OOO

Rabu, Januari 26, 2011

Resepi Pancake Jagung

Resepi asal pakai mayonnaise,  cili bawang dan macam-macam lagi...tapi disebabkan akak nak feeling makan cam omputih akak tak letaklah semua bahan tu.  Memang sedaplah tapi kalau nak ikut versi asal pun boleh ek.

Resepi asal dari rumah Chef Ah Mat Gebu  dan beliau ambil resepi Chef Wan atas inspirasi dari buku masakan beliau "Sedapnyaaa.....2". 
BAHAN-BAHANNYA :-)
120 gram tepung gandum
1/2 camca besar baking powder
1/2 cawan jagung dalam tin
1 biji telur, dipukul sedikit
1 camca besar mayonnaise-tak letak
200 ml susu segar (kurang lebih)
1 biji cili merah, dibuang biji dan cincang halus-tak letak
1 biji saiz sederhana bawang holland, didadu-tak letak
1 pokok daun bawang, hiris halus-tak letak
1 pokok daun sup, hiris halus-tak letak
Garam secukup rasa
Sos pilihan untuk dimakan bersama pancake jagung
 CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan2 diatas kecuali susu segar dan garam, gaul rata dan tambah susu segar sedikit demi sedikit hingga mendapat bancuhan yang rata dan tidak terlalu cair atau pekat. Tambah garam secukup rasa., kacau rata2. Rehatkan 10 minit.
  2. Panaskan non-stick pan saiz 4 inci, lenser dengan sedikit minyak makan. Masukkan kurang lebih 1/4 cawan adunan pancake, ratakan dan masak dengan api kecil, tutup permukaan kuali sekejap, hingga kelihata permukaan pancake berbuih2 dan kering.
  3. Berhati2 terbalikkan dan masak sekejap lagi hingga kuning keemasan. Angkat dan lakukan kaedah yang sama pada baki adunan, hingga siap. Hidangkan bersama sos kegemaran anda..

10 ulasan:

  1. kak ina.. lapar ni.. makan secara maya je la ni....
    http://nurhafiz2009.blogspot.com/2011/01/hadiah-macbook-siapa-tak-nak.html

    BalasPadam
  2. akak, mkn ngan sos coklat pun boleh kan....nak cuba nanti..hehe

    BalasPadam
  3. blh try nih...dak aqil duk tanye je tu...

    BalasPadam
  4. eee... laparrrrr!

    nak jadi surirumah jugak la camni
    boleh masak mcm2 seperti kak ina
    huhuuhu

    BalasPadam
  5. nampak sgt sedap and terus me jd rasa lapar ni...
    kalau rajin rasa mcm nak try gak buat :)

    BalasPadam
  6. hari tu pernah buat yg segera punya tp tak brapa menjadi plak..huhu

    BalasPadam
  7. macam cucur jagung dalam versi pancake.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers