OOO

Selasa, Ogos 24, 2010

Masak Lemak Daging Salai Dengan Jantung Pisang (masakan kampung ajer)

Kan akak ado boli daging salai...jadi konolah masak..kang hb akak bising...
Dah ada stok taklah akak sibuk lagi nak menyalai lagi kat umah..kalau salai kat umah...bisinglah mulut anak dan hb..asap..asap...asapppp..sonang kerja beli ajo..

Kesukaan kat umah ni kalau masak lemak ni....kadang-kadang masak dengan pucuk ubi...kadang-kadang dengan rebung (semua tak makan termasuk hb..akak ajerlah yang kena habiskan) dan jantung pisang.

Ingat yer...orang N9 kalau masak lomak tak buh bawang ..betul tak?
Bahan-bahan
  • 15 biji cili api-kalau nak pedas tambah lagi
  • 600 gram daging salai
  • 1 biji jantung
  • 2 cawan santan cair
  • 3 cawan santan pekat-bergantung kepada kepekatan yang di kehendaki..
  • 2 batang serai di titik
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 2 helai daun kunyit-disiat dan disimpul
  • sedikit serbuk kunyit
  • garam ikut keperluan
Cara-cara
1. Buang kulit luar dan rebus jantung pisang bersama air dan sedikit garam.  Selepas masak toskan.
2.  Hiris daging salai nipis-nipis,
3.  Tumbuk lumat cili api bersama kunyit hidup, halia dan sedikit garam.
2. Titikkan serai dan masukkan semua ke dalam periuk bersama daging salai.
3. Masukkan santan cair  dan hidupkan api yang sederhana.
4. Sentiasa kacau supaya tak pecah santan....bila menggelegak masukkan pula santan pekat.
5. Kacau lagi ..bila menggelegak sekali lagi masukkan daun kunyit dan jantung pisang yang telah dibelah 4 dan di potong kecil. Tunggu sehingga 10-15 minit.
6. Perasakan dengan garam dan boleh ditutup api.
akak layan seorang ajer cencaluk ni...gambar lama ni...
.kalau ada Yana dia makan jugak
daging salai dengan pucuk ubi...menu minggu yang lain....kecur tak tenguk masakan akak ni....

22 ulasan:

  1. Sodap tu kak. Bkn sonang nk buek tu. Hehe .. Ikan lampam goreng tu pun favorite ela tu kak ..

    BalasPadam
  2. hohoho...kak.mengiurkan.masuk ari ni saya blum jejak bazar ramadhan lg. ari ni baru nak gi sebab idea ngan gas da habis.hahaha

    BalasPadam
  3. salam kak ina..sodap ea gulai daging salai tuh..uwaaa..kot sy nak mkn,kena salai sndri tuh..:D

    BalasPadam
  4. sedapnyer daging salai masak lemak..
    aritu iera nak wat pastu malas nyer nak menyalai...
    last2 goreng jer pastu wat masak lemak..
    ha ha ha ha

    BalasPadam
  5. ape beza salai
    dengan tak salai kak..
    lain ke rase nye?
    saye tak pernah makan daging salai..
    kat penang ni tak jumpe pun
    yang di jual.
    nak buat sendiri lagi la tak reti..

    BalasPadam
  6. menitik air liur tgok resepi kak ina ni.....cencaluk tu sy suka gak...lama dah tak makan...

    BalasPadam
  7. ya betulll...
    org N9 buat masak lemak cili api takde letak bawang2 n halia tu semua...
    kita guna kunyit hidup n ciliapi semata...baru asli..

    BalasPadam
  8. Salam Ramadhan Kak Ina


    aduhhhhhh
    meleleh ayer liur ni
    he he

    Wassalam

    BalasPadam
  9. SALAM KAK..sodap siutt..nak ckittt..

    BalasPadam
  10. aduh kak ina...resepi kak ina semua best2 la...memang kena dengan tekak dd pun...makanan kampung la yg sesuai ngan tekak dd nie...

    BalasPadam
  11. kalau dapat menu camni..kenny rogger tolak tepi..meleleh air liur cm ni:)

    BalasPadam
  12. Kecur kak....semua tu lauk favourite saya.Jantung pisang tu mesti ada sambal colek..berdentum best.Semua lauk tu best,kalau kat depan saya,tak tau mana satu nak makan dulu...berpinggan rasanya nasi saya telan.Rindu...gian!

    BalasPadam
  13. banyaknya lauk kak oiii
    huhuu

    BalasPadam
  14. bestnyer kak, faveret daging salai masak lemak tu...terbaek!

    BalasPadam
  15. Salam kak ina.
    Akak ni kalau tak buat resepi yang saya taknak curi tak boleh ke? :P
    Hehehehehe.... Gurau jer kak.
    Akak punya resipi memang marvelous.

    BalasPadam
  16. NAsib baik la bukak blog ni waktu yang betul...hampir nak meleleh air liur tgk masak lemak daging salai ngan ikan lampam goreng....sedappppnya...

    BalasPadam
  17. mak aihhh!! kecurrr!! K'Ina.. ada lagiii kaaa he3..

    BalasPadam
  18. Aduhai..terbukak plak pepagi nie tgk daging salai.. ommakk aii.. cam teraso2 jo nie..hehehe..

    Botul laa tuh kalau org nogori buek masak lomak mano do pakai bawang2 nie.. cili padi tuh jo yg buek sodap eehh kan.. :)

    BalasPadam
  19. suka gak masak lemak cili api daging salai..mmg fantastic..tp kekadang ada bau asap sket..tu yg potong stim je selalu..

    papepun, masakan melayu mmg terbaekk..sy dh salin resepi akak ni :))

    BalasPadam
  20. Tak ado la pulak daging salai jual kek sini. Kono la den buek sendiri.

    BalasPadam
  21. akak...ada petua nak rebus jantung pisang? kdg2 ada rasa kelat

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers