lazada

Lazada Malaysia

Ahad, Ogos 29, 2010

Ke Plaza Low Yatt (Pusat Komputer di Kuala Lumpur)

Semalam separuh hari di habiskan mencari dan membeli barangan computer. Terkejut jugak bila hb ajak akak gi ke Plaza Low Yatt. Kalau orang yang tau pasal computer tentu mereka akan mencari barang di situ..member akak yang duk jauh pun dan dia berniaga barangan komputer  pun beli kat Low Yatt ni.
 gambar dari google
Nasib baiklah jalan tak sesak ..agaknya semua ashik serbu ke jalan tar kot.  Sampai kat situ ramai penjual terutama salesman  budak-budak muda akan menyapa kita..jangan terpedaya. Kita kena jejalan dulu sambil lihat harga barangan yang di tawarkan.

Akak bernasib baik  sebab salah seorang anak akak pandai tentang hal ni semua...dia tau anggaran harga dan jenis barang tersebut. Sebab dia lebih suka beli barang tu secara loose dan pastu pasang..murah dari harga kalau beli fully package.  Kena hati-hati ..sebab ada orang kata kat Low Yatt ni kalau tak tau harga memang kena sembelih.

Oleh sebab kebanyakan kedai di sana adalah kedai cina (tst ajerlah)..kita tak tak tahu samada mereka menipu ataupun tidak..kadang-kadang mereka pekenakan orang tak reti nak beli barang. Jangan terpengaruh dengan harga barangan yang di tawarkan.

Kita kenalah rajin  survey  ke 3-5 kedai dan minta dulu  senarai barangan dan harganya sekali.  Kemudian bandingkan dan berbincang dulu tentang harga dan kualiti ...oh yer jangan luper..budget...

Dulu senang sebab anak akak ada kenal member sekolah dia yang bekerja kat situ..jadi dia taklah kelentung kami..masa tu beli laptop untuk Yana. Alhamduliah setakat ni tak pernah rosak lagi.  Cpu yang rosak ni pun kami dah pakai masuk 6 tahun baru rosak teruk.  Nak repair rasa macam tak berbaloi ajerlah.

Kami jarang beli barang di tempat yang sama semuanya di kedai yang berlainan.  Selalunya kami akan survey dulu..minta senarai harga barang yang hendak di beli .  Bila dah dah senarai harga bincang pula hal budget..pastu baru pergi balik ke kedai yang menawarkan harga dan barang yang menarik.

Pastu bila dah beli  kena  pastikan pula  barangan  tersebut  ada kad jaminan hendaklah di pastikan di chop sebelum meninggalkan kedai tersebtu dan pastikan juga setiap alatan mempunyai warranty dan mempunyai sticker.

Di kedai yang kami beli cpu pun ada jual juga laptop,..dia tawarkan juga harga yang menarik  dan minta deposit.  Nasib baik kita tak jadi letak deposit sebab semasa jejalan kat kedai pemain badminton Lee Chong Wei...kami dapat harga lagi bagus dari kedai tersebut dan jenama laptop yang lagi best dari kedai tersebut.

Bila  kami bagitau yang harga kami dapat di kedai pertama lagi murah dari kedai pemain badminton ni..dia siap ajak anak akak  gi balik ke kedai tersebut.  Terpaksalah anak akak berlakon cam kawan-kawan dengan salesman tu...tak lama mereka balik dan dia bagitau perkara sebenar.. Tenguk tu..orang yang hal computer pun dia boleh nak tipu.  Akhirnya tertunailah hasrat di hati nak  beli laptop kat sini.

Sekarang ni ingatlah yer...sebelum pergi kena buat survey dulu dan biar kita tahu  anggaran harga barangan, supaya tiada yang boleh mengambil kesempatan. Pastikan setiap barang mempunyai pelekat jaminan (warranty).

Mana-mana kad yang perlu dicop oleh pekedai sebagai bukti pada kad jaminan, hendaklah dicopkan. Paling baik komputer yang dibeli hendaklah dicuba dahulu barangannya. Seperti pembekal kuasa (power supply) contohnya dan jika boleh suruh mereka pasang dan biar dicuba satu komputer sekali gus untuk puas hati.

Ada yang betul dan ada yang tak betul di Low Yatt ni..kenalah berhati-hati.  Jika terkena memang menyesal.

Oklah demam akak pun dah 50% baik dah ni...tinggal lagi 50% lagi ni.  Syukur sebab hb belikan ..tu maknanya dia merestui akak berblogging...sebab dia dah tenguk hasilnya.  Lagi bersemangatlah akak dibuatnya.  Terima kasih suamiku.

10 ulasan:

  1. Wah seronoknya ke Low Yatt...memang leh jadi sehari suntuk duk kat sana....tapi tak pernah pegi, sebab sellau minta tolong member...

    50% dah baik ye Kak Ina....

    BalasPadam
  2. Salam Ramadhan Kak Ina

    Alhamdulillah
    dah beransur sihat
    dapat laptop tu lagi sihat le
    he he

    Wassalam

    BalasPadam
  3. saya beli komp pun kat lowyat..

    alhamdulillah dah masuk tahun ke-5.. xde prob n masih up to date gitew

    BalasPadam
  4. demam mesti terus kebah bila dah dapat laptop kan? hehehe, gurau jer akak. saya pun selalu ke Low Yat bila mencari perkakasan pc nie. mmg betul kena hati2 dan pusing semua kedai dulu survey harga. sebab setiap kedai smua berbeza harga. pandai cari mst dpt yg murah pnya

    BalasPadam
  5. Bagus kak..Tu cara pembeli yg bijak..
    Wah..ada laptop baru..lepas ni makin mantop la ya..

    BalasPadam
  6. salam akak,
    lps ni selalu la ak update

    tu ler,kalo xpandai..kena tipu

    BalasPadam
  7. salam akak ..wahh menjdi la trick dmam akak he2..

    BalasPadam
  8. kat low yat ni mmg best...boleh jamu mata ngan macam2 gadget....

    BalasPadam
  9. taniah k ina dpt letop baru dr cik abe tersyg... nnti tayang2 laa kt sini eks? kitorg nak 'berkenalan' ngan dier...

    kalo kt shah neh, syurga brg komputer dkt Plaza Alam Sentral... gayanyer mcm PLY laa kalo nk bargain2 tuh....

    BalasPadam
  10. wah akak dapat laptop baru eh...bestnya..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers