OOO

Isnin, November 22, 2010

Resepi Kek Lapis Strawberry Cheese


Dah lama tak buat kek lapis. Kali terakhir buat masa Yana nak bawak balik ke sana. Memang kalau nak buat kek lapis memerlukan kesabaran yang tinggi. Kalau orang nak tempah...akak jawab..boleh..boleh belahhhhh ...tak kuasa weii...baik akak buat kukis.

Tak confidentlah nak buat jualan. Kalau nak buat kek lapis untuk makan sendiri baiklah gunakan butter mahal macam jenama scs, anchor atau golden churn. Memang kek berbau wangi masa di bakar.

Ambil resepi ni kat blog http://mawarmerah7.blogspot.com/. Ima ambil dari tuan punya resepi http://rozzan.blogspot.com/

Bahan-Bahan
450 gm mentega-akak guna jenama anchor
250 gm Philadelphia cream cheese (jenama Kraft)
1 sudu makan ovalette
150 gm gula halus
10 biji telur
1 tin (kira-kira 400 gm) susu pekat manis
300 gm tepung Hong Kong-ayak dulu
100 gm Horlick
180 gm jem strawberry (reduced sugar- kurang manis)saya guna pie filling
1 sudu teh esen strawberry
sedikit pewarna merah/merah jambu (lebih baik jenis yg pekat atau serbuk)

Cara-cara

1. Pukul mentega, cream cheese dan ovalette sehingga sebati.
2. Masukkan gula sedikit-sedikit dan terus pukul hingga kembang.
3. Masukkan pula telur sebiji-sebiji dan terus pukul hingga kembang dan rata.
4. Seterusnya, perlahankan speed mixer anda dan masukkan susu manis. Pukul sebentar.
5. Kemudian, perlahankan lagi speed mixer anda dan bubuh tepung Hong Kong dan horlicks. Gaul rata.
6. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu dibiarkan plain dan yg satu lagi dibubuh jem strawberry, esen strawberry dan pewarna merah.
7. Bakarlah menggunakan loyang 10”x7” atau 8”x8” yg telah di alas kertas dan digris pada dasar loyang dan sekelilingnya. Suhu kira-kira 180 – 200 darjah Celsius.
8. Ambil 2 senduk adunan plain (akak gunakan 5 sudu makan setiap lapisan) dan ratakan dalam loyang kek. Bakar dengan api atas bawah sehingga masak. Utk lapisan kedua hingga akhir, tukarkan suhu oven kepada api atas jer (grill). Ambil 2 senduk adunan plain lagi dan ratakan dia atas lapisan pertama tadi.
9. Utk lapisan ketiga, ambil 2 senduk adunan strawberry dan ratakan atas lapisan kedua tadi. Buat begini sehingga habis semua adunan.

Nota:
Mengenai corak lapisan samada 2 plain, 2 merah atau 1 plain 1 merah, terserah pada kreativiti dan citarasa anda.
Akak buat 2 lapisan merah (5 sudu makan setiap lapisan) dan 2 lapisan asal

21 ulasan:

  1. auw, mavelles sungguh kek ni k.ina.sedap smpai terbayang2 ni.yummy

    tenkiu.kukis pun sedap.dh 1 bekas sy balun

    BalasPadam
  2. Aduuuh,mengGODASnyaaaaaa kak ina!^_^

    BalasPadam
  3. aduyai sodap nye nampak kak...

    BalasPadam
  4. hohohoho. Saya peminat kek lapis. skrg tengah berguru dengan ibu. kalo balik raya memang kene tolong mak buat. dulu tukang godek je, skrg dia suh bakar sekali. memang btol la...memerlukan kesabaran dan kesensitifan yang tinggi. lnbt skit hangus.hahaha. lagi2 kalo dah sampai nak lapisan akhir2...cpt btol masak. guna strawbery eh? lum penah try. selalu buat kek lapis berempah.

    BalasPadam
  5. sungguhla meleleh ayaq liuq tgk.... sy ni hajat ade nak buat kek lapis ni, tp semangat tak kuat.jadiknye, tadeklah....

    BalasPadam
  6. salam kak ina...macam mana akak,sedapkan kek lapis ni...memang berbaloi membuatnya...raya haji ari tu ima buat kek lapis blueberry cheese...pun sedap..hihi

    BalasPadam
  7. kak ina,
    saya ni selalu fail buat kek..
    agak2nya setiap lapisan tu kena tunggu brp lama/minit ya.. ? saya ni tak reti nak agak2 dah masak... ;)

    http://www.kakyong.com/

    BalasPadam
  8. k ina
    ini yg k ina bagi ktorg makan semalam ek.. susah betul nak buatlah

    BalasPadam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  10. sdpnya..yummy

    Terkini : http://misznurhanani.blogspot.com/2010/11/tutorial-transparent-background-dalam.html

    BalasPadam
  11. cantiknya kak..sayang nak makan..yg hangus tu agaknya lagi sedap..garing!
    Rasa mcm nak order kukis lagi lah kak..

    BalasPadam
  12. Salam Kak Ina. Cantik lapisan yg KakIna buat, kalau nak jual mmg lulus. Walaupun mengambil masa tp keuntungan pun tinggi tau. Dapat buat untuk mkn sendiri pun dah bagus walaupun tak jual sbb bila buat sendiri kita guna bhn2 qualiti - mcm KakIna kata lah, butter mesti yg mahal baru sedap. Wah, berbaloi betul KakIna beli oven tu.

    BalasPadam
  13. Salam

    mama tak pernah wat kek lapis gini. Sedap wooo.. Tepung Hong Kong tu beli kat mana? Tesco ker Giant ker? Tak pernah beli pung. Tingin gak nak wat dah ada resipi nih.

    BalasPadam
  14. mesti sedap... lagi susah nak buat, lg sedap rasanya..

    BalasPadam
  15. huhuhu.tak dan (tak sempat) la kalau saya nak buat ni kak.....teringin memang teringin tapi huhuhu bab memerlukan kesabaran yang tinggi tu yang kurang skit hihihi...belum bukak timbang si bujang kenit dah menggelupur nak nolong huhuhu....

    BalasPadam
  16. aiseyhhhman...
    kuih lapis pun boleh akak buat..??
    yang tulis2 nama leh?
    perrggghhh... mmg terror kak ini masak2 nih.. caiyok!!!!

    BalasPadam
  17. salam kak

    ade cheese tu yg menggoda saya sungguh ni

    BalasPadam
  18. sangat rajin!!! nampak sedapp :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers