Ahad, Oktober 24, 2010

Resepi Sizzling Yee Mee

Resepi ulangan dah pernah dah tepek kat blog. Tak perlah. Sajer ajer nak tunjuk. Dah banyak kali buat. Selalu Ira punya permintaan. Kalau ada hot plate lagi best.

Resepi asal dari Lily Myresepi.
Bahan-bahan ( 2-3 org makan )
2-3 sanggul(gulung) yee mee
5 ulas bawang putih-dihiris nipis
5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)-rendam dengan air panas pastu hiris
1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
3 biji cili kering- potong serong-kalau nak pedas tambahlah lagi
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1/2 inci halia- hiris nipis
Serbuk lada hitam
akak tambah- kobis dan lobak merah-potong kecil

garam- secukup rasa
beberapa titik minyak bijan

1 sudu besar tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
sedikit minyak utk menumis

Cara-cara
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
  2. Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
  3. Masukkan 2 cawan air.
  4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan cendawan serta sayur-sayuran yang lain,tunggu hingga 2-3 minit.
  6. Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
  7. Titikkan minyak bijan beberapa titik-jangan banyak-banyak...
  8. Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas-panas

18 ulasan:

  1. salam kak ina...wow!brasap lagi tuh..nak semangkuk eyh..:))

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Kak Ina

    wah duhhhhh

    berasap lagi
    nyam nyam

    Wassalam

    BalasPadam
  3. Wahh..bleh masuk list ni...Resepi lagi..bila la nak rajin macam kak ina ni..hehehhehe

    BalasPadam
  4. berselera sungguh tgk resipi kat sini. tapi kitaorang tak ramai, selalu membeli dari membuat.

    BalasPadam
  5. my favourite food! :D

    makanan kesukaan saya! :D

    BalasPadam
  6. mas selalu makan giant...sedapnya, tak pernah try buat lagi, nanti nk cuba la....

    BalasPadam
  7. fuhh..dah lama tak makan ni..hehe

    BalasPadam
  8. wow akak....my fav ni sis..ehhee...

    BalasPadam
  9. Waaaa..kak ina....sedappnyaa boleh peenggsannn...

    BalasPadam
  10. kak ina, sila buat open house jamu benda nie!!!!!

    BalasPadam
  11. sedapnye kak..peberet yan nie dgn en.hubby :)


    www.yanmieonline.com

    BalasPadam
  12. waa...ini feveret sye..pandai mkn, xpandai buat..ekekke

    BalasPadam
  13. saya mahu resepi ini! nyumm nyum.. mahu amik sekali lagi! hehe

    BalasPadam
  14. Tetiba Je Perut Ku Menyanyi Dangdut... Hehehe... Kak Ina G Ke CommFest Media Carnival Kat Taylor's Jumaat Ni...?

    BalasPadam
  15. boleh try ni.. kalau guna mee kuning bleh ke
    ALL IN ONE

    BalasPadam
  16. salam kak

    rase mcm nak hirup2 jer kuah tu,hehe

    BalasPadam
  17. Assalam kak, myra nak ambik resepi ni untuk mencuba ye..

    TQ :)

    BalasPadam
  18. Nak masak untuk berbuka tq

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers