OOO

Jumaat, Julai 16, 2010

Kejutan Imam Muda Astro Oasis -memang tak sangka sungguhlah

Mengejutkan .....tak sangka pada malam ini 2 orang Imam Muda telah di singkirkan.
Imam Muda Nuri dan Imam Muda Azhar telah di keluarkan...akak pun terperanjat jugak bila sampai 2 orang yang telah terkeluar.
Dia ni salah satu imam muda favourite akak...Bila tenguk kedudukan IM Azhar memang kedudukan beliau di tempat yang selamat pada minggu lepas.  Apa nak buat keputusan juri adalah muktamad.
 Asyraf memang mantappp..
Semua imam muda telah membaca puisi tentang perlunya kasih sayang kepada ibubapa dan anak-anak.
IM Azhar telah dilantik memberi takzirah sebelum solat jumaat dan IM Taufek
telah memberi kutbah dan menjadi Imam semasa solat Jumaat .

Pada minggu ini mereka telah pergi ke Jawi dan telah memberi kaunseling kepada pasangan-pasangan yang hendak bercerai.  Macam-macam kerenah yang boleh di lihat .  Masing-masing cuber menegakkan kebenaran diri mereka.
 Suami bagi alasan beliau jarang balik ke rumah di sebabkan isteri kuat membebel. Suami memberitahu yang dia bekerja ..tapi si isteri mengatakan yang suami beliau mungkin ada skandal kat luar.
Pasangan ini pula  telah berkawin selama 4 tahun tapi tiada zuriat dan isteri beliau meminta cerai sebab hendak suami beliau beristeri lain ataupun bermadu.  (tak berapa perasanlah..sbb bdk-bdk ni bising)Waduh..boleh dapat payung mas isteri dia kan...
Kesian dengan si suami sebab isteri mempunyai kekasih lain dan beliau telah melihat dengan mata sendiri yang isteri telah masuk ke bilik hotel bersama kekasih hati.  Isteri beliau memberi alasan bahawa suami beliau mati pucuk dan tidak dapat memuaskan dirinya.  Nak minta cerai suami tak nak ceraikan pulak.
Lelaki ini anak tunggal dan tinggal bersama ibunya.  Bila berkawin beliau mengajak isterinya tinggal bersama ibu beliau. Tetapi isteri beliau tak tahan tinggal serumah sebab semua gelang dan barangan kemas di simpan oleh ibu mertua dan beliau tak puas hati sebab suami memberi semua wang gaji kepada ibu beliau.  

Isteri merasa kecil hati sebab suami melebihkan ibu dia daripada beliau dan cuber mengajak suami agar berpindah ke rumah lain...tapi suami tidak setuju.
Suami yang ni pulak bagi alasan yang isteri ashik membising bila dia balik ke rumah.  Mengikut cerita si isteri suami dia ni dah 3 kali kena tangkap khalwat dan pernah berhutang sebanyak RM60,000.00 dan beliaulah yang telah bersusah payah menyelesaikan hutang tersebut.

Kalau akak pun mestilah akak pot pet pot pet..kalau dapat suami camni..pastu kaki pukul pulak tu..ishhh baik jugak isteri tu bercerai kalau dapat suami haprak cam tu.
 Imam muda berdebar menunggu keputusan
 dari Mudir Imam Muda
Akhirnya Imam Azhar telah di umumkan keluar malam ini bersama
dengan Imam Muda Nuri
sedih tapi bukan bermakna Imam Muda Azhar dan Nuri 
tidak akan menjadi Imam yang baik
tinggal lagi 4 orang Imam Muda meneruskan cabaran ke episod seterusnya

5 ulasan:

  1. salam..nak tengok iman muda..selalu terlepas..sampai dh nak abis dh..aduh ketinggalan sungguh..

    BalasPadam
  2. sy pon slalu nk tgk tp dh x der astro... tp mlm neh, alhamdulillah... berpeluang jugeks... mmg beshlaa rancangan neh... patut dpt liputan positif dr media antarabangsa... tugasannyer plaks mmg mencabar.... x der teori2 jer, turun padang terus.... syabas kpd astro buat rancangan mcm neh...

    BalasPadam
  3. wah
    memang mantap ni kaka review nye

    BalasPadam
  4. makin lama makin rmai yg layan imam muda..bagus2..leh kalahkan AF pasni..

    BalasPadam
  5. Imam Muda ni program yang bagus..
    Bukan sekadar hiburan, tapi mendidik juga

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers