OOO

Rabu, September 08, 2010

Resepi Biskut Kelapa Permata

Tak habis lagi buat kukis ni...sebab nak bagi mak..nak bagi sana..adik order last minute..Resepi ni akak ambil dalam Majalah Saji. Resepi dari Kak Hanieliza.
Bahan-bahan
  • 250gm tepung ubi
  • 250gm tepung gandum
  • 250gm mentega (akak guna tantura)
  • 200gm gula kastor
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 cawan kelapa kering
  • ceri merah-potong dadu kecil
Cara menyediakan
1. Tepung yang telah di ayak di gaulkan dengan kelapa supaya sama rata.
2. Pukul mentega dan gula sehingga sebati. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan pukul seketika.

3. Masukkan kelapa yang telah di gaul rata dengan tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut. (kalau dah lembut tak yah masukkan tepung tadi..takut keras).

4. Canaikan dan terap (akak gentel bulat-bulat ajer) mengikut kreativiti anda. Hiaskan dengan
ceri merah dan bakar selama 15 minit sehingga 20 minit pada suhu 180 C.

5 ulasan:

  1. aik resepi hampir sama mcm mak saya punya.. tp akak nyer nmpak lg cantik...

    BalasPadam
  2. wah sempat lagi tu last minute amik tempahan kuih....

    BalasPadam
  3. wah untung menantu kak ina de mak mertua rajin buat kih hihi...

    Tradisi Balik Kampung Berterusan

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers