NAK DUIT RAYA TAK?

Cabaran Duit Raya 2014

Shopping Time

Lazada Malaysia

Isnin, November 08, 2010

Resepi Mee Kungfu

Sedap gak mee kung fu ni. Senang nak membuatnya. Tapi kena pastikan telur ada kat umah yer. Resepi asal dari blog Kak Hanieliza. Dah pernah buat dulu dah. Akak tepek lagi resepi yer. Tak yah nak selak-selak N3 yang lama.
Bahan A
  • 500 gm mee kuning
  • 5 biji telur [ dipukul]
Bahan B
  • 100 gm udang basah -buangkan kulit pun boleh.tak buang pun boleh
  • 2 kepingan dada ayam -hiris kecil
  • 1 biji panjang fish cake potong nipis
  • 6 biji fish ball-potong nipis-akak tambah
  • 5 ulas bawang putih -dicincang-akak tumbuk
  • 100 gm sawi cina-potong kecil
  • 100 gm bunga kobis -dipotong kecil
  • 100 gm carrot -potong kecil dan memanjang
  • 5 tangkai jagung kecil-hiris serong
  • 2 sudu besar minyak masak-akak guna minyak jagung
  • 2 sudu makan tepung jagung-bancuh dengan sedikit air
  • 3 cawan air
  • 1 kiub ayam
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar lada sulah
  • 1 sudu besar kicap cair-akak tambah
  • garam
  • minyak
  • tambah bawang goreng dan daun sup/bawang di hiris
Cara-cara
1. Ambil sedikit mee dan masukkan ke dalam sebiji telur yang telah di pukul.Goreng dengan sedikit minyak cam buat telur dadar.
2. Rebus 3 cawan air dengan 2 keping dada ayam. Campurkan dengan 1 kiub ayam. Biarkan mendidih. Tutup api.
3. Tumis sedikit bawang putih hingga agak garing dan masukkan udang, fish cake dan fishball.
4. Masukkan air rebusan ayam bersama lada sulah, sos tiram, baby corn dan carrot.
5. Biarkan mendidih dan masukkan tepung jagung yang telah dicampur air dan kacau-kacau supaya tepung tidak bergentel.
5. Campurkan sawi cina dan bunga kobis. Tutup api dan kacau. Perasakan dengan garam.
6. Tuang kuah ke atas mee yang telah di goreng dan hidangkan. Sedap dimakan panas-panas.

8. Taburkan bawang goreng dan daun sup/daun bawang.
Lepas tu ramai-ramai sebut waaaaaaaaa caaaaaaaa 

21 ulasan:

  1. hehehe..kena sebut waaa caa ek kak..

    BalasPadam
  2. sedapnya kak ina......suka2,,

    BalasPadam
  3. fuyoooo kak, menggelegak tekak ni

    Terkini : Pemandu Bas Dirotan

    BalasPadam
  4. waaaaaaaaa caaaaaaaa....!!!! sUKA mAKAN mEE kUNG fU nI... kALAU kUNG fU mABUK lAGI bEST.. hEHEHE...

    BalasPadam
  5. izan pun suka mee kungfu ni kak ina...sodap sampai licin pinggan wooo~

    BalasPadam
  6. dah dapat rasa kesedapannya ni.. nak buat jugak la nanti.. thanks kak..

    BalasPadam
  7. malam ni nk try masak lah..thanks kak share resepi ni

    BalasPadam
  8. Salam Kak Ina,
    singgah sini kejap sbb dah terliur tgk mee kungfu tu.

    BalasPadam
  9. aduhai... kat phg ni tgh hujan... ptg2 mmg best layan mee panas2 ni

    BalasPadam
  10. Salam kak..
    Uihh!!! lapor tetengahari ni tgk mee akak tu..

    BalasPadam
  11. terbaekkklah kak ina...rasa mcm nak mencuba jer bila balik nanti....hehe

    BalasPadam
  12. mudah jer ek kak..ingatkan susah benar..boleh cuba ni..

    BalasPadam
  13. salam,

    wah sedapnyer, terliur sangat :)

    BalasPadam
  14. Wah... i very loike Kak Ina! baru teringat nama makanan ni. Last makan masa belajar kat ipoh dulu, skang kat sabah, mana nak jumpa. balik2 bakso. Heheheh. Apapun, KIV list ni ;p Thanks for sharing

    BalasPadam
  15. boleh tak tukar dengan mee hoon tak?

    BalasPadam
  16. aduih...sedapnya mi kungfu ni.memang feberet giler.mesti order kalau kluar mkn.lpas ni mesti cuba punyalah..waacaaaa...

    BalasPadam
  17. salam. nak tanya. kenapa dlm list ada 5 biji telur dan dlm cara cuma guna sebiji je?

    BalasPadam
  18. mualaikumsalam tanpa nama..

    5 telur untuk 5 orang..maksudnya..1 biji telur dengan sedikit mee untuk makan sorang..mee tu agak-agaklah..
    terima kasih sudi bertanya..hope kamu faham yer

    BalasPadam
  19. erkk..perut dah bunyi..mee ade kat dlm peti ais..hehehe...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...