OOO

Sabtu, Julai 24, 2010

Imam Muda Astro Oasis-2 orang lagi Imam Muda tersingkir


Dalam episod ke 9 malam tadi .. lagi 2 orang Imam Muda telah di singkirkan iaitu IM Ahmad Hazran Ahmad Kamal atau Aran, 26 tahun dan pengantin baru Mohd Taufek Mohd Noh 27 tahun.
 Tugasan pada minggu ni mereka telah melawat ke rumah orang-orang tua di Rumah Kenangan Seremban dan cuba menyelami kisah sedih  yang telah di alami oleh penghuni disitu sehingga sanggup anak-anak mereka meninggalkan mereka di situ.
 
 Sape yang tenguk Imam Muda malam tadi..mungkin ada yang mengalirkan air mata bila mereka bercerita tentang bagaimana layanan yang mereka terima  setelah mereka bersusah payah membesarkan dan memberi pelajaran kepada anak-anak.

Setelah mereka berjaya, mereka sanggup melupakan jasa ibubapa dan sanggup tidak melihat ibubapa mereka.  Ingatlah ..walaupun mereka mewah dengan hartabenda dan mempunyai kerjaya yang hebat tetapi jika mereka menderhaka kepada orangtua, satu hari nanti mereka akan menerima pembalasan.

Berdoalah agar anak-anak akak dan anak-anak kita semua tidak menjadi seperti mereka.  Sayangilah orangtua semasa mereka masih ada.

Sedihnya bila mendengar rintihan dari seorang ibu  di akhir episod 9 ni.  Mengalir air mata aka dibuatnya.
 Imam Muda Hizbur Rahman Omar Zuhdi dan Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan layak meneruskan perjuangan ke peringkat akhir .

Sama-samalah kita mengikuti peringkat akhir yang akan berlangsung di Dewan Muktamar, Pusat Islam pada 30hb. Julai nanti.

5 ulasan:

  1. salam kak...
    hu..hu..hu... frust gak yea aran tsingkir lak ...semoga dia lebih berjaya selepas ini...

    BalasPadam
  2. ramai frust juga yang taufek keluar kan.. jangan lepaskan peluang tengok final nanti

    BalasPadam
  3. Mmg dari awal episod Ai dah tertarik hati ngan si Hizburr + Asyraf. hehehe...mmg tepat la yg Ai jangkakan.. ;)

    BalasPadam
  4. alamak! kuterlupa mau stayback umah MIL mlm td... bersyukur Hizbur masih kekal... mungkin dierlah juara IM?

    BalasPadam
  5. anis suka gak tengok imam muda ni...kalau tengok yg bujang2 tu terasa cam nak buat adik ipar pun ada hehehe,...tapi satu je yg tak sanggup nak tengok,time undian keluar...rasa cam semua tak layak keluar...semua cam patut stay n jadi imam muda ...adat bertanding,tentu ada yg menang dan kalah ..kan kan kan

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers