OOO

Rabu, November 10, 2010

Resepi Gulai Burung Dara Masak Padang

 
Kat Indonesia mereka panggil burung puyuh ni  burung dara.  Kenapa ya di panggil begitu...mungkin burung itu ngak pernah nikah dong.  Dulu ibu buat gulai guna cumi, kali ini di tukar guna burung dara.

Memang enak dong...cubain  resep ini.  Garenti anak-anak dan suami suka. Resep  asli ibu ambil  dari SINI.

Bahan :
  • 5 ekor burung puyuh
  • 4 lembar daun jeruk-(daun limau purut)
  • 1 lembar daun kunyit (disiat dan disimpul)
  • 2 lembar daun salam (akak guna yang kering punyer)
  • 750 ml santan-(akak guna 1  cawan santan pekat campur 1 cawan air)
Bumbu halus : (bahan tumbuk/kisar)
  • 5 butir bawang putih*
  • 5 butir bawang merah*
  • 5 buah cabe merah keriting*
  • 1 sudu teh  ketumbar bubuk (serbuk ketumbar)*
  • 3 butir kemiri (tak letak)*-buah keras
  • ½ sdt kunyit halus (akak guna kunyit hidup)*
  • 1 batang serai-tumbuk hujung-nak kisar pun boleh
  • 1 sudu teh  lengkuas halus (akak buat hiris lengkuas tu dalam 3 hiris)
  • garam secukupnya
  • ¼ sdt jinten (serbuk jintan manis)
  • sedikit minyak
Cara Membuat :
1. Tumbuk atau kisar bahan bertanda *.  Masukkan sedikit minyak dan tumis bumbu halus hingga harum.
2.  Masukkan santan dan biarkan mendidih lalu masukkan daun jeruk, daun kunyit, daun salam, hirisan lengkuas dan burung dara dan aduk  rata(kacau) lalu masak hingga matang. 
3.  Sebelum diangkat rasa dulu.

8 ulasan:

  1. salam kak

    masakan padang sedap ooo

    BalasPadam
  2. macam sodap je...
    den nak try laaah.. tapi nak cari burung dulu...

    burung ape?? burung dara...
    burung ape?? burung dara..
    burung ape?? burung dara..
    burung ape?? burung puyuh laaaa!! takkan tak tau lagi... hehehehee

    (percubaan untuk buat lawak..hehehe)

    BalasPadam
  3. Tengok gambar pun dah nampak menyelerakan. Kalau di tukar dengan ayam ok tak resepi tu?

    BalasPadam
  4. sdapnye.. tq share resepi ni.. nak tryla masak utk hubby :)

    BalasPadam
  5. bila la dapat merasa masakan kak ina.... :)

    BalasPadam
  6. sedapnya...akak, burung tu nak kena goreng dulu tak?

    BalasPadam
  7. kak ina, cabe merah keriting tu cili kering ker apa? nampak sedap jer nih..yummy

    BalasPadam
  8. akak kat mana nak cari burung puyuh...dara tu camne ke nama tajuk masakan jer...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers