NAK DUIT RAYA TAK?

Cabaran Duit Raya 2014

ShoppingTime

Lazada Malaysia

Jumaat, Disember 10, 2010

Medan Ikan Bakar Pengkalan Balak Melaka

Tengahari Ahad gi ke majlis kawin sepupu hb yang tinggal di Gemas.
Bila dah jumpa saudara mara..riuh rendahlah pot pet pot pet. Bukan senang nak jumpa.
Masing-masing sibuk.

Anak perempuan pertama kawin tentulah grand. Tenguk pelamin tu. Bukan kat kl ajer ada..kat Gomeh pun ado tau.
Lepas habis makan dan pot pet terus ke rumah adik ipar di Masjid Tanah. Tumpang tidur semalam.

Tak bagi dia masak sebab kami nak makan kat luar. Sajer nak merasa apa yang best kat area situ.
Keluar lepas maghrib...mula-mula cadang nak makan kat area Masjid Tanah ajer. Akak ajak makan kat tempat yang best sikit. Akak cadangkan baik cari tempat ikan bakar kat Pengkalan Balak.

Tengah buat pilihan ikan yang jarang makan kat umah. Setakat ikan kembung dan cencaru..akak tak layan...(berlagak jap)
 Tenguk tempat pembakaran pun dah best.

Walaupun selalu gi ke Melaka tapi tak pernah sampai kat sini lagi. Banyak gak kedai ikan bakar kat sini. Pilih ajer yang mana satu.

Ikan Bakar Serekot ni yang paling sedap. Isi ikan ni lembut. First time rasa dah terjatuh cinta. RM3.80-100gm

Bila dah jumpa kedai yang berkenan kami makan sepuas hati. Ikan Pari Bakar RM2.20-100gm
 Kita boleh pilih nak masak cara apa. Ikan Jenahak bakar 100gm RM4.80.
 Udang Masak Halia-Saiz AA-RM5.55-100gm
Sotong Goreng Tepung-RM3.50-100gm
Kerang Bercili..pedas sikit-1 paket RM4.00

Tapi tang harga memang berbaloi. Tak sampai RM130.00 termasuk nasi dan air. Akak makan kat gerai di Padang Kemunting, Pengkalan Balak.

Biras akak kata kat sini lagi murah dari Medan Ikan Bakar Parameswara Umbai. Wah tak rugilah akak makan kat sini.

24 ulasan:

  1. nampak segar je ikan tu.. tengok gambar makan gini rindulak kat mak kat umah.. lama tak makan sama.

    BalasPadam
  2. hadeiiii tak tahan tengok ikan bakaq.......

    BalasPadam
  3. bila gi melaka nanti nak try gi situ..thn lepas pusing area bandar dihilir jer..

    BalasPadam
  4. pergh terbaik la kak..
    saya penah g melaka semata2 nk makan ikan bakar
    tapi bukan kt umbai
    kat alai..org2 melaka situ pemes

    BalasPadam
  5. bila lah nak sampai ke sini. member2 cakap sini pun best. wife dah byk kali ajak ke umbai

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum Kak Ina

    best nyerrrr

    Wassalam

    BalasPadam
  7. sedapnya ikan bakar tu.. yummy.. hehe btw saya suka pelamin tu lah. cantik :))

    BalasPadam
  8. wow! sukanya makan ikan bakar..

    ari tu yong p songkla lagi la terkejut..makan byk2 rm600 baht gitu je..

    dalam rm60 rgt la mcm tu :)

    BalasPadam
  9. sELALU JUGAK MAKAN KAT AREA SITU
    MASJID TANAH KAT MANA KAK?

    BalasPadam
  10. saya pun pernah makan kat Pengkalan balak tu kak..mmg sedap dan berbaloi!
    hari tu saya makan kat Muara SG Duyung pun murah jugak lah kak..puas makan!

    BalasPadam
  11. betul tu auntie. kat area pengkalan balak lagi murah kalau nak dibandingkan dengan umbai. lagi satu tempat best makan ikan bakar medan ikan bakar kuala sungai baru. bestt woo kat situ sbb dpt nama matahari terbenam.

    BalasPadam
  12. kenapa nmpk mcm kurang menarik. patut bakar sekali dgn rempah

    BalasPadam
  13. TERBOOEKKKK... IKAN JENAHAK DGN SUTUN TU...
    LAPAR..LAPAAAARRR....!! HUWWAAAAAA

    BalasPadam
  14. kak Ina,
    laa hai maaf ler no tel kita dah tukar laa kak yang lama tu dah ilang..nie no baru 0136565863..nanti akak bg no akak semula yer.Aha..seronok dapat jumpa Chah..bila2 nanti akak gi kuantan boleh laa jumpa dier..n kalau akak lalu nak beli puyuh lagu nanti kat pedas bgtau juga..umah asma tak jauh dari situ dalam 5 min pun tak sampai...

    BalasPadam
  15. wah,,samalah kita kat pengkalan balak..di pdg kemunting..tp restoran yg kami mkn ikan siakap stim xlah segar sgt..ikn bkar pon bisa2 je..ni restoran yg mna satu ye?

    BalasPadam
  16. yummy..sotong goreng tepung..!!!!!!!

    BalasPadam
  17. Salam,
    Waaaaa sedapnya. Ahad ni saya kena pi melaka 2-3 hari...bolehlah belasah ikan bakar puas2 ya...fuhhhhh tunggu daku, Pengkalan Balak!

    Terima kasih kak ina dengan info ni ;)

    BalasPadam
  18. Lama tak makan ikan bakar. Rasa terliur pulak. Nak pulak bila teringat cecah air asam tu. Nikmat2. ;p

    BalasPadam
  19. hurmmm... tu la ramai member kata kat melaka nie kena pandai cari kedai ikan bakar yang murah.... ;-p

    BalasPadam
  20. nice post. thanks.

    BalasPadam
  21. salam kepada abang2 n kakak2 kami nak tumpang lalu jer.... makanan kat situ memang sedap... x caye mai la datang sini... nama restoran tu Restoran Ikan Bakar Padang kemunting yg terletak di Pengkalan Balak Melaka.... nak wat tempahan pun boleh... bisa di atur....

    BalasPadam
  22. salam.. antara umbai,alai dan pengkalan balak...yg mana ikan bakar dia yg paling best???

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...