OOO

Selasa, September 21, 2010

Malware Attack dah ada

Maafkah sebab akak kena remove sementara link kawan-kawan sebab bila buka ajer blog akak ada tertulis amaran Malware  Attack. 


Oleh sebab benda ni boleh merosakkan computer akak buang sementara yer.
Nanti dah settle akak letak balik.


Bila gi ke blog Nor dia pun ada mention blog dia pun kena gak..akak dah check kat Webmaster Tools

Bila check tengahari tadi tertulis..

Google has not detected any malware on this site




Beberapa portal berita di Malaysia termasuk The Malaysian Insider dan Malaysia Kini dipenuhi amaran malware - perisian yang boleh merosakkan komputer daripada pengendali web pencarian gergasi, Google.






Malware itu dikatakan berasal dari 'Innity' sebuah syarikat jaringan pengiklanan online. Google kini menghalang pengguna dari memasuki lebih 600 laman web setelah Innity mula menyiarkan iklan yang menghubungkan kepada laman web yang dicemari malware berbahaya.

Hari ini saja, beberapa laman seperti The Star, The Malaysian Insider, Malaysia Kini, Berita Harian dan My Sinchew turut terjejas.

Malah banyak blog pro kerajaan seperti Pisau.net, Minda Intelek Melayu dan juga blog Bumiyang.blogspot tak dapat dibuka. Begitu juga blog pemimpin terkenal seperti CheDet.cc.

Mengikut laporan 'Google Safe Browsing', Innity telah menjadi hos untuk perisian berbahaya yang disebarkan ke laman web yang menyiarkan iklannya.

Pemilik laman web yang terlibat dinasihatkan membuang semua kod dan iklan dari Innity sehingga ia menyelesaikan masalah ini. Untuk langkah keselamatan, buang semua link iklan atau blog dan portal yang mempunyai jangkitan Malware ini untuk sementara waktu.

Innity dalam laman webnya mendakwa jaringan pengiklanannya melayan lebih 2.1 billion iklan dan mempunyai lebih 29 juta pengguna sebulan termasuk 250 laman web terkenal di Malaysia, Singapura, dan negara Asia Tenggara yang lain.

Google telah mengesan ancaman itu pada 19 September dan ia meliputi pelayar internet terkenal termasuk milikan Google sendiri iaitu Chrome, Mozilla Firefox, Internet Explorer dan Safari yang digunakan pengguna Apple.

Malware merupakan perisian yang direka bentuk untuk memasuki ke dalam sistem komputer dan menyebabkan resiko kerosakan komputer tanpa disedari oleh pengguna.

Nama Malware wujud daripada gabungan ‘malicious’ yang membawa maksud niat jahat dan ‘software’ pula bermaksud perisian. Perisian ini dicipta oleh individu yang mempunyai kepakaran berkenaan kod program pelbagai perisian. Tujuan golongan ini ialah untuk mengganggu, mengancam dan menimbulkan masalah kepada pengguna komputer.

Pada masa ini Malware diwujudkan untuk tujuan mengaut keuntungan. Bukan saja untuk mengganggu sistem komputer tetapi ia juga digunakan untuk mencuri data, identiti, wang serta maklumat pengguna, semata-mata bagi mengaut keuntungan yang berlipat ganda oleh penjenayah siber.

Serangan malware termasuklah terhadap kebanyakan blog yang ada diantaranya terus tidak dapat diakses kecuali mereka yang mengambil risiko mengabaikan arahan daripada melayari blog-blog berkenaan. Beberapa template tertentu dikesani mudah untuk berkompromi dengan malware ini.

Bagi yang telah terkena jangkitan malware ini pastikan anda membersihkan "cookies" daripada browser-browser anda.

Pastikan portal dan blog anda TIDAK memasang iklan daripada Innity dan manggaonline. Bagi iklan pop-up dari widgeo.net yang mengganggu pelayaran blog, buang widget yang memaparkan data pengunjung. Sekalipun cantik dan maklumatnya bermakna, tetapi iklan popup yang diterbitkan terlalu menganggu sehinggakan pengunjung boleh menjadi bosan kerananya.

Semua malware akan menyebabkan sistem komputer bertambah lambat seperti penyambungan Internet dan juga masa untuk sistem ‘boot’ menjalankan operasinya.


p/s: bagi webmaster blog, anda dinasihatkan supaya bertindak segera mengatasi perkara ini supaya mengelakkan blog atau portal di blacklist selamanya oleh Google. Bagi pelayar internet, elakkan dari memasuki laman yang ada amaran tersebut kerana ia akan merosakkan PC/Laptop anda dalam jangka masa panjang!

sumber: 
mediapermatangpauh



dont worry sape yang rajin komen kat bawah N3..insyallah akak akak gi ke blog kamu yer..ni sementara ajer

13 ulasan:

  1. salam kak

    kite takut kena....huhu

    BalasPadam
  2. saya tak delete² lagi..takut jugak kena, tapi dalam masa yang sama malas nak buat bloglist lain nanti..

    ada cara ke ek nak backup bloglist?

    BalasPadam
  3. memang betul, semenjak dua tiga menjak ni pasal isu malware jer

    BalasPadam
  4. kak ina,akak punya yg malware attack tu dh clear ke lps buang sume link??? mie still xleh msk lg blog guna chrome,most of the link dh buang tp still xleh bukak jgk.dh guna webmaster pun xjadi jgk...

    BalasPadam
  5. salam,

    saya pun kene semlm dan buat camtu gak..

    BalasPadam
  6. Salam. Tq Kak Ina buat N3 ini. Setelah ikut langkah tersebut saya dah boleh buka balik blog guna Chrome.

    BalasPadam
  7. Salam. Thanks a lot kak sebab tulis pasal isu Malware ni. Sebelum ni tak tahu tentang isu ni.

    Sekurang2nya kita dah ambil langkah berjaga2.. Mohon izin nak copy entry akak ni utk peringatan pd teman2 blogger. Boleh tak kak? Terima kasih banyak..

    BalasPadam
  8. salam AlKisahKu..akak pergi ke blog kamu..masih ada lagi malware attack...buang semua link kat semua blog kamu sekarang juga

    BalasPadam
  9. Akak bleh bukak page Pojie tak ek? Xbleh bgtau kat FB.
    Sbb ada cakap boleh ada cakap xboleh..

    BalasPadam
  10. byk gak tgk blog yg terkena, risau gak liza kena skali

    BalasPadam
  11. Byk betul penyakit2 nya ya kak..bukan kita jer kena penyakit..blog pun kena juga..:-) sue pun pernah kena gak..haru jer..

    BalasPadam
  12. Salam.. Kak Ina.. Nur dah linkkan cerita serangan Malware ni kat blog.. Thanks for sharing.

    BalasPadam
  13. Salam. Kak Ina, Nur linkkan entry akak dlm blog ye.. Nak share dgn teman2 blogger yg lain. Thanks a lot.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers