OOO

Ahad, Januari 09, 2011

Resepi Roti John

belum letak lagi cili sos dan mayonis

Bila tenguk ada lebihan roti lebihan buat roti oblong kambing aka prosperity burger akak simpan dalm peti sejuk sebab nak gi jejalan. Bila balik tenguk roti masih elok lagi.
Buat ajerlah roti John segera. Resepi tenguk kat blog Cik Min tapi tang bahan ada yang letak dan ada yang tak. Kira macam roti john sempoi ajerlah ni. Maaflah Min akak edit sikit yer.

Bahan-bahannya
200 gram daging cincang-akak guna daging burger ayam Ramli-potong kecil
10 biji Hot dog roll-akak guna roti oblong
Mayonis
Cili Sos
Sos lada hitam LIFE-tak letak
2 labu bawang besar-dadu
3 ulas bawang putih-tak letak
Sedikit serbuk kari daging
Lada benggala hijau/kuning/merah-tak letak
Telur ayam
Serbuk lada putih
Garam
Marjerin atau butter
Sedikit minyak untuk menumis
*boleh tambah Cheese slice jika suka
Cara-caranya:
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan daging cincang (daging burger) sehingga keluar airnya.
2. Masukkan serbuk kari,bawang putih,bawang besar,lada benggala,kacau seketika.
3. Masukkan serbuk lada putih dan sedikit garam.Setelah semua bahan layu,angkat dan ketepikan.
4. Panaskan kuali leper dengan sedikit butter.Ambil daging yang telah dimasak tadi,campurkan kedalam mangkuk,pecahkan telur.Pukul hingga sebati.
5. Tuangkan bancuhan telur tadi keatas kuali,ambil hot dog roll yang telah dibelah dua,telangkupkan diatas daging tadi.Setelah agak garing terbalikkan(masa ni boleh letak cheese slice atas daging yang bertelur tadi)
6. Setelah lapisan atas roti nampak garing boleh la diangkat.
Sapukan mayonis,cili sos (boleh tambah sos lada hitam)keatas lapisan daging bertelur.
7. Boleh jugak tambah sayuran seperti salad atau timun.rapatkan kembali roti yang sudah disapu sos tadi dan siap untuk dihidangkan.

Dah terjah belum blog Matjoe.com? Joinlah contest dia kalau nak rasa kukis akak. Jangan lupa yer.

Terima kasih buat terjahan blog akak yer Matjoe.com. Klik kalau nak baca..http://www.matjoe.com/2011/01/terjah-penaja-kak-ina-kl.html

11 ulasan:

  1. salam kak ina..roti john sempoi 1! :))

    BalasPadam
  2. nanti saya nak try ler auntie roti john ni. macam best dan simple jer nak buatnya.

    BalasPadam
  3. yum yum nampak sgt sedap :) me pernah buat masa bln puasa ari tu sbb teringin nak mkn--kalau kat Msia, me bantai beli ajer hehehe

    BalasPadam
  4. nak makan free buleh dok ? hikss malas nak buat tp nak makan!

    BalasPadam
  5. masa mrsm dulu liza ada jual roti john dgn member2, mmg sedap kan roti john nie

    BalasPadam
  6. wah sedapnya..kalau nak buat alas perut , terus kenyang..hehe:)

    BalasPadam
  7. hohoho. ini memang fevret ni kak :p Tapi selalu beli je.

    BalasPadam
  8. Roti john nih memang favorite kami. tapi isteri saya buat sedikit perubahan. serbuk rempah kari daging di gantikan dengan perencah nasi goreng maggie (boleh guna padprik atau briyani), guna roti hot dog, sos cili pula guna kimball. sekali rasa mesti nak lagi...cer try.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers