OOO

Khamis, Ogos 26, 2010

Resepi Udang Rock And Roll

 Udang memang favourite kat umah ni...terutama kalau ada 2 orang anak perempuan kat umah.  

Resepi ni akak ambil dari blog ummi.Dan beliau ambil dari forum  Anekarasa

Bahan:-
  • 500 gm udang (udang besar - akak guna udang galah)
  • 1 sudu besar bawang putih yang dicincang
  • 2 sudu besar minyak
Bahan-Bahan Untuk Sos:-
  • 1 sudu besar taucu biji
  • 2 sudu besar cili padi yang dicincang
  • 2 sudu besar sawi jeruk (kai choy) - dicincang (*akak x letak)
  • 2 sudu besar cendawan butang yang dicingang (tak letak)
  • 2 sudu besar cili sos
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos plum
  • 1 sudu besar gula
  • garam secukup rasa
  • sedikit lada sulah
  • 1 sudu besar tepung jagung dibancuh dgn 3 sudu besar air
  • 200 ml air
  • 3 sudu besar minyak
  • sedikit minyak bijan
  • Akak tambah se batang daun bawang potong 2 inci
Cara Memasak:-


  1. UDANG :- Panaskan minyak dalam non-stick pan dan tumiskan bawang putih. Kacau sekejap dan masukkan udang.. Balik-balikkan biar masak lebih kurang 5 - 6 minit. Tutup api dan ketepikan. Masak sos seperti di bawah


  2. BAHAN SOS :- Campurkan bahan2 sos cili, tomato, tiram, plum semua dalam bekas. Kacau rata dan ketepikan. Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumiskan cili padi, taucu, sawi jeruk dan cendawan cincang tadi. Kacau dan masukkan bahan2 sos yang dicampur tadi. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa. Masukkan minyak bijan. Kacau rata dan  masukkan daun bawang dan akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau dan bila sos nya agak pekat tutup api. Tuangkan ke atas udang tadi dan gaul rata. Hidangkan..

    Lepas tu boleh kita rock and roll ek..

18 ulasan:

  1. mmg mengghairahkan la udang akak tuh...huii..tension nengok..sodap nampak eh..

    BalasPadam
  2. Salam Ramadhan Kak Ina

    jangan udang tu menari sekarang dah lee
    terliur nanti

    Wassalam

    BalasPadam
  3. udang ni masak apapun mmg sy layan...tgok kak ina masak.....sy beli udang kt bazar ramadan yaAllah mahalnya..

    BalasPadam
  4. Tahan lapar jer la tengok udang tue...

    BalasPadam
  5. Sib baik tgh dalam larangan lagi tuk memakan udang..kalau tak dah mintak alamat umah akak nak pi berbuka...

    BalasPadam
  6. owh , udang sambal petai adalah favourite sy kak ina , hahaa .

    BalasPadam
  7. mesti jd rockers pas mkn udang ni.hehe

    BalasPadam
  8. Nyum nyum.
    Kegemaran saya udang ni. Saya curi ya kak macam biasa. Hehehehehe....
    kat tempat saya banyak orang jual udang fresh.

    BalasPadam
  9. Nyum nyum.
    Kegemaran saya udang ni. Saya curi ya kak macam biasa. Hehehehehe....
    kat tempat saya banyak orang jual udang fresh.

    BalasPadam
  10. kak ina... makan udang ni jgn jd rock plak. ngeh ngeh ngeh! tumpangg laukkk!!

    BalasPadam
  11. nyam2.. umah kak ina mane?? bukak pose kat sane ah.. hehe

    BalasPadam
  12. nama menarik kak, rock & roll tu

    BalasPadam
  13. nama menu tu yg buat lg menarik..hehe rock la kak..

    BalasPadam
  14. ye la kak memang kena berjimat tapi dengar2 cite gaji bulan 9 tak dapat awal la sebab terlalu awal sangat..nasib baik la jugak kalau tak lagi terover budget hehehe.....sedap gak ye kak masak udang camni ada kelainan skit sebab letak tauchu leh cuba nanti

    BalasPadam
  15. kak ina ni
    masak ape pun
    mesti sedap nye..
    untung betul la anak2 kak ina..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers