OOO

Ahad, November 07, 2010

Resepi Asam Rebus Ikan Selar Kuning

Minggu ni memang masak simple dimple sebab akak ashik ke Kelang sebab kakak ipar buat kenduri arwah untuk anak dia.  Gambar ni pun dah lama rasanya.  Tak apalah kan.  
Dah tua-tua ni kan, makan nasi dengan lauk camni laju ajer masuk dalam tekak.  Tapi anak-anak pulak kurang suka.
Bahan-bahan
  • 4 ekor ikan kembung atau ikan pelaling
  • 4 biji cili merah-buang biji*
  • sedikit ikan bilis*
  • 4 biji bawang kecil*
  • 2 biji bawang putih*
  • sedikit belacan*
  • 1 batang serai-titik hujung
  • air ikut keperluan
  • air asam jawa-terpulang pada tukang masak..nak banyak atau sedikit
  • 1 batang bunga kantan-belah 2
  • sedikit daun kesum-ambil daun
Cara-cara

1. Tumbuk atau kisar semua bahan bertanda *.  Kalau tumbuk lagi best.
2. Siang ikan dan toskan.
3. Masukkan semua bahan yang telah lumat ke dalam periuk dan masukkan air.
4. Hidupkan api dan biarkan mendidih.
5. Masukkan ikan, air asam jawa berserta garam.
6. Bila mendidih masukkan bunga kantan dan daun kesum.
7. Rasa cukup garam dan asam barulah di padam api

5 ulasan:

  1. Assalamualaikum Kak Ina

    anak2 saya suka masak asam ni

    Wassalam

    BalasPadam
  2. salam,

    saya suka sgt lauk nie..memang kena dengan diet saya..:)))

    BalasPadam
  3. saya panggil ni asam pedas..dulu2 kalau mak saya masak mesti saya bising sb tak selera makan...saya cakap tak best sb takdak kaler.tapi sebenarnya kalau kena dgn nasi panas2 mmg sedap pun.

    BalasPadam
  4. kak ina... ni pebret lauk sy ni... asam rebus... nyam3... snang jer kan masak nyer. :D

    BalasPadam
  5. salam kak..

    sy suka masakan ni..tapi hirup kuah je la..huu..kalau ikan dia jrg makan..suka mkn ikan yg bergoreng lg..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers