lazada

Lazada Malaysia

Khamis, Januari 06, 2011

Resepi Tart Telur (Egg Tart)

hairan gak bila dah masak kenapa kulit dia kecut sikit ek

Bila Yana sebut nak makan tart telur akak kata..
cubalah buat ..ashik suruh mak ajer.

Kenalah suruh dia belajar buat. Kan orang kata anak perempuan ni kalau belajar sepandai mana pun mesti akhirnya keceruk dapur juga. Betul tak?

Sebenarnya akak tak rajin nak buat kulit tart ni. Kalau nak makan selalunya akak beli ajer pasal anak-anak yang suka sangat dengan tart telur. Lagipun akak malas betul nak buat kulit tu satu-satu. Walaupun tak secantik mana, jadilah kan..at least dia dah mencuba.

Mula-mula buat dalam bekas kecik-kecik tapi ada lebihan doh lagi. Akak suruh dia buat kat acuan pai pulak. Puas makan bila buat sendiri.
Bahan pastri (akak buat 2 kali ganda)
125gm butter
40gm gula icing
1 biji telur
220gm tepung gandum
1/2 sudu teh esen vanila

Cara-cara
Semua bahan diatas diadun menjadi doh.
Bentukkan doh dalam acuan tart, cucuk-cucuk dengan garpu.
Bakar selama 8-10 minit atau separuh masak pada suhu 175'C.


 Bahan Kastard Telur
1 cawan susu segar(akak guna susu kotak)
1 cawan gula halus
4 biji telur
1 cawan air
1 sudu besar tepung kastad
1/2 sudu teh esen vanilla
 
Cara-cara
1. Pukul telur dengan gula dan masukkan semua bahan yang lain dan kacau sebati.
2. Masukkan adunan ini ke dalam kulit tart yang separuh masak tadi dan bakar selama 8-10 minit pada suhu 175'C.
3. Sejukkan sebelum dialihkan dari acuan.

 

23 ulasan:

  1. nabila suka sangat makan kuih ni tapi umie dia tak pandai & tak rajin nak buat.
    saya beli ja dgn kawan.

    BalasPadam
  2. akak, gula tu kalo ikot cawan bp cawan ye? xde penimbang.

    BalasPadam
  3. mak aiii.. terliur ni.. kena buatkan..

    BalasPadam
  4. mmmuahhhh sayang kak ina sbb bg resepi ni... insya allah bakal dicuba sbb kat sini barang murah. thank you thank you thank you...

    BalasPadam
  5. lor senang je ker kak ?
    zr mmg suke , tp nak wat x reti ...heheh takut x jadi

    ** copy paste kt blog zura yek kak ... leh ler yek yekk

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum Kak Ina

    saya pun suka kueh tu

    Wassalam

    BalasPadam
  7. tak pernah mkn..tp dlm pic ni nampak mcm sedap la plak...

    BalasPadam
  8. salam kak ina...mmmm ada tart telur kat sini..attack!! :)))

    BalasPadam
  9. Salam k.ina..wah bestnya tart telur besar2 gitu..puas makan..

    BalasPadam
  10. kalau mkn dimsum mesti ada ni kak

    BalasPadam
  11. munna semua jenis tart mmg suka... ari tu dah tru buat fruit tart lepas ni nak try resepi kak ina lah pulak

    BalasPadam
  12. Salam Kak ina,
    Tolong bagi alamat :)

    BalasPadam
  13. kegemaranku!! nyamannyaaaa..
    sebab x do oven, beli je la;)

    BalasPadam
  14. sama la kita kak malas betul nak buat kulit tart tuh....teringin nak buat fruit tart...dlm peti ais tu ada buah kiwi n anggur tapi bila mengenangkan nak buat kulitnya tu bercinta...terus tak jadik buat...tapi anak2 dah mintak nih

    BalasPadam
  15. makanan menggemukan feveret saya tu kak ina,kueh tart telur.
    :)

    BalasPadam
  16. rajinnya kak ina buat kuih erk..nampak sedap..nak pi raya nanti ar...

    BalasPadam
  17. uisskk..kena mark n3 ni nih..kami sekeluarga suka tart telur ni..insyaallah kalo sempat nak try..tp saya ingat nak beli ajer kulit dia yg dah siap kat bakery leaoven.com .mudah sket..haha

    BalasPadam
  18. Ada banyak bezanya perempuan yang dok kat dapur berpendidikan tinggi dengan perempuan yang dok kat dapur tanpa pendidikan tinggi.
    Saya suka jugak tart telur ni. Ada saya post resepinya dalam blog saya.

    BalasPadam
  19. Inilah resepi yg saya cari2 selama ni.
    Alhamdulillah. Akhirnya... tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. oh yer ker..
      nanti dah buat bagi tau sedap ker idak ek?

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...