OOO

Ahad, Januari 09, 2011

Nasi Dagang Mak Ngah Cendering

Masa tidur di Marang, Kuala Terengganu akak tanya dengan pekerja hotel kat mana ada jual nasi dagang paling sedap. Dia cadangkan akak pergi ke Cendering sebab kat situ ada nasi dagang yang fofolur.
Puaslah akak cari tak jumpa sampai akak u turn balik ke Marang, pastu tanya dengan orang kat Shell. Rupanya dah terbabas. Kenalah pusing balik ke Kuala Terengganu pastu u turn balik ke Marang. Alhamdulliah jumpa jugak kedai yang pernah jadi isu hangat.
Kedai nasi dagang ni pernah jadi isu hangat dalam suratkhabar sebab seorang pembeli telah dikenakan bayaran sebanyak RM45.00 bagi seketul kepala ikan tongkol pada tahun 2006.

Kuah ikan tongkol memang sedap tapi agak pedas.
Memang ramai orang beratur nak beli nasi dagang dikedai ini. Akak beli 7 bungkus nasi dengan cebisan ikan (bukan seketul) dengan harga RM17.00. Mahal ker murah?

Tapi anak-anak tak suka pulak sebab mereka kata ikan dan nasi sikit sangat. Mereka suka nasi dagang yang biasa. Bagi akak ok ajer.
Kalau gi ke Kelantan atau Terengganu mesti kena makan keropok lekor puas-puas. Beli kat gerai depan kedai nasi dagang mak ngah.

14 ulasan:

  1. iina.ingat kan nak bagi resepi nasi dagang tadi..saya dah cuba buat nasi dagang sendiri..tapi masak macam biasa masak nasi tu..tak kukus pun.
    una beras yang dah siap campur..
    anak sedara belikan di kelantan..5kg rm24.00.tak tau le mahal ke murah beras tu..

    BalasPadam
  2. aduhh nasi dagang dan kerepok lekor sememangnya makanan fav saya!!!
    meleleh dah uhuhu

    BalasPadam
  3. dua2 pun my fav--terus srasa nak terbang balik msia jap ni bb terliur mknn tu hehhe

    BalasPadam
  4. sejak dua menjak ni suka plak makan nasi dagang, tp tak berani nk buat sendiri..dijamin tak sdap punyer..kat KL ni mana sedap nasi dagang kak?

    BalasPadam
  5. itu ari baca kat blog GTO pasal nasi dagang nih. saya sendiri belum pernah rasa lagi nih. Insya Allah, jika ada rezeki nak ke KT, mgkn singgah ke situ

    BalasPadam
  6. My mum selalu masak nasi dagang ni, tapi time2 yang spesel je la. Macam raya haji or raya puasa. Mungkin sebab penah duk kelantan, jadi mungkin dia dah tau resepi dan cara nak buat. Tapi saya lebih suka makan nasi kerabu dan kepok lekor tu memang tak boleh tinggal la:p

    BalasPadam
  7. Salam Kak Ina,
    salam tahun baru utk akak jga...lama tak makan nasi dagang..teringin pulak tgk gambar ni. :)

    BalasPadam
  8. sedapnya nasib baik dah sarapan tadi

    BalasPadam
  9. semalam saya breakfast nasi dagang

    mcm mahal je kak..kalo hanya dpt cebisan ikan.

    BalasPadam
  10. alahai kak ina..feberet nasi dagang tu..nampak sedapla...

    BalasPadam
  11. nasi dagang terengganu nie memang besh... cuma tak leh makan bebanyak sebab nanti cepat ngantuk...

    BalasPadam
  12. dulu masa saya bdak lagilah dicbamg 3 dah lupa nama makcik tu kena awal2 slepas subuh tu ramai yg menanti2 lwat sikit habisssssssss

    BalasPadam
  13. Ramai kata nasi dagang mak ngah sedap, walhal tak de sedap mana pun. Saya pernah makan sekali je kat situ. Orang luar pertama kali kot makan nasi dagang kata situ sedap. Mungkin sebab saya sudah biasa makan di banyak tempat di Terengganu.

    * Banyak lagi tempat lain di Terengganu ada Nasi Dagang sedap. Serius ~


    ~Anak jati Terengganu

    BalasPadam
  14. Hmm baru lepaa mkn kat kedai kat chendering ni..biasa je..ikan plak sikit sgt.kat pasat mlm tmn cempaka lg sedap nasik dagang dia

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers