuh dan potong dadu ubi kentang dan bawang besar.
  2. Toskan.
  3. Tumbuk/kisar bawang besar,bawang kecil, bawang putih dan halia.
  4. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang telah ditumbuk /kisar bersama daun kari.
  5. Setelah naik bau masukkan pulak bawang besar yang telah didadu bersama  serbuk kari dan kacau sehingga naik minyak.
  6. Masukkan ayam kisar dan masukkan sedikit air dan biarkan sebentar.
  7. Masukkan pulak ubi kentang, stok ayam, garam  dan air (agak-agak yer)
  8. Biarkan ubi empuk dengan menggunakan api perlahan dan kacau sekali sekala.
  9. Bila ubi telah empuk , rasa dulu baru di tutup api.

10 ulasan:

  1. sedapnya lama betul tak makan karipap terutamanya yang panas2 kat masjid jamek

    BalasPadam
  2. Karipap panas... memang enak dimakan begitu sajee

    BalasPadam
  3. kesedapan karipap nie ... lebih kepada ramuan intinya....

    BalasPadam
  4. Sedap tu..sue lama dah tak buat karipap..Kalau buat pun yg segera ja..Ya la..kalau buat asyik tak jadi ja..Keras..kalau baling kat dinding..mau retak..wahahahah..sib baik inti sedap..tu ja yg bleh puji..tang kulit still tak jadik2 lg..

    BalasPadam
  5. sedapnya.. bila la ena nak buat tu kak.. teringin nak cuba tapi selalu kekuranngan bahan.. huhu.. bila bahan dh cukup penyakit M pulak datang.. haihhh!!

    BalasPadam
  6. Syoknya kalau buat karipap lapis

    BalasPadam
  7. petang2 ni sedap kalau dapat makan karipap panas. yum yum :)

    <a herf="http://izyanmashrom.blogspot.com/

    BalasPadam
  8. Hey, something is wrong with your site in Opera, you should check into it.

    BalasPadam
  9. This is such a great resource that you are providing and you give it away for free. I enjoy seeing websites that understand the value of providing a prime resource for free. I truly loved reading your post. Thanks!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers