Sicilian Orange Cake Recipe

by kak ina kl on Jumaat, Oktober 22, 2010

 Oleh sebab tak tahan tenguk kek ni kat blog cik manggis akak pun buatlah kek ini.  Bila baru habis bakar memang sedap  memakannya.  Resepi ni ada kat blog Rima dan Ellie.

Akak sajer ajer taburkan parutan cheddar cheese kat atas kek sebab lebihan masa buat bangkit cheese tempuh hari.  Membazir pulak kalau rosak nanti.  Dahlah bahan tu mahal.

Bahan-bahan
250 gm butter
250 gm tepung naik sendiri
4 biji telur saiz sederhana
1 1/2 tsp parutan kulit oren
85 ml jus oren
250 gm gula halus
akak tambah-parutan cheddar cheese (nak habiskan stok)
Icing:
125 gm gula ising
5 tsp jus oren.
Cara-caranya:
  • Panaskan oven 170 darjah celcius.
  • Sapukan butter pada 2 loyang bulat  berukuran 6cm x 14 cm.Alaskan dengan kertas minyak.
  • Pukul butter dan gula hingga kembang .Masukkan telur satu demi satu hingga habis.Pukul lagi,
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan terus pukul hingga sebati.Masukkan parutan kulit oren.
  • Last sekali tuangkan jus oren sedikit demi sedikit dan pukul hingga rata.
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar hingga masak.
  • Bila kek telah masak sejukkan atas wire rack.
p/s akak tak buat  icing tu sebab dah cukup rasa manis dah kat kek tu.  Dah tua-tua ni tak beranilah nak makan manis..lagi pun hb dah ada penyakit kencing manis.

12 comments

waaa... sy tgk pun sdp. dah la x breakfast lg ni...

by Nas on 22 Oktober 2010 10:11 PG. #

sedappnya kak....terliur ni..

by Mas on 22 Oktober 2010 10:19 PG. #

akak.. sedapnyaaa.. bak sepotong.. nk baking la nih dah tak larat la.. huhuhu.. kalu umah kita dekat leh tukor2 piring yer.. :)

by zaza@mamaHanin on 22 Oktober 2010 10:45 PG. #

aduyaiii ..sodap nye tu .. terbyg2 wangi bau oren tu

by fazilzura on 22 Oktober 2010 11:09 PG. #

bila dapat rasa masakan akak ni..tekleh tahan lah tgok je..

by - zuriey - on 22 Oktober 2010 11:32 PG. #

Salam kak ina. Best la kalau jadi anak-anak akak. Mesti selalu dapat makan yang enak2.

by kakchik on 22 Oktober 2010 11:39 PG. #

sala singah diblog yang mantap ini..harap dapat sekeping nanti hehe

by donny on 22 Oktober 2010 12:00 PTG. #

sdapnya kak..bila nak dpt rasa airtangan akak nie

by atty's on 22 Oktober 2010 12:17 PTG. #

wahh sedap..tapi tak muak ke kak?

by wanmus on 22 Oktober 2010 2:13 PTG. #

Salam kak

wah,membakar lagi..nak order blh?nak cheese juge ats kek

by Peri PiA on 25 Oktober 2010 12:35 PTG. #

akak..

memang power gedemak ni sicilian orange ckae...kita pong sgtlah suker..

by Yat Maria on 26 Oktober 2010 9:38 PTG. #

ramai peminat kek ni kat rumak cm..ada permintaan lagi ni hehe

by cikmanggis on 28 Oktober 2010 2:37 PTG. #

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate