NAK DUIT RAYA TAK?

Cabaran Duit Raya 2014

ShoppingTime

Lazada Malaysia

Selasa, Oktober 19, 2010

Tragedi Bot Ekspress Karam di Bintulu

Tragedi bot ekspress karam di Sungai Kakus, Kelebu, Bintulu  lebih kurang pada pukul 2.30 petang semalam di khuatiri meragut sekurang-kurangnya 19 nyawa  apabila bot penumpang yang sarat membawa penumpang karam petang semalam selepas berlanggar dengan sebuah tongkang mengangkut balak.


Dua lagi mayat tragedi bot ekspres karam selepas berlanggar dengan tongkang di hulu Sungai Anap Tatau petang semalam, ditemui hari ini, menjadikan jumlah yang disahkan terkorban dalam tragedi itu sehingga kini ialah enam orang.


Kedua-dua mayat wanita itu, seorang daripadanya dikenali sebagai Bermas anak Nyuin, 26, ditemui pasukan mencari dan menyelamat di dasar Sungai Kakus di Ulu Tatau, kira-kira 60 kilometer dari sini.


Empat mayat ditemui petang semalam, iaitu bayi berusia lima bulan Jennifer Yak; dua lelaki dewasa iaitu Wong Siew Guan, 21; dan Wilfred Ukir Salleh, 56; serta seorang wanita Meas anak Renggan, 75.


Tujuh belas penumpang termasuk empat kanak-kanak berumur satu hingga tiga tahun selamat. 

Mohmad berkata, setakat ini operasi mencari dua lagi mangsa yang dilapor
hilang diteruskan oleh pasukan penyelamat yang terdiri daripada 47 pegawai dan anggota dari Pejabat Daerah Tatau, polis, pasukan bomba dan penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).

Antara yang masih hilang ialah pasangan suami isteri dan anak perempuan
mereka berusia tiga tahun.

"Setakat ini, kami mengenal pasti 21 penumpang dalam bot itu. Tetapi jumlah
sebenar penumpang tidak boleh dipastikan sekarang kerana bot itu mengambil
penumpang sepanjang perjalanan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
RESAH...ahli keluarga sedih menunggu mayat mangsa lemas.


BINTULU: “Semuanya kelam-kabut, tetapi saya dapat memecahkan tingkap bot dan berenang keluar,” kata Silo Gerenang, 58, seorang daripada tujuh penumpang yang selamat selepas sebuah bot ekspres karam di Sungai Kakus, Kelebu di sini, semalam.


Menurut Silo, sebaik bot yang membawa lebih penumpang itu terbalik selepas berlanggar dengan bot tunda balak di Ulu Sungai Anap, suasana menjadi kelam-kabut dengan jeritan penumpang meminta tolong dan ada juga berasak mencari jalan keluar menyelamatkan diri.


“Kejadian berlaku sekelip mata dan kebanyakan penumpang gagal menyelamatkan diri kerana terperangkap. Saya bersyukur dapat keluar dan berenang ke tebing sungai sebelum dibawa orang ramai ke hospital,” katanya.




Difahamkan, bot ekspres berkenaan tidak menyediakan jaket keselamatan kepada penumpang dan ketika kejadian ia membawa penumpang berlebihan.


Takziah dan al fatihah buat yang meninggal dunia.

Sumber Harian Metro

5 ulasan:

  1. Salam kak

    Ya Allah...saya xsempat baca berita lagi hari ni

    BalasPadam
  2. tq kakina..saya tak tau pun kalo tak baca entry kakina..nie

    takziah kepada keluarga yang meninggal.alfatihah..

    BalasPadam
  3. aduii...seram pulak baca pasal karam2 ni kak...

    BalasPadam
  4. takziah....sekarang ni macam2 berlaku kan...tanda2 akhir zaman..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...