Janganlah Cium

by kak ina kl (1) on Khamis, Januari 06, 2011

Bila pergi ke sekolah Imran, akak suka tenguk bila ibubapa sanggup ambil cuti semata-mata nak hantar anak ke sekolah. Terutama bila anak pertama kali masuk ke alam persekolahan tak kiralah masuk tadika ataupun darjah satu.
Dulu masa akak mengajar di Tabika Perpaduan tak ada can nak hantar anak ke Tahun Satu sebab kena layan anak orang. Cuma Russhdi (tak kerja) dan Imran (jadi housewife) ajer akak dapat pergi kesekolah mereka.

Firdaus, Yana dan Ira akak tak dapat pergi, terpaksalah suami akak yang ambil cuti nak uruskan ketiga-tiga orang anak tu. Memang ralat rasanya.
Dari Tahun Satu lagi suami suruh akak uruskan tentang persekolahan Imran terutama pada hari pertama. Hari Selasa lepas akak pergi beli buku kat sekolah Imran.

Bila dah siap beli buku, kebetulan pulak ada perhimpunan pagi berhampiran kedai buku. Dah jadi kebiasaan dari kecil bila dia salam akak akan cium kedua belah pipi. Anak bongsu ni memang tak di nafikan kasih sayang yang dia dapat agak berlebihan.
Bila balik dari sekolah petang Selasa dia boleh kata..

Mak lain kali jangan cium Im ..Im malulah.

Sabar ajerlah...Agaknya masa akak cium dia ada kawan-kawan kutuk dia..tu sebab dia malu.

31 comments

hehe..dah besar dah dia, dah tahu malu maknya cium...:)

by ~ yus ~ on 6 Januari 2011 9:04 PG. #

salam kak ina,
same dgn anak saya yg faris tu..mase anta dia pegi sekolah dulu, dia mcm malu2 jer bila saya cium dia dpn kwn2 sekolah dia.. :)

tak mcm anak perempuan..10 kali peluk cium pun takpe..

by makdara TERdiva on 6 Januari 2011 9:13 PG. #

salam kak ina
cute ank akak

by noor on 6 Januari 2011 9:23 PG. #

mmg penatkan uruskan anak2 sekolah terutama yg ramai tp bila dah besar semua dan tgk anak org mesti teringat kenangan dulu tu...

by Watie Rose on 6 Januari 2011 9:34 PG. #

comeynya anak2 akak masa kecil...putih melepak cam mak die

by AyuArjuna BiGoshh on 6 Januari 2011 9:38 PG. #

anak2 skg kan..mcm tu la.segan hehe

by alinac lover on 6 Januari 2011 9:39 PG. #

hehehe dia malu la tu... anak saya pun cakap macam tu.... jangan cium katanya malu/....dia cuma salam cium tangan saja...

by Alimaz-Kembara Terasing on 6 Januari 2011 9:44 PG. #

Hehehe...dah tau malu yer :-)

by fiza on 6 Januari 2011 9:45 PG. #

^_^ Tak nampak 'macho' lah tu kak kalo kengkawan nampak kene kiss ngan mak..haih kita ni pun tunggu masa ja kott..

by apples,dia.. on 6 Januari 2011 9:48 PG. #

dah besar mula lah malu

by - zuriey - on 6 Januari 2011 9:50 PG. #

biasalah tu bUdak2 nk
meningkat dewasa. hehe ;)

by CahayaCintaIlahi on 6 Januari 2011 10:03 PG. #

comeynya anak2 akak...melepak2 putihnya semangat lak tu..ala kak, biasalah orang bujang..segan kengkawan nengokla tu

by amirah on 6 Januari 2011 10:17 PG. #

huhuhu...anak lelaki ni memang cepat je rasa malu dengan kita..dah pandai malu kalau kita cium..sama macam irfan...yang gurl masih senyum lebar kalau kita cium pipi dia..

by Cikmin on 6 Januari 2011 10:18 PG. #

saya masih cium sehingga hari ini

by Bro Framestone on 6 Januari 2011 10:21 PG. #

Salam kak,

hahahaa oklah tu dia dh tau malu :)
kejap je anak-anak macam nie membesar, moga bljr dgn sungguh2 buat imran dan berjaya dalam hidup.

gemuk sungguh time dia kecik dulu..geram...


www.yanmieonline.com

by yanmie on 6 Januari 2011 10:21 PG. #

dah bujang..malu la kak...

by SURIA AMANDA on 6 Januari 2011 10:21 PG. #

hehe..ada la tuh yg usik2 imran..

by fikaryna on 6 Januari 2011 10:22 PG. #

budak sekarang nie kak memang macam tue tak leh cium depan kawan takut org ejek hehehe

by AngahSayang2314 on 6 Januari 2011 10:25 PG. #

hehe.. sama lar adik saya pun.. klu kt umah tak pe kata dia.. h

by Lizzie Yasmin on 6 Januari 2011 10:37 PG. #

kak, anak sulong sy yg darjah 4 tu... klu boleh lagi nak tayang mama dia cium dia depan kawan2... kadang2 sy sengaja buat2 lupa, dah hantar terus jalan, terpekik2 dia panggil... "mama, mama lupa cium boy!" kakakakaaa

*epi eniverseri untuk akak & suami... moga ikatan kasih terus mekar selamanya!

by Fiza Nordin on 6 Januari 2011 10:54 PG. #

alahai...kesian kan dia.
kelakarpun ada.
imran imran.

by noorafzan on 6 Januari 2011 11:04 PG. #

hahaha.. biasalah tuh kak.. anak akak dah nak jd anak bujang.. agaknyer oyin pun ckp cmtuh gak kat sy nnt gamaknyer bila dia dah naik skolah rendah.. haish, cpt nau masa berlalu kan kak ina.. huhuhu

by ManjaIxora on 6 Januari 2011 11:19 PG. #

kahakhakahka...adik mia pon mcm tu kak..agaknye kan, budak-budak ni makin besar, makin pemalu la ek..ehhee..comel aje..

by mia on 6 Januari 2011 11:46 PG. #

Salam kak ina,
sama lah saya, anak awal2 dah warning dari rumah jgn kiss dia depan kawan2, huhuhu

by aidah on 6 Januari 2011 11:50 PG. #

wah teruja je tengok kak ina membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang.. semoga semua terus berbahagia & sihat2 selalu

by Myvitrd on 6 Januari 2011 11:59 PG. #

salam kak

dak2 lelaki mmg gitu ler.. diorg x tau ciuman & peluk ibu tu lebih berkat bile blajar

by fazilzura on 6 Januari 2011 12:37 PTG. #

IMRAN...Big Boy..that y shy3..huhuhuhu

by ct_nurmarlissaa on 6 Januari 2011 1:52 PTG. #

hehe alaa bdk3. :D

by Haa Fakihah on 6 Januari 2011 4:33 PTG. #

heheh cium boleh tp bukan dpn org :)

by Mama Zharfan on 6 Januari 2011 7:19 PTG. #

salam ina..memang betul..kalau tak dirumah tu..dah salam siap dihulur pipi nak cium..bila diluar..ke sekolah ke..malu pulak dah..

by kak Erna on 6 Januari 2011 7:57 PTG. #

as salam....dear kak ina.salam perkenalan...best baca blog akak......sebenarnya sy accidentally tejumpa blog akak pas gugel chelsea vs man u n then cari pages from Malaysia....sajer nak tgk org komen ttg game pagi tadi....alih2 terbaca en3-en3 akak....hu hu hu

apepun enjoice:) sgt baca nukilan akak.....keep up the good work kak ina....may ALLAH bless u n family always...

by Tanpa Nama on 2 Mac 2011 1:30 PTG. #

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate