OOO

Rabu, September 22, 2010

Sinopsis Drama Siti Kelembai Slot Lagenda TV3


Siri baru slot lagenda di Tv3...kisah di adaptasi dari cerita sang kalembai dah jadi siti kelembai..sebab dia jadi perempuan...

Slot Lagenda Siti Kelembai bermula dari 20 September 2010 setiap hari Isnin sehingga Khamis bermula jam 4.30petang dan ulangan di TV9 pukul 8.30 malam.

Pelakon: Liyana Shamsudin, Fizo Omar, Amran Omar, Farah Lyana, Jasmin Hamid, Eizlan Yusof.
Sewaktu di dalam kelas, Siti Ratna sering hilang tumpuan kerana tatkala guru kelasnya sedang memberi pengajaran di hadapan, fikiran Siti Ratna akan melayang-layang entah ke mana dan seolah-olah dirinya berada di alam lain.
Pada zahirnya, Siti Ratna dianugerahkan rupa paras yang cantik warisan ibundanya, namun, kecantikan itu tidak terserlah kerana dia seorang gadis yang sangat selekeh dan tidak pandai menjaga penampilannya.
Menjelang hari lahirnya yang ke-21, atas bantuan kakak Moin, Masmona yang mempunyai sebuah salon kecantikan, Siti Ratna telah bertukar menjadi seorang gadis yang rupawan dan anggun!
Selain daripada menjadi bualan hangat dan pujaan hampir semua lelaki di kolejnya, secara tiba-tiba Siti Ratna telah dianugerahkan suatu kuasa sakti yang agak luar biasa pada malam sambutan hari lahirnya. Kuasa itu adalah satu kelebihan yang pada mulanya tidak disedari oleh Siti Ratna sendiri dan jika disalahgunakan atau tidak terkawal boleh menyebabkan suasana haru-biru.

Siti Ratna tidak boleh marah atau terdetik dalam hati memarahi sesiapa kerana boleh menyebabkan seluruh tubuh orang yang dimarahinya menjadi gatal. Pastinya peristiwa hari lahirnya itu telah menjadi titik permulaan kepada rungkaian hikayat Siti Kelembai.

Dapatkah Siti Ratna menyesuaikan dirinya dengan kuasa sakti yang dimiliki? Apakah kaitan kelebihan dirinya dengan ibunya yang dipercayai mati selama ini tetapi sebenarnya masih hidup berkelana di hutan rimba?

14 ulasan:

  1. kak, sy tak pasan ada drama baru ni, sbb asik kena paksa tgk hagemaru, hahaha

    BalasPadam
  2. akak

    kite rase kita dah komen tadi??ehehe

    BalasPadam
  3. Dah ikuti dua episod citer nie..best gak laa..layan jerkk.. :)

    BalasPadam
  4. wahhh, dah berlaptop. matjoe nk try layan laa citer ni. sound interesting

    BalasPadam
  5. semalam demam x p keje..layan jugak citer nih..huhu..

    BalasPadam
  6. sekarang makin banyak citer fiksyen adaptasi citer zaman2 dulu kan...mesti best citer ni...

    BalasPadam
  7. linn asyik terlepas nk tgok... sbb waktu ni umar mesti minta tidokan...

    BalasPadam
  8. Heeheh..semalam sue cuti..so dapat la layan cita nih..syok juga cita nih..lepas ni terpaksa la layan melalui laman web ja..kalau dah keja mmg sllu tak sempat nak tgk..

    BalasPadam
  9. saya prasan kerepek bawang tu kak, faveret tu

    BalasPadam
  10. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  11. oooo...g2 alkisahnya...
    macam best je iklan...nak tengok waktu kerja plak..huhuh


    <a herf=http://asmidaraasri.blogspot.com/2010/09/dua-hari-je-lagi-ni.html

    BalasPadam
  12. <a herf="http://asmidaraasri.blogspot.com/2010/09/dua-hari-je-lagi-ni.html


    tak jadi plak..huhuhu

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers