OOO

Isnin, Oktober 25, 2010

Sinopsis Drama Ulek Mayang -Lagenda TV3


Bagus sungguh promo TV3 tentang siri langenda terbaru Ulek Mayang. Tak sabar nak layan cerita ni.

Drama Ulek Mayang yang diadaptasikan daripada mitos Ulek Mayang bakal menemui para peminat Slot Lagenda mulai Isnin ini iaitu 25 Oktober 2010, Drama Ulek Mayang ini akan ditayangkan setiap hari Isnin hingga khamis pada jam 4.30 petang di TV3.

Elly Mazlin yang terkenal dek suaranya yang lembut memang sesuai
memegang watak seorang tuan putri Mayang Sari.

Fezrul pula memegang watak Ali seorang nelayang (yang geli hati bila dia kata dia ashik teringat Elly ajer..oppp jatuh cinta di lokasi kot)..teringat watak dia dulu yang berlakon dalam drama patong cendana.
Pantai Teluk Bidara ini telah dipilih sebagai lokasi penggambaran drama Ulik Mayang.

Drama ini telah diarahkan oleh pengarah fofolur Rashid Sibir(jangan ashik melalak dahlah kan beliau suka buat cerita air mata)
Penggambaran drama ini bermula pada 23 Julai lalu dan berakhir pada 9 Ogos 2010. Selain Pantai Teluk Bidara, Pantai Teluk Lipat dan Pantai Teluk Gadong turut dipilih sebagai lokasi penggambaran drama ini.
Antara pelakun Ulik Mayang Sabrina Ali. Seram gak bila Sabrina bercerita yang dia pernah mengalami gangguan semasa berlakon dalam drama ini.Beliau memegang watak sebagai Putri Mayang Mengurai...cantikkan bajuyang di pakai oleh beliau...
Sinopsis Drama Ulek Mayang – Slot Lagenda TV3
Ulek Mayang mengisahkan Ali (Fezrul Khan), seorang nelayan yang sering diganggu dengan bayangan Puteri di persisiran pantai. Namun, Ali hanya mendengar suara gurau senda tetapi tidak pernah melihat wajah si Puteri itu. Semakin hari bayangan Puteri itu semakin menghantui hidup Ali. Ali sentiasa pergi ke pantai untuk mencari Puteri. Malah, dia dapat merasa kehadiran Puteri dalam mimpinya kerana bilik tidurnya akan dipenuhi dengan bau wangian. Ibu Ali, Mariam (Mariani Ismail) semakin risau melihat keadaan Ali yang menjadi seperti sasau dan angau.

Sebenarnya, Ali telah bertembung dengan Puteri Mayang Sari (Elly Mazlein). Suatu hari, Ali telah menyeru nama Puteri Mayang Sari supaya dapat berjumpa. Pada kali pertama mereka bertentang mata, Ali dan Puteri Mayang Sari telah jatuh hati. Puteri Mayang Mengurai (Sabrina Ali) yang juga menyimpan perasaan terhadap Ali telah memukau mata orang sekelilingnya supaya melihat Sari sebagai hantu yang berwajah hitam dan menakutkan.
Percintaan Ali dengan Sari ditentang keras oleh Mariam kerana Sari dianggap sebagai hantu yang akan membawa mudarat kepada anaknya. Setelah Ali sesat dalam alam Puteri Mayang Sari, Mariam mendapat khidmat bomoh untuk mengadakan upacara pemujaan Ulek Mayang. Keadaan menjadi tidak terkawal apabila Mayang Sari mengamuk semasa upacara tersebut diadakan. Apakah yang akan terjadi selepas ini?
Lagu Tema OST Drama Ulek Mayang dinyanyikan oleh Elly Mazlien iaitu “Kata Hati”, “Ulik Mayang” dan “Dari Kerana Mata”

Akak suka tenguk pakaian yang di pakai oleh pelakon Elly Mazlien dan Sabrina dalam cerita ini. Cantik dan penuh dengan warna warni.


Penggambaran drama ini juga di lakukan di Muzium Negeri Terengganu.

Bak kata Rashid Sibir kena tenguk dari mula hingga akhir..
kang tak faham kan sape yang susah..?

12 ulasan:

  1. Dulu masa sekolah pernah gak join persembahan ulik mayang nie.. tapi masa tu seyes meremang je..

    BalasPadam
  2. Sib baik Elly yg jadi puteri, mmg lemah lembut jer. Sakit buah pinggang tengok Yasmin Hamid jadi puteri dam Siti Kelembai. Keras badan dengan suara2 sekali keras..sungguh tak sesooooai..

    BalasPadam
  3. salam kak

    xdpt tgk la ...

    mistik sikit kan ulek mayang ni

    owh nama same dgn mak siti kelambai/ratna hehe

    BalasPadam
  4. ahaha, dh abis tgk siti kelembai. ada assignemnt tgk ulek mayang lak

    BalasPadam
  5. nak tengok kat www.tonton.com.my aje la...

    BalasPadam
  6. tengok...iklan kat tv3 macam best je kena tengok nih...sinopsis macam menarik gak

    BalasPadam
  7. gerenti tengok cerita ni....he..he..kita tengok sama2 yer kak ina

    BalasPadam
  8. Ina...memang selalu tgk cerita slot lagenda ni

    BalasPadam
  9. "ulek...mayang di ulek...ulek dgn jala...jemala..umbok...mayang di umbok...umbok dgn tuan....ya puteri..."...suka lagu ni esp yg uji rashid nyanyi.

    BalasPadam
  10. ape...terjadi...pada kak mayang sari..dia..akn bls..dedam kepda mayang sari..ke..sy paling mint tgk crte myng sari..ni..ada smbung lg ke..xsbr nk tgk..

    BalasPadam
  11. veldig interessant, takk

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers