OOO

Selasa, September 06, 2011

Saya Ingin Sertai ‘My Selangor Story 2011’

 
‘My Selangor Story’ telah datang lagi.  Akak yang memang di lahirkan  di Selangor dan kebetulan 2 orang anak di lahirkan di Selangor memang rasa teruja nak masuk contest ni.

Pertandingan ini di buka kepada bloggers dari Malaysia dan juga dari Singapura, Indonesia dan juga Thailand. Panel dari ‘My Selangor Story’ akan memilih 30 peserta dari 4 negara tersebut untuk mengembara seluruh negeri Selangor selama 5 hari 4 malam bermula dari 28hb September 2011 hingga ke 2hb Oktober 2011. 

Sepanjang pergembaraan ini, para bloggers di kehendaki menulis dan juga membuat video mengenai segala bentuk kegiatan yang di lakukan di blog masing-masing untuk di kongsikan dengan pembaca mereka

Kenapa saya nak masuk ‘ My Selangor Story 2011’ ?
Saya  sukakan cabaran dan suka travelling ke tempat-tempat yang menarik. Banyak tempat-tempat menarik yang pernah saya pergi di Selangor.  Saya juga ingin menjelajahi ke tempat-tempat lain yang belum pernah saya kunjungi di negeri Selangor.

Saya rasa saya juga layak menyertai cabaran ini sebab blog saya mempunyai ramai visitor dan setakat ini blog saya telah mencecah ke sejuta orang dari tahun 2009.  Memang pengunjung blog saya sukakan membaca kisah pengembaraan jika saya travelling ke mana-mana.

Jom baca kat mana tempat yang pernah saya pergi di Selangor.
Di  bandar Klang bandar di raja Selangor ada juga tempat membeli belah.
Kawasan yang di namakan Little India terletak di Jalan Tengku Kelana di Klang Selatang.  Di sinilah syurga bagi kaum India untuk berbelanja terutama apabila  hendak menymbut Depavali.
 
Kaum India suka berbelanja di sini kerana mereka boleh mencari bermacam-macam barangan terutama pakaian tradisional India seperti sari, peralatan sembahyang dan juga makanan bangsa India.  Ada juga di jual kain ela, langsir, cadar dan permaidani.
Satu lagi tempat yang perlu anda pergi bila ke Selangor ialah Sunway Pyramid yang juga adalah kompleks membeli belah yang terkenal di Selangor dan terletak di Subang. 
Bila tiba hari perayaan seperti Depavali Sunway Pyramid akan di hias cantik mengikut tema perayaan. 

Tempat Bersejarah
Salah satu tempat yang bersejarah yang menjadi tumpuan ramai ialah Bukit Malawati, Kuala Selangor.Kota Malawati terletak di atas sebuah bukit di belakang Pekan Kuala Selangor dan bukit tersebut dikenali sebagai ‘Bukit Selango

Bukit Melawati terletak di Kuala Selangor, negeri Selangor. Kedudukan Bukit Melawati cukup strategik kerana terletak di kuala Sungai Selangor , menghadap laut Selat Melaka dan Sumatra , Indonesia.
Bukit menarik merupakan kawasan rekreasi yang sangat menarik dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk para pengunjung .
Kota Malawati dibentuk mengikut reka bentuk kota-kota dari barat dan dibuat kubu di setiap penjuru kota sebagai askar-askar berjaga. Kesan-kesan yang dapat dilihat di kota bersejarah pada masa ini ialah beberapa pucuk meriam besi buatan Belanda.
Rumah Api di Taman Melawati.  Terdapat juga beberapa meriam lama yang terletak berhampiran Muzium  Kuala Selangor yang boleh di masuki secara percuma.
Di Muzium tersebut ada bermacam-macam barangan lama dan kita boleh mengetahui tentang sejarah Negeri Selangor dengan lebih mendalam lagi.
Bila keluar dari Muzium Kuala Selangor kita di hampiri pula oleh sekumpulan lotong yang amat jinak.  Dengan RM1.00 kita boleh membeli makanan lotong dan memberi makan kepada mereka.
 Jangan takut sebab setakat ini tiada lagi yang pernah di cederakan oleh lotong.  Ambillah gambar sebanyak mana kerana pengalaman bersama habitat yang berkeliaran tidak akan di alami di tempat lain.
Selepas itu kita boleh menjelajah kota tinggalan lama di Bukit Malawati dan mengikut sejarah, Bukit Malawati ini pernah ditakluki oleh Belanda dari tangan Sultan Ibrahim (Julai 1784).
Setahun kemudian pada 28 Januari 1785, Sultan Ibrahim dengan bantuan adindanya, Dato' Penggawa Permatang Mahabijaya (Penggawa Tua) dan Bendahara Adb.
Serangan yang bermula selepas waktu Isyak itu telah berjaya menawan bukit ini sebelum fajar subuh menyinsing.  Kubu pertahanan ni masih lagi kukuh sehingga ke hari ini.
Kota Malawati berbentuk segiempat dibuat daripada timbunan tanah dan ketul-ketulan batu pejal yang disusun oleh tukang-tukang kayu yang mahir. 
Luas kota tersebut adalah kira-kira 74m x 30m, benteng kota ditambak dengan tanah kira-kira 2m tingginya dari paras dalam kota dan pada batang sebelah timur bahagian luarnya disusun dengan ketul-ketul batu pejal yang diambil dari lereng-lereng bukit tersebut.
Jangan lupa melawat Perigi  Beracun di namakan se demikian kerana airnya  berisi racun, hasil ramuan beberapa jenis getah dan miang rebung. Airnya diisi sehingga paras dagu sebagai penyiksaan kepada penderhaka. Terletak di hadapan Muzium Kuala Selangor.


Di sini juga t terdapat kompleks makam - makam Sultan Selangor yang terdiri dari Makam Sultan Salehuddin, Sultan Selangor yang pertama (1756-1779), Makam Sultan Ibrahim Syah, Sultan Selangor yang kedua (1778-1826) dan Makam Sultan Muhammad Syah, Sultan Selangor yang ketiga (1826-1857) serta makam keluarga di raja yang lain.

Terdapat juga Tangga Seratus, Telaga Tujuh, Batu Hampar dan Busut Melawati.  Perkhidmatan keretaapi juga di sediakan di Bukit Malawati yang cuma di sediakan pada setiap hari Sabtu dan Ahad sahaja.  Murah sahaja tambangnya cuma sediakan RM2.00 anda akan di bawa mengelilingi Kota Malawati.

Tempat Mandi Manda dan Kawasan Rekreasi
Tempat rekreasi pun banyak di Selangor.  Pilih sahaja samada ingin menikmat  air sejuk ataupun air panas.  
Salah satu tempat yang menarik ialah  Kolam Air Panas Hulu Tamu. 
Terdapat 2 kolam air panas yang di sediakan iaitu untuk orang dewasa dan untuk kanak-kanak.  Dengan merendamkan keseluruhan anggota badan di katakan air panas  semula jadi dan berkhasiat untuk sesiapa sahaja yang ada penyakit kulit.
Untuk kanak-kanak airnya tidaklah sepanas kolam orang dewasa.  Kanak-kanak boleh berenang sepuas hati.  Jangan risau kerana di sini di sediakan kemudahan tempat mandi, tandas dan wakaf.  Ada juga penjual makanan di sini.  Kolam mandi air panas ni di katakan boleh menyembuhkan penyakit kulit.
Satu lagi tempat menarik di Selangor ialah di Empangan Batu iaitu sebuah empangan buatan tadahan hujan yang terletak di Lembah Kelang atau lebih tepat lagi ia terletak di sepanjang jajaran rangkaian jalan utama Selayang-Sungai Tua-Ulu Yam.

Dikatakan tasik di sini kaya dengan pelbagai sumber ikan dan memang sesuai untuk kaki pancing kota melepaskan gian memancing kerana ianya berdekatan dengan Kuala Lumpur.

Jika tidak minat memancing anda boleh merehatkan diri bersama keluarga. Empangan ini yang di namakan R1, R2 dan R3 mempunyai tempat berehat bagi pengguna laluan Sungai Tua-Ulu Yam.

Jangan risau sebab di sini di sediakan wakaf dan memang sesuai untuk aktiviti perkelahan kerana ia mempunyai pemandangan yang menarik  dan kita boleh menikmati kesegaran udara tasik dan keindahan hutan yang belum tercemar.
Berhampiran dengan Empangan Batu pula kita boleh mandi manda di Sungai Ulu Yam. Di sini di sediakan kemudahan tempat meletak kereta dan juga di sediakan tandas.  Pengunjung boleh memilih tempat  mandi manda di 3 tempat.  Tempat meletak kereta yang tertinggi ialah di no 3 dimana terdapat air terjun yang deras mengalir. 
Bawalah makanan sambil menikmati suasana indah di sini kerana hutan yang belum tercemar.  Air yang sejuk dan nyaman dan bersih memang sesuai untuk kanak-kanak bermain air. 
Sejuknya air di sini sampai menusuk ke tulang.  Jika badan merasa sejuk kita boleh berehat di batu-batu yang besar yang banyak di sungai ini sambil menikmati makanan yang di bawa.
Selepas kenyang bolehlah kita teruskan aktiviti mandi mandaKita boleh membuat pilihan samada inginkan tempat yang dalam ataupun yang dalam. 
 
Selain dari itu kita boleh juga mandi manda di Wet World yang terletak Persiaran Dato' Menteri Seksyen 2 Shah Alam .  
Dengan bayaran yang minimum kita boleh menikmat segala kemudahan yang disediakan dari pagi sehingga ke petang. Anak-anak memang suka mandi manda di sini
                   Satu lagi tempat yang menarik yang perlu anda terokai ialah di Sunway Lagoon.
Sesuai untuk beriadah bersama keluarga tercinta
Anak-anak merasa gembira bila ke sini
Selain dari taman tema di Sunway Lagoon juga ada
kolam renang untuk mandi manda

Negeri Selangor -Syurga Makanan 
Di Selangor juga terdapat banyak tempat makanan yang sedap dan lazat.
Pilih saja makanan yang di sukai, kita akan dapat apa yang di ingini
Di MAHA Serdang pula ada jualan ala bazar ...boleh membeli belah barang keperluan dan di sediakan juga tempat jualan makanan.  Jangan risau sebab di sini juga ada di jual makanan yang lazat.
Tak kiralah di Rawang
di Bukit Antarabangsa
dan di Bandar Sunway kita boleh menikmati makanan setiap masa.

Pasar Tani Shah Alam Selangor
Jangan lupa singgah ke Pasar Tani Shah Alam. Pasar ini terletak di Seksyen 13. Shah Alam. Lokasinya di lapangan letak kereta Stadium Shah Alam dan berhampiran Pasaraya Giants, juga berhampiran Stadium Malawati

Bermacam-macam barangan yang dijual termasuk barangan basah seperti ikan, daging, udang, kain baju dan beraneka barangan lagi.  
Barangan yang di perbuat dari kulit juga ada di jual..macam-macam ada di Pasar Tani Shah Alam

Ada 2 Airport
Yang paling menarik mengenai negeri Selangor di sebabkan terdapat 2 lapangan terbang ada di sini.
Terletak di Sepang Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah di nobatkan sebagai salah satu Lapangan Terbang yang terbaik di dunia.
Kuala Lumpur International Airport terletak 50km dari Pusat Bandar Kuala Lumpur. Lapangan terbang ini berkonsepkan "Lapangan Terbang dalam hutan dan hutan dalam lapangan terbang". Keadaan ini dapat memberi ketenangan kepada penumpang dan memperkenalkan suasana hutan Malaysia kepada pelancong luar negara.
Pada tahun 2007, KLIA telah dianugerahkan sebagai lapangan terbang terbaik bagi kategori 15-25 juta penumpang dan tempat ketiga bagi lapangan terbang terbaik di Asia Pasifik dan Dunia. Anugerah ini disampaikan oleh Airports Council International Airport Service Quality (ACI-ASQ).

Low Cost Carrier Terminal (LCCT)

KLIA mempunyai satu Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) yang mula beroperasi pada 26 Mac 2006 bagi menampung penumpang yang menaiki AirAsia dan juga penerbangan tambang rendah yang lain.

Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) yang pertama dibina khas di KLIA untuk menampung jumlah penumpang penerbangan tambang murah yang semakin meningkat, terutamanya para penumpang syarikat penerbangan tambang murah Malaysia, AirAsia.

Apa macam, bestkan negeri Selangor ni...Tak payah kita hendak melancung jauh-jauh, di negeri Selangor sudah terdapat tempat-tempat menarik yang perlu di terokai dan di lawati. 



Itulah sebabnya saya merasakan saya patut terpilih menyertai 
‘My Selangor Story’ bagi 2011 sebab saya ingin lagi menjelajahi ke serata tempat di Selangor dan  mempromosikan negeri Selangor dan juga dapat berkenalan dengan blogger dari negara lain.

Saya juga suka menghadiri event yang di anjurkan oleh pihak tertentu, kalau tak percaya boleh cerita ceriti saya kat halaman di atas.

Untuk info lebih lanjut mengenai pertandingan ini:

6 ulasan:

  1. Good luck, kak ina. Sya vote untuk akak :D

    BalasPadam
  2. sata mesti vote sebab nk dpt kukis. hahaha. good luck kak ina. panjang benor entry

    BalasPadam
  3. k ina,

    putrajaya tuh wilayah persekutuan lah..

    BalasPadam
  4. yes.yes.yes. semoga kak ina berjaya hendaknya. insyaAllah. (dh vote dh)

    BalasPadam
  5. sy lah sudah...sy lah sudah mengvote k ina...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...