Buat karipap ni awal bulan lepas..lupalah nak show..first time buat lepas bulan puasa. Kalau buat ni kenalah gentel sorang-sorang. Pastu teringat anak-anak yang tak dapat makan karipap buatan mak dia ni. Padahal anak-anak ingat ker idak. Tulah kan hati seorang mak, macamana pun mesti teringat. Aduhai..
Kulit Karipap
1/2 kg tepung gandum
2 sudu besar mentega/marjerin
2 sudu besar minyak masakAir masak bercampur garam (agak-agaklah sampai jadi doh)
Cara-cara
1. Panaskan minyak masak bersama mentega/margerin. Biarkan mendidih.
2. Masukkan tepung dalam mangkuk tahan panas dan buat lubang kat tengah.
3. Tuang campuran minyak dan kacau dengan sudip kayu dan kacau cepat-cepat sampai minyak bercampur dengan tepung gandum.
4. Tuangkan air masak yang bercampur garam dan ulilah doh seperti biasa.
5. Jangan lembek sangat dan jangan pulak keras sangat. Agak-agaklah dan perap sekejap.(tutup dengan kain basah)
6. Siap untuk di gunakan.
Inti Karipap
- 1kg ubi kentang-dadu
- 1 biji bawang besar-dadu
- 3 sudu besar kari daging-ikut suka
- 400gm daging kisar(nak guna ayam pun boleh-kalau lebih lagi sedap)
- 1 stok ayam
- 1 biji bawang besar*
- 4 biji bawang kecil*
- 3 biji bawang putih*
- 1 inci halia*
- 3 tangkai daun kari
- air secukupnya
- garam dan sedikit minyak
Cara-cara
- Basuh dan potong dadu ubi kentang dan bawang besar. (guna f/p pun boleh)Toskan.
- Tumbuk/kisar bawang besar,bawang kecil, bawang putih dan halia.
- Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang telah ditumbuk /kisar bersama daun kari.
- Setelah naik bau masukkan pulak bawang besar yang telah didadu bersama serbuk kari dan kacau sehingga naik minyak.
- Masukkan daging kisar dan masukkan sedikit air dan biarkan sebentar.
- Masukkan pulak ubi kentang, stok ayam, garam dan air sehingga tenggelam semua bahan.(agak-agak yer)
- Biarkan ubi empuk dengan menggunakan api perlahan, masukkan garam dan kacau sekali sekala.
- Bila ubi telah empuk , rasa dulu baru di tutup api.
kalau buat karipap mesti buat lebih, sejuk bekukan...ha kauuuu dek kerana leka terhanguslah pulak..sabar ajerlah..hangus pun cik abang bawak gak bekal gi office.
Ina apasal ni..terlupa
Dah tua ker?
Memang dah tua pun
nasib baik sedar kan..
18 comments
kak ina...nak karipap 5 ketoi....nampak sedapp tu...
by Mas on 26 Oktober 2010 7:01 PTG. #
hangus pon sodap!
by Che Armster on 26 Oktober 2010 7:47 PTG. #
haaa baru siang tadi kat opis borak ngan kawan pasal nak wat karipap.....k.ina ni tau2 jaaa ... trus ada resepi....bagus2,,,,terima kasih ya kak ina,,,,,
harus buat nie...eh wajib buat nie...insyaallah weekend nie...
karipap ooo karipap
by Cik PUan Mr Shaiful.. on 26 Oktober 2010 8:44 PTG. #
kak ina! laa..baru je smlm anis pegi beli acuan karipap tu(nk kelim sndiri xreti..hehe) pestu dok ckp2 nk cari resepi lam tenet.alih2 kak ina pulak yg buat entry ni..ilebiu laa kak ina!!
by aNiS tHe BumbleBee on 26 Oktober 2010 8:47 PTG. #
ingat minggu nie nak buat donut tapi bi;atengok karipap ni rasa nak buat karipap pulak.. heheh.. Thanks kak.. ;D
by Ena on 26 Oktober 2010 9:27 PTG. #
Nak order karipap dgn kak ina lah...
Bak mai 10 ketoiii
by mamawana on 26 Oktober 2010 9:44 PTG. #
ila suka wat karipap :)
by ILA HAFIZ on 26 Oktober 2010 9:54 PTG. #
salam kak
suke inti kentang ;)
by Peri PiA on 27 Oktober 2010 7:22 PG. #
Salam perkenalan kak...mmg suka sngt karipap..tp isi ubi keledek lagi sedap.
by alina on 27 Oktober 2010 8:57 PG. #
htu dialog sape tu kak? cik abang ke hehehe hangus2 pun cik abang tetap makan gak kan...
by shiori_LA on 27 Oktober 2010 9:52 PG. #
hangus tak bermakna tidak lazat.kekadang goreng suka hangus2 kan sikit sb nak kasi rasa pahit2 dia.hehehe
by FareedSairi on 27 Oktober 2010 10:10 PG. #
kak ina.. nak skit, mailah pos kat cek.. hohoho
by ManjaIxora on 27 Oktober 2010 10:54 PG. #
mintak izin ambik resepi ye kak ina..teringin pulak..
by SURIA AMANDA on 27 Oktober 2010 4:15 PTG. #
mintak izin ambik resepi ye kak ina..teringin pulak..
by SURIA AMANDA on 27 Oktober 2010 4:15 PTG. #
salam kak ina..
kak ina semalam try buat karipap pakai resepi kak ina..1st time buat mcm keras cikit la kak ina..tp pape pun tq so much la kak ina..nsib baik kak ina up resepi ni...=)
by Dhielasinderela on 28 Oktober 2010 10:05 PG. #
mokcik tak pnh wat yg namanye karipap ni K'Ina heheh.. mokcik klu nk mkn bli yo kui33..
by ohoeya858.blogspot.com on 28 Oktober 2010 11:38 PG. #
hai kak ina. sok nak g piknik ngan family n kite plan nak buat karipap. so amik resepi dari sini. terima kasih. heheh
by cik sakdi on 20 Mei 2011 7:12 PTG. #
huhu lapar....
by Pertt Alpah on 17 Ogos 2011 11:27 PG. #
Catat Ulasan