OOO

Selasa, November 23, 2010

Resepi Masak Lemak Cili Padi Daging Salai Dan Pucuk Ubi

 
Masak lomak cili padi ni memang kegemaran mak, abah dan kami sekeluarga sebab keturunan mak dari N9 dan keturunan abah pulak sempadan N9.  Dulu masa muda boleh letak cili padi banyak-banyak sampai meleleh air liur masa makan lauk masak lomak ni sampai terjelir lidah kepedasan.

Sekarang ni dah tak boleh dah.  Perut dah tua.  Kenalah letak sikit ajer.  Walaupun tak umphhhh tak kisahlah, janji tertunailah hasrat dihati.
Bahan-bahan
  • 1kg daging batang pinang-dilumur dengan serbuk kunyit dan garam-perap..lagi lama lagi sedap tau..
  • 15-20 biji cili padi kampung
  • 1 1/2 inci halia
  • 1 1/2 inci kunyit hidup
  • 1 ikat pucuk ubi-di rebus dan di tos
  • 1/2kg/500ml santan pekat
  • 600ml air
  • 2 batang serai-dititik hujungnya
  • 1 asam keping
  • 2 helai daun kunyit-di siat-siat dan di ikat
  • garam dan serbuk kunyit secukupnya
Cara-cara
1.  Tumbuk cili api, halia, serbuk kunyit, kunyit hidup, serai yang telah dititik dan garam sehingga lumat.
2.  Hiris daging yang telah di salai nipis-nipis.
3.  Masukkan semua kedalam periuk dan tuang santan pekat -(tinggalkan sedikit yer.).bersama air, asam keping dan masak di atas api sederhana sehingga mendidih dan kacau selalu.
4.  Biarkan mendidih selama 10-15 minit dan masukkan pulak pucuk ubi yang telah direbus dan daun kunyit.
5.  Biarkan mendidih dan masukkan pula lebihan santan pekat dan biarkan mendidih lagi dan rasa dulu garam baru di tutup api.
6.  Makanlah bersama nasi panas dan ikan masin.

12 ulasan:

  1. ina..daging salai dah ada..nak kena carik pucuk ubi ni..sedap nampaknya tu..tak sabar nak masak..

    BalasPadam
  2. meleleh air liur kak. Teringat mak kat kampung suka buat pucuk ubi masak lemak. Oh oh oh...makan dengan sambal belacan. Sedap tak hengat!

    BalasPadam
  3. sodap eh akak... hubby sy pun org N9 juga... rindunya nak mkn masak lomak cili api daging salai air tgn arwah ibu mertua..hmmmm...

    BalasPadam
  4. nampak sgt sedap...teringin nak mkn ni

    BalasPadam
  5. Salam kak Ina

    Mama memang suko masak lomak cili api ni...tak kiro laa masak lomak tolor itik ko, masak lomak pucuk paku ko, daging salai ko, ikan kombung ko. Baki kuah pulak bleh cicah dgn jomput2 topung. Sodappp.... Tapi den asal Ganu, kampung tok nenek kek Kg. Gajah Perak. Bukan nogori. Kengkawan ramai org nogori. ihikkksss.

    BalasPadam
  6. addooiii...rase lapa plak...

    BalasPadam
  7. kak ina, teringin oh tengok daging salai nie. suka makan tapi susah nak dapat. mak tak pernah buat, nak buat sendiri tak pandai. hoho.

    BalasPadam
  8. tumpang tye.. mskan ni bes mkn dgn ap lg ek slain nasi panas dan ikan masin??

    BalasPadam
    Balasan
    1. sambal belacan, budu ataupun cencaluk

      Padam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers