NAK DUIT RAYA TAK?

Cabaran Duit Raya 2014

Shopping Time

Lazada Malaysia

Sabtu, Januari 01, 2011

Al Fatihah Pelakon Mohd Faizal Mohd Yusup-Bekas Suami Siti Nordiana



Terkejut juga bila baca N3 terbaru beautifulnara.com tentang pemergian pelakon berbakat Mohd Faizal bin Mohd Yusup.

Punca kematian dikatakan daripada sakit jantung. Allahyarham Faizal berumur 32 tahun meninggal di Hospital Pusrawi (Pusat Rawatan Islam) Jalan Tun Razak kira-kira jam 1.45 tengah hari Sabtu.
Menurut abangnya, Shaiful Yusup, 35, Allahyarham rebah ketika berada di bilik air rumahnya di Sentul.
Akibat kejadian itu, Shaiful dan isteri Mohd Faizal iaitu Rosmunira Rashid, 27, membawa Faizal ke Pusrawi untuk mendapatkan rawatan kira-kira pukul 10 pagi.

“Ketika di hospital, Faizal mengadu dadanya sakit dan berusaha untuk bangun sendiri tetapi saya halang,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pusrawi di sini, Sabtu.

Tambah Shaiful, ketika di Unit Rawatan Rapi (ICU), doktor mengesahkan dia mengalami masalah jantung apabila salah satu saluran pada jantungnya tersumbat.

Bagaimanapun, keadaannya menjadi semakin kritikal sehinggalah dia disahkan meninggal dunia beberapa jam selepas dimasukkan ke hospital.
Sementara itu, bekas isterinya, penyanyi Siti Nordiana atau Nana, 25, yang ditemui berkata Faizal ada menghubunginya beberapa hari lalu untuk bercakap dengan anak mereka, Muhammad Rayyan Nakhaie, 2, tetapi anaknya tiada bersama Nana pada ketika itu.

Bagaimanapun, pada petang Sabtu, Nana mendapat panggilan telefon mengatakan Faizal dimasukkan ke hospital dan dia mahu melihat anaknya.
Berikutan itu, Nana sempat membawa Muhammad Rayyan ke hospital dan Faizal sempat berjumpa dengan anaknya itu.
sumber: mstar online.Allahyarham yang terkenal kerana berlakun dalam drama yang di siarkan di tv terutamanya cerita Adamaya (Dani kekasih Lisa) dan Manjalara (pegawai polis).Memang best cerita ni..lakonan yang mantap dari beliau

Allahyarham pernah bernikah dengan penyanyi Siti Nordiana (Nana) dan telah bercerai. Di kurniakan seorang anak lelaki yang bernama
anak lelaki, Mohd Rayyan Nakhaie, 2 tahun sembilan bulan.

Abang pelakon itu Shaiful Yusup, 34, yang ditemui di Tingkat 3, Unit Rawatan Rapi (ICU) PUSRAWI, berkata jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu Muda, Batu Caves jam 10 pagi esok.
sumber : rindok.com
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Rosmunira Rashid, 27, yang sedang mengandung lima bulan.
sumber rotikaya.com
Al Fatihah buat arwah dan semuga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.

18 ulasan:

  1. tahziah dan alfatihah buat beliau..semoga rohnya ditempatkan dikalangan para solehin..larra pun tekejut.dpt tau 1st dari blog kak ina..

    BalasPadam
  2. salam takziah buat keluarga beliau..terkejut gk baca n3 kak ina..semoga rohnya dicucuri rahmat..al-fatihah..

    BalasPadam
  3. Innalillahiwainnailaihirajiun..

    Terkejutnya baca ni kak..

    Al-fatihah buat arwah..

    BalasPadam
  4. tak sangka la.. mmg muda lg pun.. dah sampai masa yg dijanjikan.
    al-fatihah

    BalasPadam
  5. mmg sungguh tak kusangka... tp itulah, sudah sampai masanyer... al-fatihah

    BalasPadam
  6. Assalamualikum Kak Ina

    Al Fatihah

    Wassalam

    BalasPadam
  7. takziah. sy pun terkejut dgr kat radio tadi.. latest lakonan dia tgh on skrg kat tv 3 - tiramisu

    BalasPadam
  8. Al Fatihah .. moga rog beliau sitempatkan di kalangan org yg solleh

    BalasPadam
  9. Alfatihah..memang arwah muda lagi..
    sian jugak..anak yang dalam kandungan..tak sempat kenal ayah dia..

    BalasPadam
  10. Al-Fatihah buat keluarga beliau.

    BalasPadam
  11. kesian tak dapat sambut anak dia lahir.

    semoga rohnya ditempakan di kalangan org yg beriman. amin...

    BalasPadam
  12. Al-Fatihah, semoga roh Arwah ditempatkan bersama org2 yg beriman, harap isteri tabah lagi2 sedang mengandung 5 bulan....

    BalasPadam
  13. al-Fatihah buat beliau.. pelakon feveret aku tu..

    BalasPadam
  14. Sedih membaca berita yg arwah meninggalkan seorang isteri yang sedang hamil.. Al-Fatihah utk arwah. Semoga isterinya tabah di atas ujian yg menimpa.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...